Ticker

6/recent/ticker-posts

Jangan Kamu Memandang Rupa Sebagai Langkah Utama Dalam Mengenali Seseorang

jom jadi baik

Assalamualaikum

Hari demi hari acik dapat lalui setiap detik nafas dengan pengalaman baru, sama ada rakan blogger dan rakan yang baru kenal. Dalam proses pengenalan ini banyak yang kita rahsiakan dan cuba tidak tunjukkan bagaimana kita sebenarnya.

Dalam perkenalan apa yang kamu lihat dari orang yang baru kenal ? 

Adakah kerana paras rupanya ? adakah kerana percakapannye ? kewangannye ? Atau di sebaliknya ? 

Tipulah jika pada pandangan pertama kita melihat orang lain itu bukan pada paras rupa. Kenyataannya kita lihat itu dahulu baru yang lain. Ada yang memilih dalam berkawan , ada yang mencari yang setaraf dengannya, yang cantik dan hensem saje .

Bagaimana dengan yang kita lihat di mata kita seorang gemuk, kulit kurang cerah , tak handsome ,tak cantik ?

Adakah yang cantik dan hensem itu semuanya baik ? dan yang kurang cantik dan kurang hensem itu jahat ? 

Tentu tidak sekali ,wajah tak mengambar segalanya , yang penting ada dia sudi untuk berkenalan dengan kita.

 Jangan kamu memandang rupa sebagai langkah utama dalam mengenali seseorang. Boleh jadi dengan rupa, ia akan menutupi 1001 kebaikan/keburukan di dalam dirinya. 

ada salah untuk pandang pada paras rupa ?

tentunya tak salah , cuma cara pandangan seperti ini tidak tepat. Fitrah manusia yang suka pada kecantikkan dan keindahan.

Kawan perempuan acik pernah kata " perempuan tak kisah bagaimana rupa seorang lelaki janji dia dapat terima dia seadanya dan mampu membantu di dunia dan akhirat "

yang lelaki pula kata, " memang pada mulanya tengok rupanya , tapi apa ada dengan rupa kalau perangai yang tak elok, pada aku cukuplah kalau ada agama, dapat membantu aku untuk baiki diri dan rupa tak penting kot "  
Kalau pada acik, tak kisah pon bagaimana rupanya dan perwatakan dia ,janji di sudi terima acik sebagai kawannye. Cantik itu sebagai bonus untuknye tapi jangan di salah gunakan.  Jika tidak cantik atau hensem ,acik yakin kamu ada kelebihan yang lain.

Kepada kurang dari segi kecantikan diri, maka tunjukkan kecantikkan peribadi, Jangan jadi macam biasa orang cakap 

" muka dahlah hodoh perangai sama juga jodoh"

Peribadi diri itu paling penting, tunjukkan peribadi yang baik insyaAllah semua orang mahu kawan dengan kita. 

Tapi di akhirnya , kita di pandang sama oleh Allah sebagai hambanya, tiada perbezaannye, tak kira bagaimana rupa kamu pon.

“Sesungguhnya ALLAH Ta`ala tidak melihat pada bentuk tubuhmu dan tidak pada rupa parasmu, tetapi DIA melihat pada hatimu.”
(HR Muslim)

 oklah terima seadanya seseorang itu, tak kiralah wajahnye bagaiamana .Semoga Allah merahmatimu semua .wasalam
 

Catat Ulasan

30 Ulasan

Tetamu Istimewa berkata…
Kalau kita hendak memilih, tengoklah diri sendiri dulu. Selalunya orang yang baik adalah untuk orang yang baik juga.

