Assalamualaikum
Alhamdulilah paper kedua dah abis , tinggal satu lagi paper saje, teringat pula hujung minggu yang lepas. Acik dan seorang kenalan acik pergi ke mid valley kerana kami ada event di sana, Namanya Lee. Lee ini berbangsa cina tapi dia amat meminati islam kerana girlfriend adalah gadis melayu. Kalau berborak dengan dia pastinya dia akan hendak tahu lebih lanjut tentang islam dan banyak persoalan yang di tanyakan, hanya yang acik tahu acik kongsikan dan kalau nak dapat detail acik bawa dia jumpa ustaz.
Petang tu, kami jalan jalan untuk mencari makanan sebab memang lapar sangat dan behenti di kfc, acik tengok lee ini asyik tengok saje satu pasangan melayu ini dan dia tanya seperti dialog di bawah ini.
(gambar di atas bukan keadaan sebenar (lelaki tersebut bukan wajah sebenar kawan acik, rasanye itu artis korea kot, pinjam muka jap hehehe) ,acik edit untuk mengambarkan keadaaan perbualan terebut)
Pada mulanya acik terkedu acik jadinya, bila di tanya seperti itu, wow tersentap sekejap, Ya Allah orang bukan islam sendiri boleh fikir macam tu, anak muda islam kita ??
Banyak lagi pertanya yang di tanya dan yang paling kelakar adalah dia membebel kerana budak tersebut, pada acik amat malu apabila bukan islam sendiri tegur tentang perbuatan kita yang di mata mereka salah, siap tanya tak takut api neraka agaknya.
Pernah juga satu kes yang berlaku di depan mata acik sendiri , ada seorang lelaki tu duduk semeja dengan rakan-rakan terdapat muslim dan non muslim,ada seorang lelaki berbangsa cina itu minum beer , dan tiba-tiba lelaki melayu tu ambil beer tersebut dan minum. Dan lelaki cina tu kata " ehh bukan orang islam tak boleh minum arak ke ?
Lelaki melayu tu jawab ala sikit je ,bukan mabuk pon, jadi geleng kepala acik, anak muda kita nie dah tak fikir halal dan haram , main buat sesuka hati tanpa menitik berat soal agama...
Ahh okey la nak berehat sebentar dan semangat nak blogwalking nie, semoga kita pendek ini jadi iktibar ye
46 Ulasan
Jong Ki orang cina rupanya..(dalam hati ada taman)
#hensem artis korea tu :p
ingat lagi dulu2 masa dalam komuter dari shah alam-subang,ada couple ni tak tau malu.tiba2 datang sorang pakcik berceramah pada diorang,si awek tu malu gila muka pink.adeihhh segan.pakwe macam tu nak dijadikan laki huh...
malu dekat bangsa lain..melayu makin layu
prkra mcm tu mmg memalukan . tmbhn pulak bangsa lain sndri tahu pntng larang dalam islam tapi bangsa kita ? dahh jauh dari sisi Allah . MasyaAllah . mudah-mudahan ank muda tu cepat sedar dan pohon keampunan dari Allah S.W.T
sama-sama kita muhasabah diri agar kita terhindar dr perbuatan yang keji..