Ticker

6/recent/ticker-posts

Kamu Buka Aib Orang Di Dunia, Allah Bukak Aib Kamu Dekat Akhirat



Assalamualaikum

Dapat lagi kita bertemu,hari ini entahlah acik gelisah sangat bila memikirkan result dan dapat tak kolej kediaman untuk sem depan ? ermm isnyaAllah Dia tahu yang terbaik.

Dalam hidup kita ini tentunya kita penat melayan ragam manusia yang kadang pelik dan pelbagai. Setiap orang itu ada perangai yang tersendiri, kadang kita suka dengan mereka, bergaduh ,sedih dan gundah gelana. Ketika itu, kadang kita dapat kawal emosi kita dan kadangnya kita tak dapat kawal emosi.

Apalagi taip di facebook , bagitahu tak puas hati kepada seseorang bla bla bla bla dan bla. Update status di twitter dan blog tentang seseorang ceritakan tentang buruknya orang itu.

Bagitahu orang lain tentang teruknya orang itu, memang habis semuanya di ceritakan umpama tak ada sedikit pon kebaikan terhadap orang tersebut.

Bergaduh suami isteri, rasa tak puas hati update di laman sosial ? 

Bukankah tanggungjawab suami dan isteri perlu menjaga aib pasangannya ?

Bergaduh dengan kawan-kawan , habis dengan detail menceritakan di laman sosial ?

Bukankah adat berkawan kadang ada rasa tak puas hati antara sesama sendiri, perlu ke nak bagitahu 1 dunia tentang aib orang tu ?

Apabila "couple" putus cinta , habis segalanya di beritahu , 

Tahu tentang aib orang lain habis di canang satu dunia, adakah wajar ? 

Islam sendiri tidak mengajar kita untuk membuka aib orang lain, malah seboleh memaafkan orang yang buat kita seperti itu. Ada yang kata " Si A ini pernah kutuk saya, hina saya dan membuka aib saya di facebook , jadi apa yang perlu saya buat ?

Jika kita alami pekara tersebut maka berdoalah kepada Allah.  Doa orang terinaya itu di makbulkan Allah ,tapi doakan semoga di lembutkan hatinya. Jika kita buat pekara yang sama dengan apa yang dia buat maka kita tak ubah seperti dia.

Sesungguhnya Islam itu meletakkan maruah seseorang di tempat yang sangat tinggi. Justeru itu, seorang Muslim tidak berhak mencemarkan maruah seorang Muslim lain dengan menjaja atau membuka aibnya.

Allah mengingatkan kita supaya sentiasa menjaga maruah orang lain seperti dalam firman-Nya di dalam surah Al-Hujurat ayat 12, bermaksud: “… dan jangan kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan jangan sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain.

“Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang mati? (Jika demikian keadaan mengumpat), sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
 
Selagi acik termampu, acik akan jaga aib keluarga, diri sendiri dan orang yang ada di sekeliling acik. InsyaAllah.  Jadi jom kita muhasabah diri dan baiki diri kita. 

Ahhh bagaimanapun, ramai daripada kita tidak menyedari perkara ini. Ada saja gosip mahu dikongsi bersama rakan atau jiran. Walaupun kadangkala apa digosip itu benar, tetap menjadi kewajipan kita memelihara aib seseorang.

Sebuah hadis menyatakan: “Siapa yang menutup aib seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba- Nya itu menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim)


Semoga Allah menutup keaiban kita, terutama ketika di padang Mahsyar nanti.