Dan, wajah itu sekadar bonus jika dipertemukan dengan yang cantik.
norhasnizakhalid berkata…
betul tu acik, rupa tak bawak kemana, bila tua kedut jugak. yang dibawa sampai bila-bila sikap dan perangai individu tersebut..
Unknown berkata…
manusia cam nie mmg wujud..mmg bonus bg yg cantik atau kacak dapat ramai kawan..tak dinafikan..:D
sizziey darliana berkata…
thumbs up.. kita insan yang dijadikan Allah, punyai kelebihan dan kelemahan masing2.. sebagai manusia, kita perlu menerima sesiapa sahaja jadi kawan tanpa memilih paras lupa....
Asyik Izas berkata…
Mula2 ASyik akan tgk air mukanya, kemudian cara perckpn dan tingkah laku..dlm masa tu boleh tahu org tu mcm mana..tp xkisah pun org tu gemuk atau kurus asalkan perangai elok..;)
Unknown berkata…
pastikan sedar dengan kedudukan diri sendiri..
tak perlu memilih sangat.. entri yang bagus :)
Mizz Aiza berkata…
tak dinafikan rupa paras memainkan peranan penting di dalam kita mengenali seseorang.. tapi apa gunanya muka je lawa/handsome, perangai hodoh.. semoga kita semua tak tergolong di kalangan mereka itu..
Dzureen Darwis berkata…
Hmm betul tu. Persepsi pertama memang tak bleh dielak tapi kita kena bagi peluang kat org yg bru kita kenal untuk kita keal baik budinya juga ^^,
Akupenghibur.com berkata…
betul tu cikgu :) selalunye cm tu , terima seseorang itu dengan seikhlas hati
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) betul tu rupa mmg tak kemana pon ,jadi jangan memilih sangat ye
Akupenghibur.com berkata…
itulah :) tapi jangan di pinggirkan yang biase biase nie
Akupenghibur.com berkata…
setuju :) kita terima orang , orang terima kita :)
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) hihihi x kisah cm mne pon orangnye
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) kadang kena tgk jgk diri kita kan :)
Akupenghibur.com berkata…
minta di jauhkn dari perangai cm tu
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) bagilah peluang untuk saling kenal mengenali
surihati berkata…
Setuju.. >·<
Muke cun/emsem tp hati busuk, sgt x ok..
muke tak cun/tak emsem , hati pulak busuk, tak patut..
pokok pangkal is hati.

Gud artikel
Fais-SKA berkata…
in.shaa.Allah, ape yg Allah bg, tulah yg sy terima =)..tp dlu kwan2 ambe pn ada tya..kenapalah awek dia cun sangat2..tp bf mcm mat bangla je..ha3, dah tu jodoh dia, nk bt mcm mn kn..tulah, kdg2 tgok perempuan cntik ni, berkenan la juga nk dekati dia..tp xberani je =) he3 pendam jelh
Bunda_nora berkata…
Dalam mencari pasangan... kita selalu mendengar orang memilih ciri2 yang beriman, berbudi bahasa, hormat orang tua dll...

Sebelum kita mengharap semua ciri2 itu dari pasangan kita.. lihat diri kita terlebih dulu...apakah diri kita sendiri ada ciri2 semua itu?..

lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitu juga sebaliknya...
Unknown berkata…
betul tu bro, janji ikhlas berkawan
Unknown berkata…
Kalau nak membeli kat bazar ramadhan sy suka pandang rupa, mata dan gerak tubuh..sebab nak mengecam keikhlasan..
Tanpa Nama berkata…
hehehhehe..kalau acik ni memilih pada fizikal seseorang,tentu akak ni bukan pilihan acik nak berkawan sebab akak ni simple sangat orangnya acik..tak cantik..
eqbalzack berkata…
Setuju sgt2. EZ banyak pengalaman boleh cerita bab2 rupa paras ni. hehe
penulis berkata…
saya pilih yang mendamaikan hati,
Unknown berkata…
rasanya mmg fitrah manusia ni suka meletakkan wang ringgit dan rupa paras sebagai kayu pengukur sebelum nak berkawan....tapi ada juga yg jenis boleh menerima seadanya...dan ada juga yg cakap di mulut sahaja boleh menerima tapi dalam hati dia kita tak tau...wakakaka...apa2 pun mcm biasa lah bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta...lepas dah kenal baru la boleh nak nilai seseorg tu camne...

penilaian manusia utk berkawan dan utk mencari pasangan rasanya tak sama...nak berkawan ramai yg boleh terima seadanya...tapi nak berpasangan ramai yg tgk luaran dahulu....

tambahan: "nampak alim" pon adalah faktor luaran jugak....
Sayidah Napisah berkata…
Nabi sarankan pilih pasangan dgn faktor utama iaitu dari segi agamanya :)
Aida Ismail berkata…
Apa faedahnya kalau kita berkawan semata-mata kerana rupa? Saya tak pernah pilih pun siapa nak berkawan dengan saya. Asalkan perangai tu elok la. Hehe~
Tanpa Nama berkata…
..
Unknown berkata…
Perempuan sekarang pandang pada rupa saja