Ticker

6/recent/ticker-posts

Ciri Lelaki Serious Untuk Menjadikan Seorang Wanita Sebagai Isterinya



excited nak kawin
Gambar hiasan


Assalamualaikum

Untuk dapatkan ketenangan last paper ini ,acik ajaklah rakan rakan pegilah ke tasik untuk mencari ketenangan hidup ini. Dan kebetulan rakan yang acik lepak umur mereka dalam lingkungan 25-30 an dan mereka terbuka cerita tentang lelaki serius dalam perhubungan. Ini hanya pandangan acik dan rakan rakan saje, dan terpulang ikut individuyang mempunyai pandangan masing masing.

Lelaki A : aku tak paham perempuan nie, suka sangat bila tanya sayang dia tak ? bila nak kawin dengan dia ? bila nak masuk meminang ?

Lelaki B : aahh kadang stess juga, balik balik soalan yang sama, dyeorang tak tahu kita sedang usaha nak cari duit dan baiki diri dulu, aku tak nak kawin nanti , aku buat hidup orang yang aku sayang hidup susah, merana. 

Leleki C : ahh tengoklah, hantaran nak 10 ribu, malu kalau rendah dari kawan-kawan dia, ishhh pening nak memikir

Acik : hahaha korang nie, apalah mengeluh je, rileks, itulah ujian kita sebagai lelaki dan bakal bapa dan suami, ehhh nak taip entri kat blog ini, meh kongsikan kat acik, bagaimana lelaki yang serious dalam perhubungan untuk mendirikan rumah tangga 

1.Sentiasa Membimbing

Kalau dah sayang tu ,pastinya seorarang lelaki itu akan cuba membimbing perempuan tersebut untuk jadikan muslimah yang baik dan bakal ibu yang baik juga , Bimbingan akan di beri sedaya updaya melalui ucapan dan perbuatan . Sebagai contoh berikan kata kata semangat dan dan dari segi perbuatan pula ahh belikan baju yang labuh dan tudung untuk si dia.


2. Menasihati  Pasangan Dan menjadi Pendengar yang baik

Dalam sebuah perhubungan pastinya kata kata nasihat itu tidak akan lekang di bibir , tujuan utama adalah untuk membaiki mana yang kurang, sama ada dari pihak lelaki dan perempuan. Tentunya bila si dia ada masalah akan sedaya upaya untuk menjadi pendengar yang baik untuk masalah kamu , dan kata kata nasihat untuk kamu.

3.Muhasabah Diri dan Baiki Diri 

Sahabat semua mengatakan bahawa bukan senang untuk menjadi seorang suami dan ayah kepada anak-anaknya nanti, jadi baiki dan sentiasa muhasabah diri untuk jadi yang lebih baik, baiki solat, bacaan al quran, dan cuba dekatkan diri pada Allah

4.Tabungan Khas

Kebanyakkan lelaki akan buat tabungan khas untuk duit kawin, kadang sanggup ikat perut dan berlapar untuk pastikan hajatnye tercapai, yelah si gadis mahukan hantar  10K keatas , jadi perlu kerja kuat dan kumpulkan duit . Ishh nak kawin sekarang bukan murah, majlis belah lelaki / Perempuan, duit photographer  dan lain lain 

5. Akan menjaga kehormatan Pasangan 

Lelaki yang mencintai kerana Allah pastinya dia akan menjaga hubungan itu agar tidak bertandaskan nafsu. Tidak melebih-lebih seperti pegang pegang tangan, peluk-peluk dan sebagainya. Dan paling penting mendoakan pasangan lepas solatnya dan sentiasa mendoakan kebaikan untuk pasanganya.

6. Jika benar dia sukakan wanita itu, pastinya tiada wanita yang di pandang

Ramai yang acik kenal , lelaki sebenarnya setia, tapi kadang perasaan ragu terhadap pasangan itu yang menyebab dia saje nak uji perempuan itu bagaimana,  Kalau dia dah sayang pada seorang itu pastinya tiada yang lain, dia akan jaga pergaulan dengan mana mana perempuan.

7. Masuk Merisik dan Meminang 

Ahhh kalau semua dah cukup pastinya lelaki akan terus berjumpa dengan keluarga kamu untuk memberitahu hajatnya, kalau tidak pon mestilah nak bertunang dulu.

