Ticker

6/recent/ticker-posts

Jangan Kau Hina Blogger Yang Mengguna Blogspot



Assalamualaikum

Ya Allah , apa lagi yang acik salah ? entah di mana silapnya, blog acik hanya sekadar blog biasa yang tak ada tarikan yang istimewa sampai ada yang sanggup dengki dengan acik. Ujian demi ujian yang hadir mungkin kafarah dosa yang acik tak sedar.Yelah acik ini pon manusia kadang apa yang acik tulis ini ada yang tak senang. Sekali lagi dengan penuh rendah diri acik minta maaf pada kamu yang ada terasa hati penulisan acik.

Tapi janganlah sampai menghina dan mengutuk, acik sedar blog acik hanya tukar domain dan masih guna hosting blogspot, bukan macam yang lain dan tukar macam macam dengan hosting masing masing. Acik tak nak sebenarnya hal dibesarkan tapi hanya sebagai pendoman semua. Ingat asal usul kamu jangan terlalu mendongak ke langit sedangkan tanah berbudi. Ingat kebanyakan blogger adalah berasal dari blogspot dahulu barulah nak ke wordpress dan sebagainya. Boleh baca kata kata yang di lontarkan pada acik di fanpage acik, tapi tak pe acik masih simpan identitinya, jika berulang lagi acik tak segan silu siarkan blogger terebut.



Apa salah ke kalau guna blogspot ? apa hina sangat ke ? acik tak fikir dan harap blogger famous untuk datang ke blog acik. Acik tak minta ,tapi cukup yang ikhlas untuk menerima dan membaca penulisan yang tak seberapa ini . Cukuplah ada sahabat blogger yang sudi berkongsi pendapat.

Terus terang acik tak pernah nak kejar famous tu , perlu ke acik cerita tentang blog acik dapat sponsor  setiap masa tujuan untuk bukti blog acik di pandang ? Entahlah tapi paling acik takut kalau terdetik hati ini riak dan ujub dengan setiap apa yang acik dapat dalam hidup ini. 

Acik menaip ini hanya sekadar ingin perubahan untuk remaja , acik cuba mengubah tentang tanggapan cinta remaja yang hanyut di bawa nafsu , acik cuba nak ubah persepsi mereka dan cuba bawa islam adalah cara hidup kita dan cinta kerana Allah itu lebih indah.

Acik cuba bawa masalah masalah remaja itu untuk mereka berfikir sendiri , apakah kesan dan cuba selami hati mereka yang penah mengalami.

Adakah itu juga salah ? terpulanglah

 Akhir kata terpulang pada kamu semua untuk judge kami ini pengguna blogspot, kalau rasa dah cukup bagus teruskan lah , apa pon semoga Allah merahmati dan memberi hidayah kepada kamu. Acik dah terasa langung apa yang blogger ini katakan sepatutnya dia perlu malu pada diri sendiri,heheheehe .Dah masuk bulan ramadhan cukuplah , kita sambung amalan kita dan baiki diri ,wasalam
 

Catat Ulasan

72 Ulasan

Angah berkata…
lorh...macam tu punya org pun ada eh....tak pe lah, awak teruskan menulis...
Lina berkata…
adidididi.. kejamnya ayat...
Mia Liana berkata…
alahai tak baiknya orang tu. sabar ya. kak mia pun sama macam acik. walaupun dah ada domain .com tapi masih gunakan blogspot lagi.

sabar ya. biarlah dia mendabik dada. berblog lah seperti biasa. jangan sedih2 ya... (^_^)
norhasnizakhalid berkata…
ermm.. tak semua orang suka dengan apa kita buat. so, jangan ambil port sudah. biarlah dia acik, mama sokong penulisan acik.. hihi..

all the best..
BinMuhammad berkata…
Sikit pun tak terasa dgn apa yg dia katakan... Yang penting niat dan tujuan kita sebagai blogger. Hosting/domain itu cuma pilihan.
Biarkanlah...biarkan si luncai terjun dengan labunya...
Unknown berkata…
Astagfirullah.. Zuan baru berhijrah dari blogspot ke wordpress selepas lebih 4 tahun blog menggunakan blogspot. tapi tak terfikir suatu yang hina menggunakan blogspot. zuan berhijrah sebab ingin cuba sesuatu yang baru. kawan2 blog pun ramai masih blogspot, rasanya tiada masalah pakai apa janji content mantap.

jangan biarkan kritikkan menjatuhkan kualiti penulisan

p.s salam ramadhan
fyna ahmad berkata…
erk.... ayat!!! kalau dia serang acik lagi, kasi up je nama dia tue. bagi fyna, sama je blogspot atau pun wp. hebat sangat ke kalau guna wp?

