Ticker

6/recent/ticker-posts

Kisah Tauladan : Jangan Bersangka Buruk Pada Perempuan Yang Tidak Menutup Aurat Dengan Sempurna, Mereka Boleh Berubah



Assalamualaikum

Hari nie acik saje nak kongsikan satu cerita yang di dapatkan di fb, siapa dah bace alhamdulilah ambil iktibar, kepada yang belum baca boleh bace kerana kisah ini amat menarik.

Kisah ini bermula di ruang tamu , apabila si abah bertanya kepada anaknya yang baru pulang dari Jordan 
 
Abah: "So dah decide siapa yang ko nak kahwini?"

Pemuda: "Dah. Saya pilih yang berpurdah full package."

Abah: "Abah bantah sekeras-kerasnya."

Pemuda: "Kenapa abah?! Katakan kenapa?! Katekanlah!"

Abah: "Abah nak ko pergi lamar minah yang baru pas STPM yang jual pisang goreng dekat corner tepi rumah Kak Bedah, Jalan Ampang, tepi kedai tepon, sebelum roundabout, trafik lite yang ketiga setelah balai polis tu."

Pemuda: "HAH!!? Ni masa depan saya, abah! Abah tak boleh paksa!"

Abah: "Redha orang tua boh! Tak guna abah hantar kau ke Jordan belajar agama kalau ko melawan cakap abah yang tua lagi uzur serta kencing manih ni."

Pemuda: "HMPH! Baiklah abah. Saya akur, rela dan redho."

Pemuda tu dah kenal sangat minah tu. Dengan seluar jeansnya, dengan tshirt ketatnya, dengan tudung pendeknya. Ah, langsung tak ada ciri-ciri isteri solehah idaman kalbunya.

Akhirnya, keluarga perempuan menerima lamaran keluarga si pemuda. Setelah kahwin, maka tinggallah si pemuda dengan minah tu.

Suami: "Kalau saya suruh awak something boleh tak?"

Isteri: "Boleh. Saya isteri awak sekarang."

Suami: "Awak pakai purdah boleh tak?"

Isteri: "Boleh..tapi sebelum tu, boleh tak ajar saya ilmu-ilmu agama, cara nak solat dengan betul, perbetulkan mandi hadas saya, ajar saya al-Quran..siyes, selama ni saya nak belajar agama, cuma tak tahu nak belajar dengan siapa. Tak ada orang nak tunjuk ajar saya. Tak cukup hanya belajar di sekolah. Cikgu tak tumpu pada saya, tapi satu kelas."

Suami: "Emm..insya-Allah.." (Rasa sebak dalam hati)

Pemuda tidak sangka, gadis yang disangka buruknya itu lebih mudah menerima didikan dan ajarannya. Tidak perlu dipaksa untuk belajar. Mudah menyerap segala ilmu yang diajar bila hati berkeinginan untuk belajar. Lama-kelamaan, kasih tersemai, hati bertaut.

Pemuda: "Terima kasih, abah."

Abah: "Bagus, inilah dakwah seorang suami. Kita bukan nak petik mawar berduri. Tapi kita nak tanam, baja dan semai pokok bunga mawar. Bunga mawar yang dipetik, pasti layu. Tapi bunga mawar yang bersama dengan pohonnya insya-Allah terus segar. Kau paham tak?"

Pemuda: "Faham, abah. Anda mampu mengubahnya."

Abah: "Salah tu. Anda mampu mendidiknya."

Pemuda dan abahnya ketawa bersama.

Pemuda dan isterinya hidup bahagia hingga akhirnya. Yang jahil boleh jadi solehah. Yang tak pakai purdah boleh dipakaikan purdah.
Segalanya mungkin.

Dengan iman dan keyakinan tinggi pada Allah.

