Assalamualaikum
Ermm sebenarnya beberapa hari ini, acik hilang semangat untuk menaip di blog ini. Walaupon di bulan mulia ini tetap ada saje mereka yang tidak menjaga akhlaknya. Hampir 2 seminggu sebenarnye acik mendapat mesej di facebook dan email yang maki dan kutuk apa yang acik buat. Ayat yang acik tak boleh lupa adalah dia kata
"blog ko ini sesatkan akidah remaja zaman ni "
Ya Allah , acik ambil masa berjam jam untuk acik bace setiap entri acik adakah ada yang entri yang merosakkan akidah ? acik rasa tak ada , cukuplah jangan buat fitnah lagi.. Acik malas nak amik port tentang hal nie. Naseb baik ada rakan blogger yang bagi support tanpa henti.
Dalam solat acik tak pernah lekang doakan semoga si yang menuduh itu mendapat hidayah Allah dan apa yang acik taip itu di lindungi dari pekara yang tercela.
Berhari-hari acik buat solat istikarah sejak kes yang pertama dulu, acik mohon kepada Allah
Adakah aku perlu berhenti berblog ? Adakah apa yang aku buat ini adakah pekara yang sia-sia ?
Pelbagai soalan ketika itu, emm solat isktikaroh itu bukan hanya apabila kita bertanyakan soal jodoh tetapi tentang apa saje jika kita mempunyai banyak pilihan. Mohon petunjuk Allah untuk kuatkan hati mana yang terbaik.
3 Hari berturut juga acik mendapat mimpi yang apabila acik bangun dari tidur, air mata ini mengalir tanpa henti
Dalam mimpi yang pertama : Di mana ketika acik dalam hutan, ada seorang orang tua yang berjubah putih tarik tangan acik, dia bawa ke tengah hutan, dia suruh acik duduk di situ yang cuba lihat apa yang berlaku jika acik di tengah hutan, Acik jadi pelik , kenapa bawa acik di tengah hutan nie ?
Dalam mimpi hari kedua : Orang tua yang sama di bawa acik ke satu tempat yang gelab,tapi acik tak nampak apa-apa,tapi orang tua tu kata " pejamkan matamu nak " lihatlah apa yang kamu nampak ? apa yang acik nampak ? kalau dah pejam macam mane nak nampak? dan tiba tiba acik tersedar dari tidur
Acik tak fikirkan tentangnya langsung sebab acik rasa itu mainan tidur tapi bila hari ketiga acik mimpi
Hari ketiga : Orang tua yang sama itu datang dan dia bawa acik ke satu tempat yang ramai orang, di situ ada ramai orang yang sering bergaduh dan bertengkar. Acik cuba leraikan , tapi apa yang acik dapatkan adalah kata cacian, hinaan.. Ketika itu air mata nie dah tak tahan lagi. Mengalir dengan deras. Orang tua itu datang dan hampiri acik , di pegang tangan acik dan dia letakan tangan acik di dada ini. " Dia kata "kamu ikut apa kata hatimu yang paling dalam,yakin pada Allah jika kau rasa benar apa yang kamu buat keranaNya. Teguhkan hatimu nak, jika di sini goyah maka akan goyah imanmu. Dan orang tua itu berlalu pegi.
Ketika itu lidah ini rasa kelu dan tak terkata , tapi air mata ini mengalir tanpa henti.
Terima kasih ya Allah atas jawapannye, alhamdulilah acik dah dapat kekuatan atas semua ini, tapi yang sampai sekarang nie acik tak dapat lupakan, orang tua itu sangat wangi dan tak dapat lihat wajahnya.
Moga ini ada petunjuk atas segalanya dan buatkan hati ini tak akan berubah untuk apa pon dugaan yang mendatang, acik kena kuat, muhasabah diri dan kuatkan hati untuk sentiasa yakinkan diri dan lakukan sesuatu keran Allah.
64 Ulasan
mama doakan acik berjaya!!! chaiyok chaiyok!! hihihi
Walau apapun kami tetap di belakang acik.
semoga acik kuat dan terus berkarya..
semoga acik lebih kuat..
chayok chayok :)