walaupun fyna pun guna wp, fyna tetap respect yang guna blogspot. ramai je blogger yang guna blogspot lagi up dari wp kan.

onlajer berkata…
apa lah aku pun pakai dua - dua apa dua - dua mesti ada kekuatannya tersendiri, hampeh punya orang.
Yeop Maz berkata…
assalamualaikum acik.

ya-Allah, tak sangka busuk hati punya manusia, sesuka hati je mengutuk acik. saya turut simpati dgn acik, apa pun teruskan penulisan acik.

biarlah orang kata apa pun, acik tetap acik.

seperti saya kata sebelum tu, saya di belakang acik. insya-Allah berjaya. :)

nota: saya pun seperti acik, tapi saya tak kesah pun, lebih baik berdiam dari bercakap.
byk betul org yg dengki & busuk hati, , sabar laa acik , nnti dh penat diorang mengata sana sini, , behenti laa tue, ,
bb berkata…
iskkk...tak sukanya dengan orang macam tu :(
seriusly, minda dunia ke-tiga
miss yatie berkata…
ihhhssss...ada juga manusia mcm tu, tak apalah acik, sabar kalau masih mampu bersabar, dugaan hidup begitulah, tabahkan hati, masih ada ramai yg menyokong acik..

selamat menunaikan ibadah puasa
krole berkata…
aduila...ada jgk orang camtu ya...sabar ya acik...biasalah tu...dalam 10 orang msti ada yang tak suka ngan kita kan...lain orang lain caranya...bagi krole acik ok apa...hairan bin ajaib knp mamat tu komen camtu...adus...dunia oh dunia...sal berblog pon bule buat orang jelez2 da skngni~ sekurang-kurangnya bg krole...blog acik ni pnuh ngan entri berkualiti n penulisan/penyampaian pun baik...keep it up acik...i will always support u
Unknown berkata…
salam acik..

tak sangka plak saya dlm dunia blogging ni ada orang yang macam gitu..

tapi takpe, anggap je itu semua ujian. memang lumrah kehidupan, sukar untuk kita puaskan hati semua orang..

teruskan menulis, ramai lagi yang menyokong..

jadikan kritikan itu satu semangat..

kita hanya doakan yang terbaik utk 'si dia'..

Allah itu adil.. "what comes around will goes around.."

Selamat berpuasa.. :)

Unknown berkata…
Sabar acik yer. Pucuk pangkalnya adalah diri acik sendiri. Pedulikan apa org kata. Sebenarnya itu adalah sbb diorg tak reti menilai dan hanya tau mendengki sesama sndr. Takdak hak pun diorg nak kata mcm tuh.

Apapun, acik jgn susah hati sebabnya blog acik adalah oroginality dari acik sndr. Blogspot ka, domain dan hosting berbayar ka...bukan pengukur kehebatan blogger. Tapi ia brgantung pada nilai dan hasil coretan di dalamnya. Acik mmg dah berjaya dlm bab tuh. COOL bro!!!
Lieza Nordin berkata…
hek3... LOL... biarkanlah diaa.. dah nak ramadhan.. lupakan kata2 dia y xpntg tu,,hek3,, salam ramadhan acik ^^
Melastik Bintang berkata…
siapalah orang yang bagi komen tu.. dasyat sungguh tatabahasa dia... =)

xperla bro, sebenarnya untung kita ada haters ni.. buat blog kita lagi naik dan secara tak langsung dia jadi pengunjung tetap kita...

saya pun dl bermula dgn blogspot..malah selesa je dgn blogspot...
Unknown berkata…
manusia spesies dengki~~~
Sukma berkata…
terasa down sangat bila org cakap macam tuh...sabar jer ler.....
Unknown berkata…
jika seseorang itu berbuat jahat dengan kita.Jangan melawan.Biarkan sahaja dan banyakkan bersabar.Senyumlah selagi boleh.Jangan mudah melenting kerana itu menyamakan kita dengan seseorang yang berbuat jahat kepada kita..

banyakkan bersabar ye acik!!!
Support acik!!!

