Assalamualaikum
Alhamdulilah dapat lagi bernafas di bumi pinjaman Allah, berselawatlah ke atas nabi muhammad saw. Setelah ramai pula yang meminta tips kepada acik. Yelah mesti ramai yag bosan bila bace blog acik hanya unsur nasihat dan motivasi. Ishh jika di fikirkan masih jauh lagi perjalanan acik ,tapi tak salahkan nak kongsikan kepada kamu semua.
Tips ini amat sesuai kepada blogger baru aka newbie , kepada yang otai-otai tu kalau nak tengok silakan jugak
Pertama : Menggunakan keyword yang mesra Seo dan tajuk yang gempak
Maksud di sini gunakan keyword yang yang bersesuai dan mengikut trend pencarian di searching engine sama ada di google, yahoo, bing dan sebagainya. Gunakan keyword yang ramai cari tetapi tidak mengunakan keyword yang tak senonoh.Dan jangan lupa sebelum post entri tu fikirkan tajuk yang bersesuai dan dapat menarik orang untuk membaca. Yang paling penting isi penulisan dengan tajuk biarlah selari agar pembaca berpuas hati dengan entri kita. Boleh juga buat tajuk yang "suspend" , tanda tanya, ayat penyata dan sebagainya.
Kedua : Blogwalking
Blogwalking ini salah satu cara untuk menggalakan orang untuk datang ke blog kita, selain itu juga dapat mengeratkan silaraturahim dan ukhuwah sesama blogger. Tinggalkan jejak jika blogwalking tu sama ada di chat box atau pon comment di entri.
Ketiga : Ping Di Group Facebook
Ahh kalau lihat di facebook banyak group untuk blogger, jadi boleh juga manfaatkan untuk share kan . Secara tak langsung kawan kawan facebook kita lihat dan juga akan membaca. Ahh antara group facebook yang banyak orang ping crew gempak , kelab blogger, dairi sahabat blogger , blogger ipt, sahabat blogger dan sebagainya
Kempat : Ping entri di laman Aggregator
Ahh boleh juga ping di sini, tak salah pon, ramai blogger famous ping di sini . Selain dapat menarik orang membaca dapat juga hit di situ . Tempat paling popular ping busuk.org , kartikel.com ,blogged.my/ , blogged.my/ , http://www.pingje.org/ , http://www.carimember.com/ , http://www.pingje.org/.
Kelima :Membina networking antara blogger
Alhamdulilah acik lihat berkembangan yang sehat apabila blogger ramai membuat gathering ataupon event sesama blogger. Contoh terbaik adalah event yang di anjurkan oleh denaihati.com. Rapatkan hubungan kamu dengan antara blogger , secara tak langsung sesam blogger akan membntu blogger. Kalau ada cerita yang menarik boleh la sama sama sharekan di laman sosial dan sebagainya
Ahh ini hanya sekadarnye saje, insyaAllah berkesan dan sebenarnya banyak lagi caranya. Dan acik yakin kamu ada cara kamu yang tersendiri. Ini adalah salah satu cara untuk membantu blogger baru yang mahu ceburi dunia blog yang serious. Harap membantu kamu semua . Wasalam.
37 Ulasan
Anak Askar Pencen
tibe masa nad pulak comment sini heee
bagus juga tip nie. thanks share ^^