Ticker

6/recent/ticker-posts

Media Elektronik Dan Media Sosial Menyebabkan Gejala Sosial Meningkat Di Kalangan Remaja ?


melayari internet

Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat lagi kita bertemu di hari yang bahagia ini, jom luangkan masa seketika untuk berselawat kepada nabi Muhammad saw. 

Dewasa ini, kita dapat lihat gejala sosial semakin menjadi-jadi , umpama barah dalam masyarakat kita. Siapa yang harus di persalahkan ? adakah ibu bapa ? guru-guru ? remaja itu sendiri atau masyarakat ? 

Jika kita saling menuding jari antara satu sama lain , maka tiada solusi terhadap masalah ini. Jadi kita berperlu berganding bahu bersama-sama atasi masalah tersebut. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan keruntuhan akhlak di kalangan remaja kita .

Jika kita dapat lihat kes buang bayi semakin menjadi-jadi , kes mencuri semakin berleluasa, kes samun, penagih dadah, dan sebagainya. Hari ini acik lebih nak memberikan tumpuan terhadap kesan daripada media (elektronik, cetak ,media sosial ) terhadap remaja. 

Acik insyaAllah bakal menjadi salah seorang orang media suatu hari nanti , doakan yer acik abis belajar untuk jurusan broadcasting (penyiaran) dah masuk ke tahun ke 2 di UiTM. Tentang kes gejala sosial di kalangan remaja sejak dahulu lagi telah di bincangkan. Tetapi malangnya jika hanya satu pihak saja yang bergerak dan pihak lain tak mahu masuk campur macam mana nak atasinya kan ?

Anak-anak kita , dapat kita lihat mereka  lebih terdedah kepada media ,sama ada melalui media elektronik  mahupon media cetak dan penambahan media baru iaitu media sosial. Kebanyakkan mereka akan habiskan masa waktu yang lama untuk mereka menonton TV ,melayari internet dan sebagainya .

Kebanyakan remaja kita banyak terikut kepada apa yang di lihat dan di dengar sama ada di TV mahupon di laman sosial seperti Youtube dan facebook. Mereka menjadikan ianya sebagai sumber utama yang di percayai secara bulat-bulat tanpa menilainya. 

Tengoklah sekarang di TV banyak di dedahkan dengan keganasan, adegan yang tak sepatutnya dan sebagainya. Pernah acik alami di mana , anak sedara acik sedang tengok cerita di TV dan dia tanya acik   (acik kenapa lelaki dan perempuan itu berpeluk dan cium ? bukan haram ehh ) kadang jadi tergamam juga nak jelaskan kepada mereka. 

Tengoklah cerita sekarang, semua nak terdedah sana sini dengan pakaian yang seksi  dan bahasa yang di gunakan adalah (bahasa pasar) . Teruk dengar perkataan yang di gunakan juga tidak sesuai. 

Ahh satu lagi ,zaman sekarang ini begitu mudah untuk akses internet di mana sahaja. Kadang mereka melayari pekara yang tak sepatutnya. Sekarang budak 9 tahun dah pandai tentang pekara lucah MasyaAllah apa nak jadi ?. Apa yang di katakan di facebook/twitter semua betul ,walaupon maklumat itu tak sahih. Perkenalan di alam maya semakin menjadi-jadi , lagi-lagi bagi budak baru nak "up" baru nak kenal dunia bagaimana. Dah pandai buat video di youtube berjanji sumpah setia . Apakah itu ?

Pernah acik lihat cerita di TV di mana sekumpulan pelajar mahu mencuri motorsikal dan menunjukkan cara-caranya bagaimana nak mencuri motorsikal .Ahhh adakah wajar siarkan cerita macam gitu ? bukan makin menggalakkan untuk melakukannya ?. Dan kalau lihat di filem-filem sekarang, bahasa yang di gunakan bagaimana ? terukkan bahasa yang di gunakan wa lu, bod*h ,si*l dan macam-macam lagi di pertuturkan dengan selamba.

Nak salah mereka kerana mereka melihat ,melakukan dan bertutur sedemikian rupa ?  

Pihak penerbitan juga harus membaiki tentang segala aspek, buatlah cerita yang  berunsur nasihat, pedoman , pengajaran dan yang baik-baik. Jangan hanya mengejar keuntungan saje. Begitu juga pihak perfileman kena menapis cerita yang ada unsur negatif dan keganasan, gunakan bahasa yang bersesuaian .

Selain itu ,masalah ini juga perlu di atasi bermula dari rumah itu sendiri. Ibu bapa perlu kawal dan memantau apa yang anak mereka lakukan. Jangan beri kepercaya 100 % pada mereka. Ambil tahu siapa yang di kawan , memantau media sosial yang di gunakan dan menghad waktu untuk melayari internet mahupon menonton TV. Bukan bermakna mengongkong mereka tapi cuba jadi kawan yang baik untuk mereka dan selami hati mereka.Ibu bapa kena mainkan peranan penting , kerana mereka yang paling banyak menghabiskan masa bersama-sama anak-anak mereka. 

