Assalamualikum
Alhamdulilah dapat lagi acik menaip di blog yang sentiasa menghibur kan hati ini, dalam kehidupan kita , kita akan jumpa dengan pelbagai ragam manusia dan buat kita keluh resah kadang kalanya. Tetapi apa yang selalu di ungkapkan itu hanya tentang cinta dan cinta. Di kala itu , hatiku bertanya cinta itu di agungkan tapi kenapa di saat kecewa cinta itu di hina ?
Adakah manusia sukar untuk menerima qada dan qadar yang telah di tentukan oleh Allah ? banyak persoalan yang di tanyakan dan kadang kala acik sendiri mencari bagaimana untuk acik menjawabnya.
Hari ini acik dapat satu pertanyaan dari sahabat baik acik, dia bertanya
" Acik macam mana ekk, Apabila kita sukakan seseorang itu sayang padanya sehinggakan buat solat aku tak kusyuk kerana memikirkan dia, apa yang perlu aku buat ? perlu ke aku tinggal kan dia ? Kadang ketika malam di selalu mesej dan bertelefon buatkan aku lambat solat dan kadang solat cepat takut dia marah kerana aku lambat balas mesej dia.
Wahai sahabatku, pada acik ketika solat itu ,tinggalkan seketika cinta dan hal dunia. Memang tak di nafikan kalau kita sedang bercinta, kita lebih pentingkan si dia , takut si dia marah dan merajuk apabila tak balas mesej dia.
Tapi kena ingat juga bagaimana murka Allah terhadap kita ?
Acik pon akui kadang solat acik pon belum kusyuk lagi, jauhlah jika mahu solat yang sempurna,tapi acik cuba kearah tu. acik tak mahu jika solat itu tak di terima Allah
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya.” Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : “Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat.”
Jadi fikirkan lah sahabatku , mahukah kamu kerana cinta itu buatkan kau lalai dalam solat ?
Nasihat acik, katakan padanya bahawa kamu perlukan ruang masa dan jarakkan seketika waktu kamu dengan dia. Utama apa yang wajib daripada pekara lagha.
Ingat perempuan yang baik yang akan sentiasa menjaga akhlak dan akidah serta akan selalu ingatkan kamu kearah kebaikan. Maka fikirkan cinta manusia atau cinta Allah yang kamu ingin kan ?
Acik faham, orang bercinta ini memang semuanya nampak si dia saje, tapi jangan leka itu semua adalah permainan syaitan yang tak pernah putus asa dan kreatif untuk kita lupakan Allah.
Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari
ia hanyalah hamba akan patuh apa saja yang diperintahkan dan disampaikan
oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman
Allah yang bermaksud:
“Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya
yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.
(Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya
dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya” [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].
Jadi jom sahabat kita muhasabah diri , lihat di mana cinta Allah kita letakkan ? adakah sehebat cinta dengan manusia ? renung-renungkan lah
48 Ulasan
masalah, keinginan terhadap benda, teruja dengan sesuatu dan sebagainya boleh menyebabkan solat tak khusuk
amin mudah mudahan
sesungguhnya Allah swt maha mengetahui ^^