Lelaki yang serious dalam hubungan tiada istilah percubaan , jika benar dia suka pastinya dia akan menyakinkan kamu dan ajak bawa jumpa keluarganya agar dapat berkenal kenalan dahulu 

Catat Ulasan

42 Ulasan

Vee berkata…
Hmmm.. Lama lagi nak fikir ttg ni tapi mmg kita blh tgk siapa yg btl2 into the relationship kan..
Tanpa Nama berkata…
biasanya lelaki yang serius dalam perhubungan akan membawa si gadis pasangannya untuk bertemu keluarganya dan dia sendiri pun sanggup bersemuka dengan keluarga gadis tersebut..itu pengalaman kathy la..hehehe..
BinMuhammad berkata…
Janganlah mengharap terlalu menggunung...bila dah kahwin akan terlihat jua kekurangan masing-masing. Yang penting siapkan diri untuk menerima dan saling memahami dan melengkapi. Tolak ansur dan saling mempercayai itu juga penting untuk hidup aman bersama di samping berusaha untuk memperbaiki diri...
Tetamu Istimewa berkata…
Huhuhu... Dua-dua kena duduk berbincang baik-baik.
Fais-SKA berkata…
yg 7 tu best..kalau kapel lma2 xbest jgak sbnarnya, nnti mcm2 mslah timbul..baik khwen je trus..sblum 2 sbulan dua cubalah sling kenal mgenali..cinta slpas nikah byak kemanisannya berbanding bcinta 4 5 6 thun...he3 scebis pndapat je =)
norhasnizakhalid berkata…
si lelaki perlu matang sebelum melayari alam rumahtangga.. umpama dalam satu kapal, kapten mesti terbaik, kalau kapten hampeh, habislah pelayaran tu..
Unknown berkata…
give and take to kena ada kan...barulah lengkap melengkapi :)
YanaKhai berkata…
Sy ada bf yg sanggup jujur lukakan ht sy dgn bgtahu tlg kawan perempuan lain dg alasan xnk kawan prmpuan die tu terasa klw xd tlg.. Sedangkan dia telah pon guris hati sy.. Jg perasaan perempuan lain dgn sakitkan ht sy.. Sedey
Unknown berkata…
no.6 (Jika benar dia sukakan wanita itu, pastinya tiada wanita yang di pandang)..lumrah lelaki suka melihat benda2 yg cantik..rasanya perempuan harus terima hakikat sekiranya kekasih atau suami anda melihatnya..tapi dia masih memandang anda sebagai yang tercantik dan terhindah dalam hidupnya...:D
Unknown berkata…
Ermmm.... Betul.... Tapi lambat lagi kot nak kawin... Belajar pun belum habis lagi... Hehehee....
||aLeaSaRa|| berkata…
kalau lelaki dah start cakap.."masih belum bersedia untuk beri komitmen dalam hubungan"..dari situ dah boleh tau dia betul2 serius atau saja nak tambahkan spare-part :)