Jadi kalau ibu bapa dan beri pendidikan yang cukup dari segi pelajaran dunia dan akhirat , insyaAllah dia akan dapat menilai mana yang baik dan buruk. Bertuahnya kamu dapat semua tu , jadi hargailah. 

Ahh dah melalut panjang berjela, kalau semua pihak berganding bahu untuk mengatasi masalah di kalangan remaja kita insyaAllah masalah ini selasai. Semua pihak ye, bukan sesetengah saje , mainkan peranan kamu. Ahh blogger pon kena mainkan peranan, bantulah mereka ye. Acik hanya menaip hanya dasarnya saje, jika nak huraikan itu panjang sangat nanti orang jemu pula, lain kali kita bercerita lagi .Wasalam.

Catat Ulasan

46 Ulasan

Unknown berkata…
betol2...risaw sgt :) budak2 pown da pandai main fb
Unknown berkata…
betul tu Acik..lagi la zaman sekarang nie..budak2 sekolah rendah pun da ramai yg celik IT..:)
Tetamu Istimewa berkata…
Internet, FB banyak memberi kesan kepada perkembangan remaja. Kalau pandai guna, insya-allah akan membawa kebaikan, sebaliknya akan berlakulah perkara yang tidak diingini.
norhasnizakhalid berkata…
pemantauan dari parents penting !
Unknown berkata…
dunia akhir zaman dah bro... kehidupan berpandukan Al-Quran dah semakin terhakis... bila disuarakan, kita pula yang dikritik..
Unknown berkata…
memang betul tu kebanyakkan masyarakat melayu terutamanya remaja tidak pandai mengguna intenet dengan cara yang betul.
MalizaMah berkata…
peranan keluarga... dan cabaran guru utk membendung gejala spt ini.... moga setiap masyarakat juga memainkan peranan masing2.
Tanpa Nama berkata…
sebenarnya , telefon pemula dan penyumbang kpd budak2 yg baru nak membesar . sbb sgt mudah mrk nak akses tanpa di ketahui ibu bapa ...
PCL berkata…
anak dah kurang berinteraksi dalam keluarga, masing2 dgn gajet memasing...anak2, kalau dipantau pengunaannya alhamdulillah..disekat bukan cara yg terbaik. jadi ibubapa kena ambik peranan. Arus kemodenan adalah keperluan dan mingikut kehendak semasa...peka dan manfaatkan sebaiknya.
Adhie berkata…
apa-apa pun didikan agama dan perhatian keluarga tu yang penting...nak salahkan media elektronik tak boleh jugak...kalau anak-anak dah terdidik mengenali halal dan haram...mungkin mereka takde terjebak...
krole berkata…
krole doakan moga acik dpermudahkan dalam mengejar cita-cita acik yang mulia tu...bab pengaruh media ni memang nampak sangat skngni kan acik...nak cakap pun acik da sebut...bezanya budak sekarangni dengan kita dulu...dorang boleh akses semuanya kat internet...pergh! kta zaman dorang baru belaja main guli...tp skngni budak kecik dah tau apa itu bercinta, bercium, silap-silap lebih dari itu...aduh! begitulah akhir zaman acik...pengaruh hiburan semakin penting dlm sesuatu kehidupan. Nice entri
Unknown berkata…
TAk boleh nak buat apa dh..berleluasa tanpa dpt dibendung lg..jadi cara paling berkesan didik anak sejak kecil supaya tidak terpengaruh dgn benda tu semua..
Khir Khalid berkata…
Kemajuan teknologi spt internet & sebagainya pada awalnya diterima atas sebab kebaikan atau kegunaan yg bnyk kpd manusia melebihi keburukan yg ada. Tp tanpa pemantauan dan kesedaran pengguna sendiri ianya umpama kereta atau pun kuasa nuklear.. kegunaannya banyak yg baik, utk pengangkutan dsb.. tp klu disalah gunakan boleh smpai meragut nyawa dan memburukkan. Kesedaran & pemantauan itu sesungguhnya penting. Entri menarik Acik :)
Dzureen Darwis berkata…
Salam Acik :)
Di rumah mak abah saya, TV xde. Bukan sebab gejala sosial semata-mata, tapi juga kami sekeluarga tidak suka terjebak kepada cerita berepisod yang menyebabkan hanya kerana nak tengok cerita itu, benda lain tak boleh nak buat. NO NO tak boleh ye dalam famili saya hehe.
Komputer di rumah pula, mak abah letak si ruang tamu, senang mereka nak observe anak2. Sambil sapu lantai pun boleh jengah lagi hehe. Kalau dalam rumah tu, memang peranan ibu bapa amat penting. :) Betul kata Acik
Unknown berkata…
masalah ini boleh dipandang Sirius..betul cakap bro kita perlu berganding bahu..tapi masyarakat sekarang tidak suka menjaga tepi kain orang..nanti bila kita tegur..kita pula yang ditegurnya..mengenai media sosial..access internet semua tu..perlu sebab dunia semakin kehadapan dan seiring mengejar kemajuan..cuma sikap manusia yang x pandai menggunakan dan menyalahgunakan..setiap orang ada keinginan sebab kita semua dibekalkan dengan nafsu..cuma bagi mengelak serta menatau masalah ini..perlulah bermula dengan didikan dan pemantauan ibu bapa...bagi fizi isu ini boleh dihuraikan lagi..terusakan bermotivasi bro..:)
Tanpa Nama berkata…
pemantauan amat penting...terutama pada ibu bapa...
sizziey darliana berkata…
wow.. entry macam karangan spm tau ...daebak lah bro ... hehehe.. apa pun Lia setuju 200% ... Zaman sekarang, budak darjah 1 pun siap ada facebook .. Lia kenal facebook nie pun dalam form 3, tue pun mana ada gian sangat ... dapat laptop sendiri pun time form 5, dibelikan sebab nak buat kerja kursus... Budak-budak zaman sekarang, umur 3,4 tahun dah tahu buka tab .... Tapi mama Lia pantau juga aktiviti kami google sana sini, kadang hp pun dia nak cek. .. hehehe...
Unknown berkata…
semue dihujung jari... mcm2 bleh tengok....