Catat Ulasan

60 Ulasan

sitirohaida berkata…
pernah berlaku pada keluarga akak..abaikan je kalau itu tidak benar..allah maha mengetahui..
Unknown berkata…
selalunya buka aib org nie berlaku bila belaku perasaan dengki dan cemburu..:D
Vee berkata…
Good reminder. Ketuk kepala diri T_T
Unknown berkata…
aku pernah mengalami detik2 ni. ada kesilapan daripada aku sendiri dan juga seseorang. jadi, Alhamdulillah.. aku banyak belajar daripada kesilapan2 aku dulu.. semuanya aku belajar daripada pengalaman hidup sendiri.. Alhamdulillah.. aku banyak dah berubah daripada sebelum ni... doakan agar aku akan terus berubah dan berubah..
shazillahsani.com berkata…
kadang-kadang apa yang kita buat dekat orang...kelak kita akan dapat balik...hurmmmm...sama juga dengan membuka dengan aib orang...
Unknown berkata…
Salam acik...tq sudi singgah blog akak. Selamat Berpuasa.
Maria Firdz berkata…
Betul tu acik.. De kwn sy sorg mcm selalu citer n x puas hati dgn org... Hmm.. Nk aje tegur tapi bila tegur kang terus unfriend..srba slh... Lagi satu sebarkn hal yg x betul... Dan tak sahih... Cukup2 citer pasal org.. Jga hal sndiri sudah la...
Adhie berkata…
harap tidak tergolong dalam orang macam ni
Adilah Asari berkata…
betul tu..semoga kita muhasabah diri sendiri..semoga kita dpt menjaga aib semua orang..
Wie Mohamad berkata…
betul tu..saya dah ade pengalaman depan mata saya,mkcik saya diaibkan oleh suaminye sendiri subhanallah,allah je tau mcm ne rasa..sedih sgt2.. :(..jemput follow blog saya boleh heheheh...tq sudi dgr luahan saya n follow blog saya.. :)
Fais-SKA berkata…
betul 2..kalau Allah dh buka aib kita..mknanya malu besarlh kira..sbb 2 dh siap2 bg hadis..hrap kita smua dpt jga aib org..tp kalau nk buka juga sbgai pgajran xpe kot..tp kena rhsia la nama
mselim3 berkata…
Assalammualikum...aku penghibur,

mselim3 setuju dengan entry nie,.... kita memang kena tutup aib kekawan.... nanti di akhirat Allah aku tutup aib kita.

PCL berkata…
pokoknya...menceritakan keburukan seseorang samada ianya betul atau tidak adalah berdosa.
Zaza Iman berkata…
moga kita bukan dari kalangan mereka...mudah2an..amin..
Tetamu Istimewa berkata…
Masyarakat kita terutamanya selalu "mengamalkan budaya ni" Jadi, hindarilah sesuatu yang tidak baik moga kita terpelihara oleh-Nya.
nae nematoda berkata…
memang malu kalau orang bukak aib kita , dan yg paling malu kalau apa yang duk heboh dan duk diceritakan adalah benda yg tak benar..
Khir Khalid berkata…
Entri ini sbg peringatan buat saya. Semooga Allah sentiasa mengawal hati, jiwa & tutur kata kita agar tidak tergolong dikalangan mereka2 yg suka mengata dan membuka keburukan org... amin.
Dzureen Darwis berkata…
Allahuakbar. Acik, tegur saya kalau saya ada terbuat entri yang mengaibkan orang lain :(
ecadwinkyasha berkata…
peringatan buat semua...setakat ne xnak la buka2 aib sesapa...cukup simpan & klu ble dilupakan.
norhasnizakhalid berkata…
satu pengajaran.. entry ni patut membuka mata kita sebenarnya..
Tanpa Nama berkata…
kita harap saja sesiapa yang melakukan sebegitu akan mendapat hidayah dari Allah...
krole berkata…
tapi org zaman skngni lebih suka buka aib org lain..tak kiralah kuarga atau tidak...langsung tak takut dengan dosa...platform paling popular adalah facebook spt dalam entri acik ni...kalau bule dari A sampai Z dia nak satu dunia tahu...bab! mengadu di facebook pun seperti dah menjadi trend...couple bergaduh update kat facebook, laki bini begaduh update kat facebook...kalau update biasa tak apa ni keburukan pasangan yang selalu diupdatekan...aduh! dunia on dunia...nampak sangat dunia dah akhir zaman.
||aLeaSaRa|| berkata…
huisshh segan kot buka aib suami isteri kot bergaduh pun,tak kan nak canang satu dunia.hurm acik,masa kak lea mula2 duduk kat taman sekarang ni,jiran sebelah dok canang jangan kawan dengan jiran tu,jiran ni.tu tak baik,ni tak elok.

kak lea dengar jelah,maklumlah orang baru.masuk telinga kanan keluar telinga kiri.akhirnya Allah nak tunjuk sekejap je.betapa ramai jiran yang tak sukakan dia sebab dia ni busybody dan suka jaja kisah orang tu orang ni.kak lea yang balik kerja,terperap kat umah pun jadi bahan dia alahai...