senyum skit...
lizz berkata…
jangan diambil hati kata-kata orang yang tidak tahu situasi kita. teruskan menulis dengan gaya anda sendiri dan enjoy!!! hehehehe
Tanpa Nama berkata…
makin menjadi2 tohmahan sebegini ...takpe acik..tu dugaan buat acik..bersabar tau? selamat berpuasa acik...
Adhie berkata…
ler..ada jugak org mcm tu ek... sedih sebab saya pun salah seorang pengguna blogspot (T_T)
Vee berkata…
Hmm.. Surrender to God, biar Tuhan yang selesaikan. Janji Acik tak cari pasal, ikhlas dalam penulisan dan Acik still jaga nama dia. Well done! :)
Nory Zoulkefle berkata…
kecik hati sebab nory pon pengguna blogspot jugak...apa dosa pengguna blogspot,smpai dihina macam tu sekali...hurmmm
Unknown berkata…
anggap la ianya sebagai kritikan yg membina utk terus berusaha memperbaiki penulisan acik...lekluuuuu ;)

slm ramadhan
Carlos Santiago berkata…
Hosting by blogger pun kena kutuk. alahai, setakat hosting pun bukan empunya sendiri. still sewa dgn company lain. such as serverfreak pekejadah semua. berlagak nak mampos. blogger mana satu tu?

Obefiend pakai blogspot, pageviews tertinggi dalam malaysia. Relax je.xde kondem2 pakai wordpress ke, blogspot ke, hosting sendiri ke.

Mohon letak nama bro
dina berkata…
Teruk betul dia tu . Yang membezakan manusia bukan atas sebab gune wordpress ke blogspot ke . Siape yang kisah bende tu semua ? Dan perlu sangat ke kesah ? Yang bezakan kita hanyalah amalan kita je . Same-same gune laman web yang kita ada ni untuk buat kebaikan. Bukan nak belagak sana sini .

#Haa kan dah komen panjang ni >,<
Mormor berkata…
kesian acik . org dengki mmg cmtuu . ade jee nk cari slh kita
piza berkata…
They have 2 type people in the world who "angree" and "disagree" with you so be patient.. (^O^)/
nabila biela berkata…
biarkan dia...dia rse bgus dan hebakklah sbb guna blog wp tuh...sabar ye acik =)
reez berkata…
takde respek namanya tu..:D
MK Syahir berkata…
abaikan komen makhluk perosak kurang kasih sayang tu. walaupun Dr Fuh pengguna WP, tap Dr Fuh turut terasa dengan kata-kata daif budak tu..itulah kata-kata manusia yang tiada ilmu..abaikan acik..

*dalam hati masih tersemat rasa sayang pada 'blogspot'*
nurmisnan berkata…
Itu looser x mau kasi layan.. dengki manyak kuat tu

Kak nora still maintain blogspot walaupun nak tukar ke domain lain tu bila2 jer namun lebih selesa dgn blog sekrg...
adarain berkata…
jeles letteew..hahaha.kalo aku, malas nak layan benda mengarut macam tu, takde faedah dok pk ayat dia...baik g makan lg bagos..
Athirah Farah berkata…
eh?? macam ni pon ade gak eh.?? hurmm -_-""
Mizz Aiza berkata…
pedulikan je apa kata dia.. yang penting acik dah buat yang terbaik iaitu berdakwah melalui blog.. tak semua blogger mampu menulis seperti acik, yang penting acik menulis dari hati yang ikhlas.. akak sentiasa menyokong acik..
Unknown berkata…
Siapa la yg berfikiran cetek sgt tu? So, kalau Acikk pakai blogspot apa kena mengena ngn dia? Ahh pedulikan..Acikk jentik masuk longkang je..
Zaza Iman berkata…
ada juga org mcm ni..adui..xpe acik, abaikan je..teruskan usaha acik tu..jgn putus asa ya..ramai rakan2 menyokong =)
Unknown berkata…
usah di layan org mcm tu, die ada blog x? meh nk tgk sikit
||aLeaSaRa|| berkata…
alah acik buat derk jelah.terasa tau..kitorang pun ramai jugak pengguna setia blogspot.yang penting setiap entri acik ramai yang singgah,baca dan komen,itu dah mencukupi sebab ada kami pembaca setia ^*