Adilah Asari berkata…
bila perempuan tanya macam tu maknanya dia dah siap sedia untuk jd sebahagian hidup lelaki tu..dia dah betul2 serius lelaki pulak yang rimas..hadui..
Lieza Nordin berkata…
sukar utk pcya kata2 mnis seorg lelaki.. ahaks~~ :) kdg2 dia selit racun sekali.. ohoho
Teena Tna berkata…
Kalu boleh, x nak bercinta lame sgt, kan bagus kahwin cepat2, lebih indah&manis, tp masalah bila lelaki x cukup duit lg...kesian diorang kena kumpul bg cukup...
Akupenghibur.com berkata…
betul , sentiasa berdoa ye :)
Akupenghibur.com berkata…
wahh berdasarkan pengalaman , memang betul pon
Akupenghibur.com berkata…
betul tu BM ,ahh dengan orang lebih makan garam beri nasihat :)
Akupenghibur.com berkata…
yup kita taaruf dan terus nikah ,lebih indahkan
Akupenghibur.com berkata…
betul tu kak , kalau kaptennya rosak , nayalah hidup, thanks kak bagi pendapat
Akupenghibur.com berkata…
insyaALlah kak ada , percayalah
Akupenghibur.com berkata…
betul tu, itu asa perhubungan
Akupenghibur.com berkata…
Allah tahu yg terbaik , mungkin ada lebih baik darinya , bersanka baik dengan Allah
Akupenghibur.com berkata…
yup , itu kebiasaanye
Akupenghibur.com berkata…
aahh ini untuk orang dah fikir soal kawin :)
Akupenghibur.com berkata…
betul tu kak , wahh itu dia tips "0rang lebih makan garam"
Unknown berkata…
Baru kenal hati budi beberapa bulan, Mr.K ajak pergi kursus kawin. Terkejut jgk, tib2 je kan. TAk lama kemudian family dia datang rumah, merisik dan berkenalan.. Tindakan yg mmg serius spt orangnya juga.
Unknown berkata…
kalau lelaki tu dah serius mmg dia akan memikirkan pasal simpanan duit....hehe
Unknown berkata…
bagus entry nie achik........
sebaik baiknya jadilah suami yg membahagiakan...... dan juga bertanggungjawab.....
Unknown berkata…
3 n 4 tuh takde.. so cmne? hahaha
Mizz Aiza berkata…
setuju sangat acik.. setakat ni akak tak jumpa lagi yang ada ciri2 tu..
Aida Ismail berkata…
Bila la orang nak masuk meminang saya ni. Kihkih~ berangan je lebih. ;p
khairulsyarafi berkata…
info yang best!! :D
lambat eh nak kawin..
Unknown berkata…
skrg ada 2 pilihan...yang satu tu memang pilihan hati.tapi bila diajak jumpa family salu mengelak.yang satu tu secret admire dari zaman sekolah.dia yang berkenan,muda setahun je.awal-awal dah call parents mintak kebenaran nak berkawan.apa pandangan acik??
Akupenghibur.com berkata…
pilih mane yang lebih serious dan berkemampuan dalam perhubungan..mungkin ada sebab pilihan pertama mengelak.. tanyalah kenapa ? yang kedua tu nampak serious, tapi sejauh mana keseriousannya,, ada pilihan jangan lupa buat solat istikarah..
shamyheart berkata…
Lelaki serius bila ajak kahwin tapi ada juga yang nak mainkan perempuan bila dia kata nak kahwin dengan korang. Sebab perempuan akan bagi segalanya bila lelaki kata nak kahwin dengannya. Hati-hati. Pandai-pandailah jaga hati ye.
lama tak lepak kat blog Achik.
ImpiaN ANeF berkata…
sy nak berkenalan dgn awk bole
CJ Housewife berkata…
Salam...saya kenal dia x lama dalam 2bln pastu dia mintak mak ayah dia masuk merisik dan tunang.majlis ringkas hanya keluarga dia dan adik bradik n mak sy shj.sarung cincin dan bg buah tangan.semua atas permintaan saya.alhamdulillah.skrg hampir sebulan jd tunangan tetapi kami hanya berjumpa sekali shj.InsyaAllah,akan dipercepatkan majlis nikah.terlalu cepat dan sy rasa dia yg benar2 serius.sy hrp dpt mendidik diri utk bersabar.kami setuju utk bcinta slps nikah.sy terima dia seadanya.mungkin ini yg Allah takdirkan utk saya.wallahualam.syukur.
++fEyrA++ berkata…
Sy da kenal dia 5 tahun.. sy pnh jumpe family die.. pnh ikut die balik kg jmpe sdara mara die.. die pn da jmpe family sy.. die sanggup ulang alik amik sy setiap cuti sem n nak masuk sem baru.. dri johor ke tganu.. die habiskan duit utk sy.. bila sy tnye bila nak masuk minang, die slalu bg alasan duit xckup lg.. adakah die serius dgn sy?
NH berkata…
Serius la tu..lelaki kalau serius dia tak segan jumpa ngan family perempuan termasuk saudara maranya..sanggup habis mass dan duit lagi for you :) kalau duit x cukup utk kawin maybe betul jugak..sebab dia fikir masa depan tak nak susahkan awak if tak cukup duit bila dah berumah tangga nanti