sudahnya dia dah tak ramai kawan sebab jiran2 bawa diri huhu.....
Akupenghibur.com berkata…
betul tu kak ;) Allah lebih mengetahui
BinMuhammad berkata…
Menjatuhkan maruah seseorang itu amat besar dosanya. Ingatkanlah azab Allah...semoga kita dijauhkan dari sikap sedemikian.
Terlajak kata...badan binasa. Berfikirlah dulu!
Akupenghibur.com berkata…
itulah , kadang mereka nak cari perhatian :)
Akupenghibur.com berkata…
insyaAlllah bro :) aku akan selalu doakan
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) kita kena sesama jaga aib diri kita dan orang lain
Akupenghibur.com berkata…
walaikumusalam :) is okey kak
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) cukup-cukuplah tu kan :) jom muhasabah diri :)
Akupenghibur.com berkata…
amin mudah mudahan ;)
Akupenghibur.com berkata…
betul tu.. kena muhasabah diri :) amin mudah-mudahan
Akupenghibur.com berkata…
ya Allah :( moga di lembutkn hati suaminya
Akupenghibur.com berkata…
betul tu ,bayangkan kalau Allah buka aib kita :( ya Allah takutknya
Akupenghibur.com berkata…
walaikumusalam :) betul tu sesama kita menjaga aib :)
Akupenghibur.com berkata…
setuju sekali PCL :)
Akupenghibur.com berkata…
amin-amin mudahan :)
Akupenghibur.com berkata…
betul tu cikgu ... semoga kita di perlihara Allah
Akupenghibur.com berkata…
aahh kn boleh jadi fitnah
Akupenghibur.com berkata…
amin mudah mudahan:) peringatan untk acik jgk
Akupenghibur.com berkata…
alhmdulilah bagus macam tu eca
Akupenghibur.com berkata…
semoga ada sedikit kesedaran ;)
Akupenghibur.com berkata…
amin mudah-mudahan :) semoga kita pon dpt hidayah
Akupenghibur.com berkata…
itulah... orang kt fb nie biasa akan memanaskan keadaan , dan keadaan akn lebih teruk..nnti semua orang thu tentang hal dlm keluarga kita
Akupenghibur.com berkata…
yeke kak ?? teruklah cm tu, apa nak jadi ..ishhhh
Unknown berkata…
tu sebab kena hati2 bila update status kat FB....masalahnya ialah apabila status kita tu secara tak sengaja telah membuka aib sesiapa....kalau yg "sengaja" tu tak dapek lah den nak nolong.....hehehee
Akupenghibur.com berkata…
betul tu BM,,... kita kena fikir setiap apa yg kita lakukan
Akupenghibur.com berkata…
betul tu timi :) adehh jadi fikir dulu sebelum taip
Potia Casadelarossa berkata…
tu lah bro..semua org pun tau hidup ni sementara.. tp yg tak elok tu jugak org nak ikut.. waspadalah selalu.. kita hidup hanyalah sementara... thanks bro share ni.. dalam berblog ni pon dapat gak berdakwah secara tak formal...
Unknown berkata…
semoga kita dijauhi dari sikap suka mengaibkan orang lain.. ya Allah jauhi kami dari sikap tersebut..
Tanpa Nama berkata…
menjaga aib orang adalah satu amanah. ya allah takutnya. mohon dijauhkan dari perkara perkara yang tak berapa elok.
Tanpa Nama berkata…
bila kita tak kawal , kadang mcm cerita biasa tapi sebenarnya dah buka aib org lah ...
tarmizi berkata…
Betul tu x baik
Unknown berkata…
Tak baik mengaibkan owg..berhati2lah dgn tingkah laku dn perbuatan kadang kala memakan diri sendiri..
Nina Mads berkata…
lebih baik diam dr bercakap tentang seseorang..
Unknown berkata…
Dah lali dgn semua ni.. diam lebih baik.. biarkan dia.. tiba masa jari yg dituding berpatah ke muka sendiri..
Mizz Aiza berkata…
setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2.. bila dah jumpa kekurangan tu, mula la ianya dicanang sehingga kelebihan diri orang tu dah tak nampak.. semoga dijauhkan dari sikap macam ni..
Unknown berkata…
pesanan sesama manusia... =)
Aida Ismail berkata…
Saya pun dah kurang online FB, Twitter, etc. Dah tak berupdate langsung. Sebab takut benda2 yang kita tak puas hati dengan orang tu kita tertulis dekat FB. Tu yang nak dielakkan. That's why sekarang lepak kat blog je. Huhu~