Catat Ulasan

46 Ulasan

Asyik Izas berkata…
suka baca cerita ni..:)
Unknown berkata…
sama2 kita betulkan...in sha Allah..:D
Dzureen Darwis berkata…
Hidup saling melengkapi, so sweet :)
PrinCesS PinOkoO berkata…
emm..betol tue^^ setuju ngan kisah nie..jgn mudah nk prejudis terhadap seseorg.
Lieza Nordin berkata…
ehehe.. sy xbaca lagi kat fb.. nice story..Allah tau apa y terbaik utk hambanya =)
Unknown berkata…
cerita yangg sangat menarik :)
sizziey darliana berkata…
hanya Allah yang dapat judge kita....
Fais-SKA berkata…
he3 terbaik =) cerita ni terselit lucu utk d'ambil iktibar, btol 2..rsanya lg mnis dn besar phala jika kita mndidik dn mmbentok seseorg 2 jd lebih elok..tp xbmkna xleh khwin dgn yg b'purdah..in shaa Allah hti baik, baiklh isteri tu nnti..
Unknown berkata…
betul achik...siapa kita utk menilai kuasa Allah... Dia bijak merencanakan utk kita......
Mizz Aiza berkata…
subhanallah.. tak sia-sia mengikut nasihat orang tua..
bicara mak dara berkata…
betul tu Acik.. Jangan buruk prasangka .. Mana tahu satu hari nnt mereka akan berhijrah dan mungkin menjadi manusia yang lebih baik dr yg lain.. semuanya kita takkan dapat menduganya kan
Zaza Iman berkata…
betulkan acik =) semua org boleh berubah ke arah kebaikan..insyaALLAH
Akupenghibur.com berkata…
in sha Allah :) muhasabah diri
Akupenghibur.com berkata…
betul tu , hidup saling menglengkapi satu sama lain
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) kita kena kenal dulu, tak kenal maka tak tahu
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) Allah sebaik perancangan
Akupenghibur.com berkata…
alhamdulilah kalau cm tu kak cik
Akupenghibur.com berkata…
Allah Maha mengetahui
Akupenghibur.com berkata…
betul tu insha Allah lelaki/perempuan yang baik untuk yg baik
Akupenghibur.com berkata…
betul itu, Dia sebaik perancangan :)
Akupenghibur.com berkata…
kadang ada baiknye dengar kata ibu bapa
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) sebab itu kena bersangka baik :)
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) in sha Allah jom semua baiki diri :)
Unknown berkata…
betul tu.. yang jahil boleh jadi soleh dan solehah. paling penting, biar kena dengan caranya :)
eqbalzack berkata…
Bila baca entry ni, abg eq selalu ingatkan pada diri sendiri jgn cepat menghukum manusia. Dah banyak juga kita lihat & baca dlm berita/akhbar ttg isu ni. jangan tengok pada luaran... :)

-eqbalzack-
Tanpa Nama berkata…
akak pernah berhujah ttg nih dgn seseorg . dia melihat / mentafsir org dari luaran . kekadang org yg x bertudung tu hatinya lebih luhur dan jiwanya lebih suci dan lbh pandai menjaga diri serta kehormatannya ...
BinMuhammad berkata…
Salam,
Jalan cerita yang sempoi, tapi pengajaran di sebaliknya amat bermakna

p/s: Tak sabar melihat, siapalah dan bagaimanalah rupa pilihan hati acik..hehe
Unknown berkata…
Wahh so sweet.. dapat pengajaran dari cerita ni..
miss yatie berkata…
dengan adanya keinginan semuanya boleh berlaku InsyAllah
Sukma berkata…
selalu muhasabah diri agar berprangsaka baik terhadap orang lain, kadang-kadang orang yang kita tak sangka tu ler yang baik....
Unknown berkata…
Ini salah satu masalah yg sering trjadi zaman sekarang. Apa yg pastinya, ada segelintir individu itu sendiri yg menjadikan imej tidak bertudung itu menampakkan betapa teruknya dia dan tak dinafikan org yg bertudung juga mempunyai masalah yg sama dimana sering memperlihatkan ketidak sopanan sbg wanita.

Kehidupan skrg lebih menjurus kepada sejauh mana jatidiri seseorang utk menerima org lain dan bersangka baik berlandaskan ilmu yg ada. Sebab itu, kita diwajibkan berilmu. Sebab tanpa ilmu kita tak mungkin dapat berfikir secara rasional bahawa mereka yg tidak bertudung itu juga adalah manusia dan bukan semua adalah teruk.

Yang penting di sini ialah, masing2 kena berusaha utk berubah dan muhasabah diri sblm menilai org lain.

Unknown berkata…
cerita yang penuh makna...fikirkan lah
nae nematoda berkata…
yup , semua orang mampu berubah dengan ada keyakinan untuk berubah :)
Talkative Qalbie berkata…
Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik...
Tak kisah sebelum atau selepas.. :)
Adilah Asari berkata…
tak semestinya yang kita lihat diluar sana dengan pakaian yang tidk menutup aurat tidak boleh berubah..
Tanpa Nama berkata…
hebat citer ni acik...penuh pengajaran...
Tetamu Istimewa berkata…
Menutup aurat itu wajib. Bagi yang dah mula menutup aurat alhamdulillah. Dan, perlulah seiring dengan ilmu dan amal.
||aLeaSaRa|| berkata…
betul tu..suka entri ni sebagai pengajaran untuk kita2 yang memandang sinis, terhadap mereka yang tidak menutup aurat dengan sempurna.sampai bila nak biarkan mereka2 ni macam tu je.kena bimbing dan beri galakan,kan.kalaulah ada sejuta lelaki macam ni kat malaysia alangkah bagusnya he3...
Ummimanje berkata…
Salam Ramadhan buat Acik... :)

Kak Ummi datang singgah rumah Acik....
Ambil iktibar dari kisah di atas, sesungguhnya aurat itu adalah kewajiban bagi kaum muslimin muslimat untuk menjaga dan menutupnya berlandaskan hukum syara'.....
Aida Ismail berkata…
Pernah baca cerita ni kat Facebook. Memang memberi pengajaran. Dari kita memandang sinis, baik kita ajak dia sama2 tutup aurat kan. :D