salam ramadhan ye acik :)
Dzureen Darwis berkata…
LOL? Orang yang dengki tu macam WHATEVER lah. Huhu mulut orang Acik, bukan mulut tempayan kita boleh tutup :) Keep strong Hehe
Admin berkata…
ada jugak org camni yek.. bro sabar je lah
usah dilayan anggap sebagai penaik semangat utk terus berblog...
Unknown berkata…
sabar keyh acik..nie laa nama nyer dugaan...tak berwarna hidup tanpa dugaan..dugaan cm nie yg wat acik kuat nanty...tak semua orang boleh suka kat kita..sedang kanss nabi kita yang mulia ponss di hina apetah kita acik..
Unknown berkata…
lol ni mesti budak2 yg komen ni bro...hehehe dia tak tau ke kebanyakan blogger retis pakai blogspot....kalau blogger hebat pulak, hasrul hassan rilek je pakai blogspot...apa ada hal blogspot atau wordpress...blogspot pon boleh selamba dapat 1st page google kalau kena cara dan tekniknya....yg lebih penting adalah isi kandungan dan mesej yg nak disampaikan dalam penulisan tu, bukannya berapa byk duit maintenance yg dibelanjakan utk blog...kalau takat pakai wordpress tapi entri copy paste apa barang...
Asyik Izas berkata…
apalah mslh org tu..jeles xbertempat ni namanya..lantaklah nk guna apa pun..bkn menyusahkan dia pun kan..payah2..sabar yea..:)
Nina Mads berkata…
kalau dia ckp lg macam tu achik siar saja identiti dia.. tambah skrg bulan puasa pulak. takkan nak cari pasal dgn org. sabar ye achik.. byk lg blogger fames guna blogspot :)
Kak ZaZa berkata…
Salam acik,

Pedulikan aje org macam tu.. Anggap saja rohaninya sakit . Teruskan apa saja yg dirasakan baik buat pembaca
Tanpa Nama berkata…
ada juga ek macam ni..hehe..
Karen Monica berkata…
sabar acik..biarlah orang nak kata apa. Yang penting niat kita berblog tu secara ikhlas :)
gnesop berkata…
sop lebih suka blogspot.. jimat... hehehe
Fais-SKA berkata…
lol..ada jugak org mcm ni..sbar jelh acik..syum jelh =)
Akupenghibur.com berkata…
yup i will, abaikn benda cm gini :)
Akupenghibur.com berkata…
insyaAllah kak, x akn give up
Akupenghibur.com berkata…
terima kasih mama :)
Encik Gaara berkata…
haha ada juga orang macam tu..sabar je la..nway singgah sini blogwalking :-)
Unknown berkata…
sabarlah achik...depa dengki tu....biarlah...selagi tak jadi kudis kat blogspot tu...kita maintain aje.....
Tanpa Nama berkata…
mudah saja ... kalau dia seorg yg baik , beriman dan berbudi pekerti mulia , dia takkan terfikir dan sanggup utk lontarkan kata2 sebegitu ... maafkan saja ya ...
Dikbee berkata…
biar la dia... kita ni kalau layan sgt kata2 org mmg akan sakitkan hati sendiri.. yg penting acik tau apa yg acik buat.. blogspot ke or bukan blogspot ke, apa beza.. yg penting kepuasan sendiri...
mila berkata…
sbr jelh acik.dia dengki la tu blog acik dpt perhatian rmi blogger..
Tanpa Nama berkata…
jgn down sgt . yg ptg acik x kacau dia . dia nak sakit hati / jeles , tu masalah dia . maafkan dia tu lebih baik ...
Tanpa Nama berkata…
Salam.. Saya tumpang sedih, yang untung dalam hal ini cuma pemilik wordpress. Saya pun guna google, saya faham perasaan anda.
Unknown berkata…
org cam nie kita abaikan..lama2 senyap la tu..:D
mrpolie berkata…
Apa salahnya blogspot tu.... buktikan yg kita boleh gi jauh ngan blogspot ni..
Tetamu Istimewa berkata…
Sakinya hati. Mengapa budaya kurang adab dan tidak pandai berbahasa itu dimegahkan? Walau guna apa sekalipun, tujuan asalnya tetap untuk menulis dan berkongsi dengan pembaca. Kalau tujuan utamanya untuk bermegah-megah dan hanya pandai mengayat orang lain untuk klik iklan dia tak payahlah. Tak mengapa acik, teruskan menulis. Biarlah apa orang nak cakap.
mrhanafi berkata…
saya masih suka dengan blogspot...kerana di situ saya bermula
Unknown berkata…
xder beza blogspot dgn yg lain...yg pnting artikel best...relex laa acik...selamat berpuasa
eqbalzack berkata…
Salam ramadhan tuan.
Saya singgah utk ucap terima kasih. E-mail tuan saya dah terima. Million thanks! :)

-eqbalzack-
Aida Ismail berkata…
Dia sebenarnya jealous tu acik sebab acik ramai followers. Mihmih~ Tak payah fikir sangat la. Tah hape2 je orang macam tu.
Thùy Liên berkata…
The article you shared here is great. This is really interesting information for me. Thank you for sharing! HOTMAIL.COM

produkey berkata…
Windows 8.1 product key is 25-character string and number that lets you manage your entire Windows system without any restrictions.