Assalamualaikum
Hari ahad yang sangat memenatkan pagi pagi lagi acik ada temujanji dengan salah seorang yang ingin berkongsi cerita dengan pembaca blog akupenghibur. Dan pada pukul 11 pula berjumpa dengan sahabat lama yang sekarang belajar UIA, baru berkesempatan untuk berjumpa. Dalam membincangkan banyak pekara, satu pekara ini buat acik tertarik.
Acik minta pendapat dia, macam mana kalau orang suka upload gambar di laman sosial ?
Jawapannya: itu terpulang pada individu, sebab kita tak mampu nak halang mereka walaupon beribu kali bagitahu ,itu haknya tapi wanita muslimah dia akan tahu mane yang boleh dan mane yang tidak.
Hehehe sebenarnya panjang lebar jawapannye, ini acik short kan.
Acik : erm itu ,ante rasa ada effect tak bila upload gambar di laman social ?
Afiq : ermm mestilah ada ,setiap pekara dalam dunia ada kebaikan dan keburukan, dan kena ingat apabila kita upload itu, kiranya kita merelakan untuk orang lain melihat dan "Like", tweet mahupon di share oleh orang lain. Apabila kita upload gambar itu secara tak langsung kita membenarkan orang lain download gambar tersebut dan untuk di jadikan milik mereka. Jangan marah jika mereka mengambil dan menyimpan kerana kita membenarkan. Walaupon kita katakan kita x bagi tapi tindakan kita membenarkan.
Kalau benar tak bagi sila upload hanya untuk di lihat oleh rakan rakan tertentu saje, ataupon private kan. Baru betul, jika di biarkan "public" maka kita membenarkan mereka mengambilnya.
Ustaz Azhar Idrus pernah berkata di ceramahnya :
Hukumnya haram, menyiarkan gambar senyum sana senyum sini adalah fitnah. Nescaya mengundang dan menaikkan nafsu orang yang melihatnya. Tidak elok bukan, walaupun individu yang bergambar itu mempunyai perhubungan yang sah di sisi Islam.Yang pakai tudung pun apa kurangnya, senyuman dengan pelbagai aksi. Itu semua bagi menarik perhatian ramai dan akhirnya jadilah ia suatu perkara yang tidak elok,”
Ustaz Azhar Idrus pernah berkata di ceramahnya :
Hukumnya haram, menyiarkan gambar senyum sana senyum sini adalah fitnah. Nescaya mengundang dan menaikkan nafsu orang yang melihatnya. Tidak elok bukan, walaupun individu yang bergambar itu mempunyai perhubungan yang sah di sisi Islam.Yang pakai tudung pun apa kurangnya, senyuman dengan pelbagai aksi. Itu semua bagi menarik perhatian ramai dan akhirnya jadilah ia suatu perkara yang tidak elok,”
Acik : aaahh betul tu, satu lagi, acik semalam acik cubalah taip nama acik di google dan check di gambar google. Terkejutnya acik kerana gambar acik ada, maksudnya bila kita upload gambar di facebook, blog dan sebagainya dia akan simpan dan muncul bila di cari di agen carian seperti google. MasyaAllah.
Mungkin ada suka, sebab katanya famous, benda yang berharga itu adalah benda yang tersembunyi dan ramai tak dapat melihat dan miliki.
Jadi fikir fikirlah, jangan marah bila ada orang buat fake account bila guna gambar anda, kerana kamu yang membenarkannya. Lihat saje artis artis mereka tak mampu nak marah dan menyekat penyebaran gambar mereka di lawan web. Apa pekara yang baik akan berlaku tetapi buruknya banyak juga.
Sebab pernah satu kes kawan acik di mana seseorang telah super in pose gambar atau edit gambar kawan acik dan di letakkan pada gambar tak senonoh dan di sebarkan. Kes itu jadi kes polis , secara tak langsung menjatuhkan maruah kita dan aib kelurga. Bila orang dengki dan sakit hati sanggup buat apa saje. Fuhhh manusia manusia. Jadi fikirlah jika nak nak upload gambar. Jika kamu dah bersedia untuk hadapi segala kemungkinan itu silakan...Bukan bersangka buruk, lebih baik berjaga2 sebelum jadi lebih parah.
24 Ulasan
upload hanya gmbar2 yg tidak mnimbulkan fitnah..gmbar yg dbenarkan syariat... InsyaAllah..
sy sgt bersetuju kata-kata acik. masing-masing ada hak, hidup perlu berpada-pada.
My recent post : Mardon Station - Artwork
dari segi fake akaun tu pulak, kalau org famous mcm Aku Penghibur ni mmg patut buat satu akaun official utk setiap laman sosial yg ada...dan link-kan akaun2 official tu dekat google plus...jadi peminat boleh tahu yg mana ori yg mana cetak rompak....
:)