Assalamualaikum
Alhamdulilah, dapat lagi bernafas di bumi pinjaman Allah ini. Jom berselawat ke atas nabi muhammad saw. Aduhh lecehlah ramai pula yang tanya yang bukan-bukan di fanpage acik nie. Kenapa lelaki tak pandai hargai perempuan ? lelaki suka meremehkan perempuan ? lelaki suka mempermainkan perempuan ?
Ahh hari ini acik bagi tips untuk persiapan diri perempuan tersebut, halangan terbesar adalah godaan dari lelaki dan lelaki pula tergoda dek nafsu. Jadi kamu wahai kaum hawa perlu mempersiapkan diri dan membenteng diri kamu . Biarlah lelaki yang baik-baik saja yang datang mendekat . In sya Allah
[ Entry khas untuk kaum hawa ]
1. Kenakanlah pakaian yang sopan. Akan lebih baik jika selalu memakai pakaian yang selalu menutupi aurat.
2. Hindarilah memakai potongan pakaian terlalu ketat yang dengan mudah dapat memperlihatkan lekuk-lekuk tubuh . Jangan pakai seluar legging dan dan baju adik kamu.
3. Hindari juga pakaian yang sangat transparent. Agar tidak nampak di dalamnye, kadang sajalah tu nak nampakkan.
4. Usahakan banyak menundukkan pandangan dan tidak banyak lirik sana lirik sini ( Jaga pandangan)
5. Biasakanlah menjaga lisan dan merendahkan suara ketika berbicara dengan siapapun.
6. Usahakan menjaga tingkah laku dan adab kesopanan dalam bertutur dengan sebaik-baiknya.
7. Jika kebetulan bersama kawan-kawan, hindarilah bergurau yang berlebihan., jangan tepuk tampar tanpa antara lelaki dan perempuan.
8. Jika ada hal yang kelakar, berusahalah untuk tertawa yang tidak berlebihan. Akan lebih baik jika cukup tersenyum saja.
9. Jika kebetulan ada lelaki yang tidak dikenal sebelumnya sekadar menyapa, jawablah sapaannya dengan sopan dan penuh keramahan.
10. Jika kebetulan berbicara dengan orang yang baru dikenal, usahakanlah tidak terlalu banyak bicara. Jika sama jantina tak masalah, yang masalah jika dengan lelaki jangan lebih-lebih
11. Jika di laman sosial , tak perlulah nak letakkan gambar seksi kamu, gambar duckface dan sebagainya itu akan memancing lelaki hidung belang.
12. Di laman sosial jika mahu update sesuatu fikir dulu, janganlah taip yang aku masih single, "perempuan kesepian " dan sebagainya. Maknanya jaga penulisan juga.
13. Ketika berkata-kata sama ada bertelefon ataupin berkata dengan orang lain tak perlulah nak melunak suara ataupon cubaan mengedik kan suara tu ye.
Jika seorang wanita berperilaku sopan dan bersikap seperti tersebut
diatas, maka insya Allah lelakiakan lebih menghormati kamu, dan menghargai kamu. Mereka akan menjaga adab dengan kamu. Yakinlah
Akan tetapi jika seorang wanita berperilaku sebaliknya, maka jangan heran kalau banyak lelaki yang suka menggoda dan terkesan memandang seorang wanita dengan remeh , mempermainkan serta anggap perempuan "senang".
Perempuan yang menjaga adabnya dan tingkah lakunya insyaAllah akan di lindungi Allah dan di sayangi Allah. Tak mahu ke begitu ?? fikir-fikirkanlah
Nabi Muhammad Shallallahu'alaihi Wasallam Bersabda :
"Sesungguhnya umatku yang paling dekat denganku di akhirat kelak adalah yang paling lembut tutur kata, paling mulia akhlaknya, paling rendah hati, dan senang menyesuaikan diri dengan sesama, namun tetap dalam sunnahku"
44 Ulasan