Assalamualaikum
Alhamudulilah dapat lagi kita hidup di muka bumi Allah nie, dapat melihat keindahan ciptannya. Sebenarnya beberapa hari acik buat sedikit kajian tentang lelaki suka baca novel, ahhhh kemain serious sebabnya ada sesetengah lelaki menganggap baca novel tu mesti jiwang, layan lentuk dan tak macho langsung. Honestly acik nie memang jenis layan novel tapi hanya untuk penulisan Ramlee Awang Murshid saje, kerana dalam novelnya meliputi segalanya kasih sayang, kekeluargaan dan fiksyen .
Ehh bukan itu yang acik nak bincangkan , semalam acik buat bancian yang ringkas terhadap pengguna facebook lelaki baca novel . 30 peratus membaca novel dan 70 peratus tidak membaca . Wahh banyak tu, mungkin mereka fikir novel ini perlu yang jiwang saje sebenarnya tidak terpulanglah kamu nak bace yang mane, dah kebetulan semalam acik pergi ke bilik rakan untuk pijam buku , dan silalah bace dialog nie
Hahahah , ehhh jangan silap pula, kawan acik tu bukan fahrin Ahmad, tpi fahrin kebetulan nama sama acik tu gunalah gambar si fahrin ahmad tu, idea datang pulak mencurah curah, heheheehe adehh nak terbahak bahak bila tahu dia baca novel, muka ala ganas dan suka kutuk bila acik baca novel, nahh amik bila bace novel jadi addict.
Acik pon suka novel english, jalan cerita mereka pon best jugak, pada acik tak salah kalau lelaki tu baca novel, tapi jangan lah baca novel tu sampai lupa waktu solat, lupa nak makan , tidur lewat malam dan pastinya bangun lambat. Kita kena effective dalam kerja kita, jadi membaca novel sebagai benda yang berfaedah.
Untuk lelaki, kadang kita perlu turun sikit ego kita, dalam buat apa saje, tak kiralah bace novel dan sebagainya. Bila ego mengatasi segalanya itu yang konon macho dan gentlemen tak buat semua benda tu, tapi dalam diam buat juga.
Hehehehe oklah , pendapat kamu pula bagaimana ??? adakah ada kawan lelaki kamu yang suka baca novel ? perempuan suka ke lelaki baca novel ?
54 Ulasan
tp yaya pulak yang ta berapa minat novel kecuali novel tu memang betul2 dpt menarikminat yaya, yaya akan baca..seumur hidup yaya, bru sekali yaya khatam baca novel..hehe..
alah, tak salah pun lelaki nak baca novel.. sama je pada mama, romantik perrr... hihi
PS: apa2 pun, terbaik konsep gambar dan dialog acik tu....mantap...
Saya lebih suka baca buku perkongsian ilmu seperti buku-buku Azizi Ali,Irfan Khairi dll.
owh bagi kak lea lelaki yang baca novel,dia seorang yang penyabar.sebab ingat senang nak habiskan hingga m/s terakhir?baca novel tak semestinya dicop sebagai jiwang,mereka lelaki yang bijak.sebab?melalui pelbagai jalan cerita dan watak,mereka akan lebih bijak mengenali karakter kaum hawa(pasangan mereka).