Jemput sertai : Contest Blogger Jejaka Jambu.
Tanpa Nama berkata…
didik akhlaknya, insha Allah ...
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) sangat membimbangkan
Akupenghibur.com berkata…
aahhh kan ,,,cerlik IT jika di salah guna mmg tak bagus
Akupenghibur.com berkata…
betul tu cikgu :) tepat sekali
Akupenghibur.com berkata…
setuju :) entahlah apa nak jadi sekarang nie, menakutkan
Akupenghibur.com berkata…
itulah ,pekara nie perlu di titik berat oeh semua pihak , untuk kesedaran kepada mereka
Akupenghibur.com berkata…
betul tu ,masyarakat juga perlu ambil peranan tentang hal nie
Akupenghibur.com berkata…
itulah, ibu bapa kean selia telefon anak2 mereka
Akupenghibur.com berkata…
betul tu PCL... peranan ibu bapa adalah paling penting
Akupenghibur.com berkata…
itu semestinya penndidikan agama perlu di terapkan kepada anak2
Akupenghibur.com berkata…
etul tu , dulu kita still main guli, maing layang2.,,, budak sekarang dah advance
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) kena didik mereka
Akupenghibur.com berkata…
betul Khir ,setuju dengan comment tu :)
Akupenghibur.com berkata…
walaikumusalam..wahh bagusnye mak ayah kamu
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) ermmm semua pihak kena ambil peranan masing-masing
Akupenghibur.com berkata…
hahahaha karangan SPM ye :) adehhh itulah baguslah parents pantau that good
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) tapi kena hati-hati
Bunda_nora berkata…
mendidik anak2 seiring dengan peredaran zaman tanpa melanggar tata susila dan batas2 akhlak...
Maria Firdz berkata…
setuju.. sebab penggunaan internet tnpa kawalan mmg bg kesan negatif.. tgk aje lah,,, hari2 ada je kes disiplin budak2.. jgn kata teknologi dan gadjet, tv pun kalau tak dikawal, blh mendtgkn keburukan... nak2 kalau de astro kan..
Tanpa Nama berkata…
semuanya dihujung jari. mudah dan senang dan sebab tu la ibu patut awasi apa yang anak anak lihat di kaca tv atau layari internet.

moga acik berjaya dalam dunia brodcasting.
Fais-SKA berkata…
betol 2 acik..skrg ni internet mcm2 dh ada..taip je..1lg yg hairan..mcm acik bgthu atas 2..cmnelh, kt tv boleh tnjuk smua bnda ngatif..skrg ni budak2 semua bljar dri c2..pelik2..nk bnteras ke @ nk tmbah lg??? mcm2
BinMuhammad berkata…
Itulah cabaran terbesar bagi mereka dan kita yg hidup dizaman ini. Media mengusai segalanya...Yg baik dan buruk semuanya ada, hanya perlu bijak memilih dan memanfaatkannya.
Unknown berkata…
hmmm...tu lah masalah zaman sekarang ni apabila org ramai terlalu mudah mempercayai status2 di media sosial dengan membuta tuli....patutnya perlu siasat dan fikir sejenak kalau boleh cari pro and cons sebelum share pulak benda tu...bila dah share kalau tak betul mcm biasa la jadi fitnah...bila dah fitnah jadi biasa, rosaklah mentaliti generasi hari ini....

dari segi penerbitan drama dan filem tu mmg penerbit2 kita ada problem dari aspek kreativiti....bila dah semua cerita yg diorg buat berkaitan cinta, rempit dan gangster, kita dah boleh agak dah kesannya ke atas generasi hari ini...
Mizz Aiza berkata…
apa yang penting, semua pihak harus bersatu menangani permasalahan ini.. jangan hanya menyalahkan satu pihak sahaja sekiranya ianya menjadi barah yang semakin menular.. betul kata acik, apa-apa pun bermula dari rumah, jika kepincangan berlaku di rumah pasti anak-anak juga terpalit sama..
Aida Ismail berkata…
Zaman dah makin moden. Benda2 macam ni kita susah nak bendung Acik. Huhu~