Ticker

6/recent/ticker-posts

Antara Persiapan Menjelang Ramadhan

ramadhan is coming

Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat lagi kita bertemu di bulan yang mulia ini, ahh ramai pula yang bertanyakan amalan-amalan yang harus di lakukan menjelang ramadhan ini, emm tapi setahu acik hanya kita harus siapkan diri untuk menjelang ramadhan. Beberapa saje umat islam akan menyambutnya jadi jadi jom kita ketahui persiapan menjelang ramadhan ini.

1 Muhasabah diri dan membaiki diri

Masa inilah untuk kita muhasabah diri , apa yang kita lakukan ? Apa amalan yang kita buat ? , Ahh masa ini untuk kita kurang pekara yang kurang baik dan pekara yang lagha (pekara yang sia sia) Jadi kita muhasabah diri dan pastikan ramadhan ini lebih baik dari yang lepas.

2. Melatih anak-anak untuk berpuasa, bersedekah dan membaca al quran

Bila tiba bulan puasa inilah bagusnya untuk melatih anak anak, bagilah penjelasan kenapa perlu berpuasa ? apa kelebihan berpuasa ? faedahnya ? dan apa kelebihan jika kita bersedekah ? dan banyakkan ajak mereka untuk membaca al quran.

3. tekad untuk pastikan bulan puasa ini akan puasa penuh

Untuk kaum hawa kita fahamlah jika mereka yang tak mampu puasa penuh. Tapi untuk kaum adam , ada halangan ? pastikan tahun ini puasa penuh ,jangan rompong rompong, kejap puasa kejap tidak, malu dengan budak kecil yang puasa penuh. Pastikan puasa ye, jangan nanti lihat ramai di kedai makan yang bertutup kiri kanan di siang hari.

4 Mempelajari dan Mengulangkaji ilmu tentang puasa

Ahh kadang kita lupa , bagiamana nak niat puasa, apa yang boleh dan tidak boleh , inilah masanya untuk kita caritahu untuk siapkan diri dengan ilmu seperti

  • Rukun-rukun puasa serta sunat-sunatnya
  • Pekara yang membatalkan puasa
  • Pekara yang boleh mengurangkan pahala puasa
  • Dan segala berkaitan dengan puasa
5. Ramadhan adalah penghapus dosa 

Sabda Rasulullah s.a.w. melalui hadis yang disampaikan oleh Abu Hurairah r.a.;

الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ، وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ، مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ، إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ

“Solat lima waktu, jumaat ke jumaat dan ramadhan ke ramadhan merupakan penghapus dosa di antaranya selama mana dijauhi dosa besar”. (Riwayat Imam Muslim)

6 Mengetahui Kelebihan-kelebihan bulan puasa

Ada yang kita tak rasa excited pon nak tiba bulan puasa, ahh masa inilah untuk cuba cari "feel" untuk semangat berpuasa,. Baca fadilat dan kelebihan berpuasa, pastikan kita akan lebih yakin dan siapkan diri . Ingat masihkah ada ramadhan lagi untuk kita lepas ini ? Jangan biarkan ramadhan berlalu begitu saje, rugi besar tau

7 Malam Al Qadar 

Malam Al Qadar atau lalilatul-Qadar atau malam al-Qadar (kemuliaan) yang dinyatakan keistimewaannya secara khusus oleh Allah dalam surah al-Qadr;

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ، وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ، لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ، تَنَزَّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ، سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar”. (al-Qadr: 1-5)

Ahh setakat ini dulu pengkongsiaan, jom kita meriahkan ramadhan kali ini agar lebih bermakna, pada rakan blogger semua jom kita lebih beristiqamah dalam penulisan dan sampaikan pekara yang baik baik . Semoga kamu di berkati Allah 
 

Catat Ulasan

36 Ulasan

sitirohaida berkata…
xsabar nak tunggu ramadhan
norhasnizakhalid berkata…
tahun ni baru start nak ajar anak mama full puasa.. hihihi
Mizz Aiza berkata…
sama-sama kita mempersiapkan diri untuk menghadapi ramadhan kali ini.. satu lagi, ramai orang yang puasa tak pernah tinggal.. tapi bab solat fardu banyak yang tinggal pula.. semoga kita terus beristiqamah dengan amalan yang dibuat pada bulan ramadhan agar diteruskan pada bulan2 yang lain juga.. insya-Allah..
Vee berkata…
Tak lama lagi tuu.. :)
Tanpa Nama berkata…
moga di panjang usia kita untuk bertemu ramadhan..ahlan wasahlan ya ramadhan..
Nory Zoulkefle berkata…
tak sabar menanti kedatangan ramadhan...
Unknown berkata…
InsyaAllah tahun ni puasa penuh..hehe..
Adilah Asari berkata…
semoga kita lebih istiqamah :)
Dzureen Darwis berkata…
Thank you for the reminder. Sama2 lah kita nantikan lebaran Ramadhan yang penuh barakah ini. :)
Zaza Iman berkata…
satu perkongsian yg bagus..selamat menyambut ketibaab ramadhan..wee...seronoknya puasa kan =)
Unknown berkata…
ta sabar nak pose...nice sharing acik
BinMuhammad berkata…
Khutbah jumaat tadi pun cerita pasal persediaan menghadapi Ramadhan. Semoga ramadhan kali ini kita sambut dgn penuh bersedia...insyaallah.
kak gojes berkata…
tahun anak ahkak excited nak berpuasa..umur dah 5 tahun..lepas tu siap pesan belikan telekung dan minta ajar mengaji.

kalau nak penuh...hihihi..kaum ahkak ni mana bleh penuh...klu penuh pun syukur la..hihihhi...wajib ganti puasa tiap2 tahun...ekekek
Unknown berkata…
bagusnya... semoga kita semua dapat berpuasa dgn baik dan seikhlas hati..oh lalilatulqadar....
Tetamu Istimewa berkata…
Kita selalu mengharapkan Ramadan kali ini lebih baik daripada Ramadan lepas. Jadi, lakukan ibadah dengan hati yang ikhlas.
Fais-SKA berkata…
Tak sabar nk tggu bulan ramadhan =) sma2 kita kutip pahala ramadhan thun ni..nice sharing acik..
bicara mak dara berkata…
Salam Ramadhan buat Acik sekeluarga
Lieza Nordin berkata…
salam ramdhan acik :) smga ramdhan kali ini lebih baik dri y sblmnya :D
Akupenghibur.com berkata…
hhehhee biaselah kak cik budak kecikkan hehee
Akupenghibur.com berkata…
kan kak mmg tak sabo :)
Akupenghibur.com berkata…
aloo mesti comel , hehehe Selamat berpuase ye untuk anak mama
Akupenghibur.com berkata…
betul tu kak ,kita ken istiqomah dalam amalan kita
Akupenghibur.com berkata…
amin mudah mudahan kak :)
Akupenghibur.com berkata…
mmg tak sabo nie hehee :)
Akupenghibur.com berkata…
hehehe , :) seronok nk puase
Akupenghibur.com berkata…
wahhh pandai betul anak akak ,moga di pemudahkan urusannye
Unknown berkata…
selamat menyambut bulan ramadan bro...
Unknown berkata…
selamat berpuasa achik..... tak sabar remy nak sambut ramadhan.....
mrhanafi berkata…
semoga info ini memberi manfaat kepada kita semua..
Aqim Razali berkata…
Salam ramadhan dan selamat berpuasa. Terima kasih atas perkongsian yang bermakna :)
Aida Ismail berkata…
Salam Ramadhan ye acik :)