Ticker

6/recent/ticker-posts

Kamu Jangan Pelik Dan Sedih Jika Pasanganmu Meninggalkanmu Demi Orang Baru

patah hati


Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat lagi acik menaip dengan senyuman yang menawan. Cewahh . Ahhhh tiap-tiap hari ada saje yang bertanya macam-macam dengan acik , terima kasih kerana percaya acik. Tapi hari ini pula ramai pula yang menghantar mesej di facebook tentang kena tinggalkan . Jika ada apa-apa boleh mesej acik di akupenghibur[dot]com

Dah jangan sedih-sedih, ye acik tahu memang sedih bila di tinggalkan kekasih kerana dia orang lain. Kita menangis untuk dia , kita sanggup tak makan, tak keluar rumah berhari-hari untuk dia ? adakah itu wajar ?

 Hanya kerana dia ,kamu sanggup jadi seperti itu ?berbaloi ? sedangkan dia berbahagia dengan orang yang baru.Kadang kala juga kita selalu nak menagis kerana orang kecewakan kita, putus cinta, kehilangan dan sebagainya. Kita mampu menagis untuk itu semua lagi-lagi soal cinta.Kita merasakan bahawa tangisan untuk orang yang pernah kita sayang itu adalah tangisan sejati. Memang sakit sangat bila saat putus cinta tapi pernah tak terfikir bahawa Allah nak selamatkan kita untuk jauh tersesat dari di belenggu maksiat ?
  
Sepatutnya kamu harus bersyukur atau buat sujud syukur kerana Allah beri peluang ke dua.Adik-adik yang ku sayang , cukuplah. Kamu sanggup buat apa saje hanya untuk dapatkan cinta dia ? Sanggup bunuh diri ? sanggup berlapar hanya untuk dia ? 

Kamu jangan pelik dan sedih jika pasanganmu meninggalkanmu demi orang baru, kerana dia sendiri sanggup meninggalkan Allah demi kamu dahulu. Betapa banyaknya lafaz cintanya di bibir akhirnya hancur binasa angkara mungkir. Jika kamu di hatinya kini telah jauh terpinggir Tuhannya terdahulu lagi telah lama tersingkir.Kegembiraannya kini dengan orang baru hanya tenggelam dalam alpa, sedangkan kesedihanmu kini kerana Tuhan mahu menyedarkan kamu dari alpa.

Yelah masa kamu bercinta , kamu pegang tangan tanpa rasa segan silu, peluk-peluk dengan tanpa ikatan yang sah.  Allah dah bagi peluang, adakah kamu akan mahu sia-sia lagi ?

Bayangkan kalau nanti kawin dengan dia ? bukankah akan lebih sakit bila dapat tahu bila menduakan kamu setelah kamu serahkan segalanya ? 

Tak apalah, doalah kebahgian dia dan maafkan dia, doakan juga semoga dia berubah. Tak rugi apa pon jika kamu mendoakan dia kerana. malaikat dan seisi alam tidak akan penat untuk mendoakan kamu.

Jika Allah memang mentakdirkan dia bukan untuk kamu milki. Maka yakinlah Allah akan memberikan kita pengganti yang lebih baik.Lebih baik menjaga kehormatan seseorang yang kita sayangi daripada menistakan seseorang yang kita sayangi..

Karena sesungguhnya.Cinta sejati itu bukanlah bagaimana cara kita untuk memiliki seseorang yang kita sayangi.Akan tetapi bagaimana cara kita membahagiakan dan menjaga kehormatan serta memuliakannya..

Akhir kata dari acik , dengar nie nasihat dari nasihat azhar idrus 

Melupakan seseorang yang telah memberikanmu banyak kenangan indah adalah perkara yang sangat sukar . Tapi jika itu yang terbaik , relakanlah 

Ahh bila putus cinta pasti hati akan tak tenteram .Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati. Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

Catat Ulasan

37 Ulasan

sizziey darliana berkata…
Lia tak pernah pegang2 dengan kekasih tau ... TAK HALAL !!! .. :D .... betul tue, tak payah nak nangis bagai, kumbang bukan seekor, ramai lagi yang lain, yang sesuai jadi imam (bagi perempuan) dan makmum (bagi lelaki) ... kan..kan..kan...
Unknown berkata…
betul tu..x usah la menangis bila ditinggalkan..lihat balik kenapa ianya berlaku..dan perbaiki diri untuk kasih sayang org yg menyanyai kita...:D
Tetamu Istimewa berkata…
Kita perlu muhasabah diri. Kalau dia tinggalkan kita sebab sikapnya yang bukan-bukan, itu lebih baik. Jika kerana sikap kita, maka kita haruslah perbaiki.

