Assalamualaikum
Ya Allah , apa lagi yang acik salah ? entah di mana silapnya, blog acik hanya sekadar blog biasa yang tak ada tarikan yang istimewa sampai ada yang sanggup dengki dengan acik. Ujian demi ujian yang hadir mungkin kafarah dosa yang acik tak sedar.Yelah acik ini pon manusia kadang apa yang acik tulis ini ada yang tak senang. Sekali lagi dengan penuh rendah diri acik minta maaf pada kamu yang ada terasa hati penulisan acik.
Tapi janganlah sampai menghina dan mengutuk, acik sedar blog acik hanya tukar domain dan masih guna hosting blogspot, bukan macam yang lain dan tukar macam macam dengan hosting masing masing. Acik tak nak sebenarnya hal dibesarkan tapi hanya sebagai pendoman semua. Ingat asal usul kamu jangan terlalu mendongak ke langit sedangkan tanah berbudi. Ingat kebanyakan blogger adalah berasal dari blogspot dahulu barulah nak ke wordpress dan sebagainya. Boleh baca kata kata yang di lontarkan pada acik di fanpage acik, tapi tak pe acik masih simpan identitinya, jika berulang lagi acik tak segan silu siarkan blogger terebut.
Apa salah ke kalau guna blogspot ? apa hina sangat ke ? acik tak fikir dan harap blogger famous untuk datang ke blog acik. Acik tak minta ,tapi cukup yang ikhlas untuk menerima dan membaca penulisan yang tak seberapa ini . Cukuplah ada sahabat blogger yang sudi berkongsi pendapat.
Terus terang acik tak pernah nak kejar famous tu , perlu ke acik cerita tentang blog acik dapat sponsor setiap masa tujuan untuk bukti blog acik di pandang ? Entahlah tapi paling acik takut kalau terdetik hati ini riak dan ujub dengan setiap apa yang acik dapat dalam hidup ini.
Acik menaip ini hanya sekadar ingin perubahan untuk remaja , acik cuba mengubah tentang tanggapan cinta remaja yang hanyut di bawa nafsu , acik cuba nak ubah persepsi mereka dan cuba bawa islam adalah cara hidup kita dan cinta kerana Allah itu lebih indah.
Acik cuba bawa masalah masalah remaja itu untuk mereka berfikir sendiri , apakah kesan dan cuba selami hati mereka yang penah mengalami.
Adakah itu juga salah ? terpulanglah
Akhir kata terpulang pada kamu semua untuk judge kami ini pengguna blogspot, kalau rasa dah cukup bagus teruskan lah , apa pon semoga Allah merahmati dan memberi hidayah kepada kamu. Acik dah terasa langung apa yang blogger ini katakan sepatutnya dia perlu malu pada diri sendiri,heheheehe .Dah masuk bulan ramadhan cukuplah , kita sambung amalan kita dan baiki diri ,wasalam
72 Ulasan
sabar ya. biarlah dia mendabik dada. berblog lah seperti biasa. jangan sedih2 ya... (^_^)
all the best..
Biarkanlah...biarkan si luncai terjun dengan labunya...
jangan biarkan kritikkan menjatuhkan kualiti penulisan
p.s salam ramadhan
walaupun fyna pun guna wp, fyna tetap respect yang guna blogspot. ramai je blogger yang guna blogspot lagi up dari wp kan.
ya-Allah, tak sangka busuk hati punya manusia, sesuka hati je mengutuk acik. saya turut simpati dgn acik, apa pun teruskan penulisan acik.
biarlah orang kata apa pun, acik tetap acik.
seperti saya kata sebelum tu, saya di belakang acik. insya-Allah berjaya. :)
nota: saya pun seperti acik, tapi saya tak kesah pun, lebih baik berdiam dari bercakap.
seriusly, minda dunia ke-tiga
selamat menunaikan ibadah puasa
tak sangka plak saya dlm dunia blogging ni ada orang yang macam gitu..
tapi takpe, anggap je itu semua ujian. memang lumrah kehidupan, sukar untuk kita puaskan hati semua orang..
teruskan menulis, ramai lagi yang menyokong..
jadikan kritikan itu satu semangat..
kita hanya doakan yang terbaik utk 'si dia'..
Allah itu adil.. "what comes around will goes around.."
Selamat berpuasa.. :)
Apapun, acik jgn susah hati sebabnya blog acik adalah oroginality dari acik sndr. Blogspot ka, domain dan hosting berbayar ka...bukan pengukur kehebatan blogger. Tapi ia brgantung pada nilai dan hasil coretan di dalamnya. Acik mmg dah berjaya dlm bab tuh. COOL bro!!!
xperla bro, sebenarnya untung kita ada haters ni.. buat blog kita lagi naik dan secara tak langsung dia jadi pengunjung tetap kita...
saya pun dl bermula dgn blogspot..malah selesa je dgn blogspot...
banyakkan bersabar ye acik!!!
Support acik!!!
senyum skit...
slm ramadhan
Obefiend pakai blogspot, pageviews tertinggi dalam malaysia. Relax je.xde kondem2 pakai wordpress ke, blogspot ke, hosting sendiri ke.
Mohon letak nama bro
#Haa kan dah komen panjang ni >,<
*dalam hati masih tersemat rasa sayang pada 'blogspot'*
Kak nora still maintain blogspot walaupun nak tukar ke domain lain tu bila2 jer namun lebih selesa dgn blog sekrg...
salam ramadhan ye acik :)
usah dilayan anggap sebagai penaik semangat utk terus berblog...
Pedulikan aje org macam tu.. Anggap saja rohaninya sakit . Teruskan apa saja yg dirasakan baik buat pembaca
Saya singgah utk ucap terima kasih. E-mail tuan saya dah terima. Million thanks! :)
-eqbalzack-