Assalamualaikum
Dapat lagi kita bertemu,hari ini entahlah acik gelisah sangat bila memikirkan result dan dapat tak kolej kediaman untuk sem depan ? ermm isnyaAllah Dia tahu yang terbaik.
Dalam hidup kita ini tentunya kita penat melayan ragam manusia yang kadang pelik dan pelbagai. Setiap orang itu ada perangai yang tersendiri, kadang kita suka dengan mereka, bergaduh ,sedih dan gundah gelana. Ketika itu, kadang kita dapat kawal emosi kita dan kadangnya kita tak dapat kawal emosi.
Apalagi taip di facebook , bagitahu tak puas hati kepada seseorang bla bla bla bla dan bla. Update status di twitter dan blog tentang seseorang ceritakan tentang buruknya orang itu.
Bagitahu orang lain tentang teruknya orang itu, memang habis semuanya di ceritakan umpama tak ada sedikit pon kebaikan terhadap orang tersebut.
Bergaduh suami isteri, rasa tak puas hati update di laman sosial ?
Bukankah tanggungjawab suami dan isteri perlu menjaga aib pasangannya ?
Bergaduh dengan kawan-kawan , habis dengan detail menceritakan di laman sosial ?
Bukankah adat berkawan kadang ada rasa tak puas hati antara sesama sendiri, perlu ke nak bagitahu 1 dunia tentang aib orang tu ?
Apabila "couple" putus cinta , habis segalanya di beritahu ,
Tahu tentang aib orang lain habis di canang satu dunia, adakah wajar ?
Islam sendiri tidak mengajar kita untuk membuka aib orang lain, malah seboleh memaafkan orang yang buat kita seperti itu. Ada yang kata " Si A ini pernah kutuk saya, hina saya dan membuka aib saya di facebook , jadi apa yang perlu saya buat ?
Jika kita alami pekara tersebut maka berdoalah kepada Allah. Doa orang terinaya itu di makbulkan Allah ,tapi doakan semoga di lembutkan hatinya. Jika kita buat pekara yang sama dengan apa yang dia buat maka kita tak ubah seperti dia.
Sesungguhnya Islam itu meletakkan maruah seseorang di tempat yang sangat tinggi. Justeru itu, seorang Muslim tidak berhak mencemarkan maruah seorang Muslim lain dengan menjaja atau membuka aibnya.
Allah mengingatkan kita supaya sentiasa menjaga maruah orang lain
seperti dalam firman-Nya di dalam surah Al-Hujurat ayat 12, bermaksud:
“… dan jangan kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban
orang; dan jangan sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain.
“Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang mati? (Jika demikian keadaan mengumpat), sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
“Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang mati? (Jika demikian keadaan mengumpat), sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
Selagi acik termampu, acik akan jaga aib keluarga, diri sendiri dan orang yang ada di sekeliling acik. InsyaAllah. Jadi jom kita muhasabah diri dan baiki diri kita.
Ahhh bagaimanapun, ramai daripada kita tidak menyedari perkara ini. Ada saja
gosip mahu dikongsi bersama rakan atau jiran. Walaupun kadangkala apa
digosip itu benar, tetap menjadi kewajipan kita memelihara aib
seseorang.
Sebuah hadis menyatakan: “Siapa yang menutup aib seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba- Nya itu menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim)
Semoga Allah menutup keaiban kita, terutama ketika di padang Mahsyar nanti.
Sebuah hadis menyatakan: “Siapa yang menutup aib seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba- Nya itu menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim)
Semoga Allah menutup keaiban kita, terutama ketika di padang Mahsyar nanti.
60 Ulasan
mselim3 setuju dengan entry nie,.... kita memang kena tutup aib kekawan.... nanti di akhirat Allah aku tutup aib kita.
kak lea dengar jelah,maklumlah orang baru.masuk telinga kanan keluar telinga kiri.akhirnya Allah nak tunjuk sekejap je.betapa ramai jiran yang tak sukakan dia sebab dia ni busybody dan suka jaja kisah orang tu orang ni.kak lea yang balik kerja,terperap kat umah pun jadi bahan dia alahai...
sudahnya dia dah tak ramai kawan sebab jiran2 bawa diri huhu.....
Terlajak kata...badan binasa. Berfikirlah dulu!