Jodoh itu ditangan Allah SWT.
Mizz Aiza berkata…
dekatkan diri dengan Allah.. hanya Allah yang setia bersama kita di saat kita gembira atau berduka.. yakinilah pasti Allah akan gantikan yang lebih baik dari si dia.. yang penting usah berputus asa untuk terus berusaha dan berdoa..
Dzureen Darwis berkata…
Tiada yang setanding Allah . yeah :)
BinMuhammad berkata…
Tiada yang kekal di dunia ini, hanya Allah jua yang kekal abadi...maka cintai dan sayangilah Dia sepenuh hati...pasti anda tidak akan dikecewakan mahupun ditinggalkan.
adibah kamal berkata…
selama mana pun hubungan , jaga lah batasan nyaa sebabnyaa kita akan untung kelak kerana Allah daa plan yg terbaik untuk kita.peace. ;)
Tanpa Nama berkata…
jangan menangis hanya kerana berpisah dengan bf or gf. sebelum kita cintai orang lain cintai Allah dan diri sendiri terlebih dulu..
shazillahsani.com berkata…
kadang2 Allah pinjamkan die seketika untuk kita belajar sesuatu daripadanya...kalau dia tggalkan kita...anggap saja bukan jodoh...lagipun what goes around comes around...serahkan semua pada Allah...Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..
Unknown berkata…
minta-minta Allah jauhkan
Unknown berkata…
betul tu bro...kalau sekarang dia boleh beralih arah tak mustahil jika sudah berkahwin nanti dia beralih arah lagi....syukurlah sebab Allah dah tunjukkan siap2 yg kita tak sesuai dgn org tu....
Tanpa Nama berkata…
betul . menagis bagai nak rak , org tu senang hati dgn cinta baru ... hah ! kan dah menyeksa diri sendiri ...
bicara mak dara berkata…
betul tu.. kalau dia bukan utk kita maknanya itu bukan jodoh kita.. so dont be sad and move on :)
Akupenghibur.com berkata…
ahh pandai pon :) hehehee betul tu
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) dah dah jangan menangiskan :)
Akupenghibur.com berkata…
betul tu cikgu :) kita perlu muhasabah diri :)
Syed Wazien berkata…
Jika kita sayangkan seseorang, kita akan lepaskan dia jika Tuhan dah takdirkan dia bukan utk kita. Apa yg boleh kita buat cuma doakan semoga org itu bahagia dgn cinta pilihannya dan kita teruskan sahaja hidup spt biasa. Tiada gunanya terus menentang takdir Tuhan kerana mengejar cinta yg tak akan wujud serupa spt mengejar mimpi kosong. Ia dah tak ada apa-apa makna lagi.
Akupenghibur.com berkata…
tepat sekali kak , Allah itu sebaik perancangan :)
Akupenghibur.com berkata…
betul tu ,yakinlah dengan Allah
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) cintai Allah dan diri sendiri terlebih dulu.
Akupenghibur.com berkata…
yup :) lagipon Jodoh itukan rahsia Allah
Akupenghibur.com berkata…
:) tepat sekali cinta kerana Allah
Akupenghibur.com berkata…
betul tu , sepatutnye kena bersyukur
Akupenghibur.com berkata…
betul tu, tak perlu seksa diri
Akupenghibur.com berkata…
wow nasihat yang bagus :)
Unknown berkata…
kadang-kadang kita kena ingat, cinta yang kekal adalah cinta pada Allah. cinta pada manusia ini bersifat sementara je. sedangkan yang kahwin pun boleh bercerai, ini kan pula baru bercinta. jadi, kena kuatkan semangat. Allah menduga kita sebab dia nak kita kembali kepadaNYA. DIA nak kita dekatkan diri padaNYA. sebab DIA rindukan kita. DIA taknak kita makin jauh kepadaNYA. dan setiap dugaanNYA kalau kita redha, sabar dan tabah menghadapinya, pasti ada kebahagiaan menanti kita nanti.
Unknown berkata…
Pernah rasa semua tu.. tapi buat apa bersedih lama-lama kan? Lupakan dia.. ada insan lain yg lebih istimewa akan hadir dlm hidup kita..
Unknown berkata…
Letih la perangai org mcm nie...mmg nak tahu juga sebenarnya...tapi bila fk balik...tak mustahil perangai tinggal meninggal tu berulang kan...
Dalam dunia hanya Allah saja yg tak pernah tinggalkan kita... the best thing is..bercinta la dgn Allah sepenuhnya...manusia ..kot mne pun akan tetap tinggalkan kita....
norhasnizakhalid berkata…
tak perlu nak tangiskan sangat orang yang tinggalkan kita. berdoa banyak-banyak semoga dipertemukan dengan insan yang jauh lebih baik..
Sayidah Napisah berkata…
saya tak pernah mengalaminya.tapi saya rasa pasti sedih .
Adhie berkata…
tak payahlah sedih kalau ditinggalkan kekasih...dia seronok dengan orang baru...yang kena tinggal pulak nangis sampai tak lalu makan pun nak buat apa...menyeksakan diri sendiri jer...
Adilah Asari berkata…
betul tu..Allah temukan kita dengan dia hanya sementara mungkin untuk bagi pengajaran pada kita supaya kita lebih dekat dengan Allah..
Aida Ismail berkata…
Memang la sakit bila putus cinta. Tapi anggap je dah takde jodoh. Allah nak bagi yang lebih baik. Sedih banyak2 pun tak guna. Huhu~
Iman berkata…
Kalau kita rse yg meninggalkan kita tu yg tbaik.. X slhkn kita menunggu die?