Assalamualaikum
Alhamdulilah dapat lagi acik menaip dengan senyuman yang menawan. Cewahh . Ahhhh tiap-tiap hari ada saje yang bertanya macam-macam dengan acik , terima kasih kerana percaya acik. Tapi hari ini pula ramai pula yang menghantar mesej di facebook tentang kena tinggalkan . Jika ada apa-apa boleh mesej acik di akupenghibur[dot]com.
Dah jangan sedih-sedih, ye acik tahu memang sedih bila di tinggalkan kekasih kerana dia orang lain. Kita menangis untuk dia , kita sanggup tak makan, tak keluar rumah berhari-hari untuk dia ? adakah itu wajar ?
Hanya kerana dia ,kamu sanggup jadi seperti itu ?berbaloi ? sedangkan dia berbahagia dengan orang yang baru.Kadang
kala juga kita selalu nak menagis kerana orang kecewakan kita, putus
cinta, kehilangan dan sebagainya. Kita mampu menagis untuk itu semua
lagi-lagi soal cinta.Kita
merasakan bahawa tangisan untuk orang yang pernah kita sayang itu
adalah tangisan sejati. Memang sakit sangat bila saat putus cinta tapi
pernah tak terfikir bahawa Allah nak selamatkan kita untuk jauh tersesat
dari di belenggu maksiat ?
Sepatutnya kamu harus bersyukur atau buat sujud syukur kerana Allah beri peluang ke dua.Adik-adik yang ku sayang , cukuplah. Kamu sanggup buat apa saje hanya untuk dapatkan cinta dia ? Sanggup bunuh diri ? sanggup berlapar hanya untuk dia ?
Kamu jangan pelik dan sedih jika pasanganmu meninggalkanmu demi orang baru, kerana dia sendiri sanggup meninggalkan Allah demi kamu dahulu. Betapa banyaknya lafaz cintanya di bibir akhirnya hancur binasa angkara mungkir. Jika kamu di hatinya kini telah jauh terpinggir Tuhannya terdahulu lagi telah lama tersingkir.Kegembiraannya kini dengan orang baru hanya tenggelam dalam alpa, sedangkan kesedihanmu kini kerana Tuhan mahu menyedarkan kamu dari alpa.
Yelah masa kamu bercinta , kamu pegang tangan tanpa rasa segan silu, peluk-peluk dengan tanpa ikatan yang sah. Allah dah bagi peluang, adakah kamu akan mahu sia-sia lagi ?
Bayangkan kalau nanti kawin dengan dia ? bukankah akan lebih sakit bila dapat tahu bila menduakan kamu setelah kamu serahkan segalanya ?
Tak apalah, doalah kebahgian dia dan maafkan dia, doakan juga semoga dia berubah. Tak rugi apa pon jika kamu mendoakan dia kerana. malaikat dan seisi alam tidak akan penat untuk mendoakan kamu.
Jika Allah memang mentakdirkan dia bukan untuk kamu milki. Maka
yakinlah Allah akan memberikan kita pengganti yang lebih baik.Lebih
baik menjaga kehormatan seseorang yang kita sayangi daripada menistakan
seseorang yang kita sayangi..
Karena sesungguhnya.Cinta sejati itu bukanlah bagaimana cara kita untuk memiliki seseorang yang kita sayangi.Akan tetapi bagaimana cara kita membahagiakan dan menjaga kehormatan serta memuliakannya..
Akhir kata dari acik , dengar nie nasihat dari nasihat azhar idrus
Melupakan seseorang yang telah memberikanmu
banyak kenangan indah adalah perkara yang sangat sukar . Tapi jika itu
yang terbaik , relakanlah
Ahh bila putus cinta pasti hati akan tak tenteram .Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati. Firman
Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28, “(Iaitu) orang-orang yang beriman
dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan
zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
37 Ulasan
Jodoh itu ditangan Allah SWT.
Dalam dunia hanya Allah saja yg tak pernah tinggalkan kita... the best thing is..bercinta la dgn Allah sepenuhnya...manusia ..kot mne pun akan tetap tinggalkan kita....