Assalamualaikum
Alhamdulilah dapat lagi kita bertemu di hari yang bahagia ini, jom luangkan masa seketika untuk berselawat kepada nabi Muhammad saw.
Dewasa ini, kita dapat lihat gejala sosial semakin menjadi-jadi , umpama barah dalam masyarakat kita. Siapa yang harus di persalahkan ? adakah ibu bapa ? guru-guru ? remaja itu sendiri atau masyarakat ?
Jika kita saling menuding jari antara satu sama lain , maka tiada solusi terhadap masalah ini. Jadi kita berperlu berganding bahu bersama-sama atasi masalah tersebut. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan keruntuhan akhlak di kalangan remaja kita .
Jika kita dapat lihat kes buang bayi semakin menjadi-jadi , kes mencuri semakin berleluasa, kes samun, penagih dadah, dan sebagainya. Hari ini acik lebih nak memberikan tumpuan terhadap kesan daripada media (elektronik, cetak ,media sosial ) terhadap remaja.
Acik insyaAllah bakal menjadi salah seorang orang media suatu hari nanti , doakan yer acik abis belajar untuk jurusan broadcasting (penyiaran) dah masuk ke tahun ke 2 di UiTM. Tentang kes gejala sosial di kalangan remaja sejak dahulu lagi telah di bincangkan. Tetapi malangnya jika hanya satu pihak saja yang bergerak dan pihak lain tak mahu masuk campur macam mana nak atasinya kan ?
Anak-anak kita , dapat kita lihat mereka lebih terdedah kepada media ,sama ada melalui media elektronik mahupon media cetak dan penambahan media baru iaitu media sosial. Kebanyakkan mereka akan habiskan masa waktu yang lama untuk mereka menonton TV ,melayari internet dan sebagainya .
Kebanyakan remaja kita banyak terikut kepada apa yang di lihat dan di dengar sama ada di TV mahupon di laman sosial seperti Youtube dan facebook. Mereka menjadikan ianya sebagai sumber utama yang di percayai secara bulat-bulat tanpa menilainya.
Tengoklah sekarang di TV banyak di dedahkan dengan keganasan, adegan yang tak sepatutnya dan sebagainya. Pernah acik alami di mana , anak sedara acik sedang tengok cerita di TV dan dia tanya acik (acik kenapa lelaki dan perempuan itu berpeluk dan cium ? bukan haram ehh ) kadang jadi tergamam juga nak jelaskan kepada mereka.
Tengoklah cerita sekarang, semua nak terdedah sana sini dengan pakaian yang seksi dan bahasa yang di gunakan adalah (bahasa pasar) . Teruk dengar perkataan yang di gunakan juga tidak sesuai.
Ahh satu lagi ,zaman sekarang ini begitu mudah untuk akses internet di mana sahaja. Kadang mereka melayari pekara yang tak sepatutnya. Sekarang budak 9 tahun dah pandai tentang pekara lucah MasyaAllah apa nak jadi ?. Apa yang di katakan di facebook/twitter semua betul ,walaupon maklumat itu tak sahih. Perkenalan di alam maya semakin menjadi-jadi , lagi-lagi bagi budak baru nak "up" baru nak kenal dunia bagaimana. Dah pandai buat video di youtube berjanji sumpah setia . Apakah itu ?
Pernah acik lihat cerita di TV di mana sekumpulan pelajar mahu mencuri motorsikal dan menunjukkan cara-caranya bagaimana nak mencuri motorsikal .Ahhh adakah wajar siarkan cerita macam gitu ? bukan makin menggalakkan untuk melakukannya ?. Dan kalau lihat di filem-filem sekarang, bahasa yang di gunakan bagaimana ? terukkan bahasa yang di gunakan wa lu, bod*h ,si*l dan macam-macam lagi di pertuturkan dengan selamba.
Nak salah mereka kerana mereka melihat ,melakukan dan bertutur sedemikian rupa ?
Pihak penerbitan juga harus membaiki tentang segala aspek, buatlah cerita yang berunsur nasihat, pedoman , pengajaran dan yang baik-baik. Jangan hanya mengejar keuntungan saje. Begitu juga pihak perfileman kena menapis cerita yang ada unsur negatif dan keganasan, gunakan bahasa yang bersesuaian .
Selain itu ,masalah ini juga perlu di atasi bermula dari rumah itu sendiri. Ibu bapa perlu kawal dan memantau apa yang anak mereka lakukan. Jangan beri kepercaya 100 % pada mereka. Ambil tahu siapa yang di kawan , memantau media sosial yang di gunakan dan menghad waktu untuk melayari internet mahupon menonton TV. Bukan bermakna mengongkong mereka tapi cuba jadi kawan yang baik untuk mereka dan selami hati mereka.Ibu bapa kena mainkan peranan penting , kerana mereka yang paling banyak menghabiskan masa bersama-sama anak-anak mereka.
Jadi kalau ibu bapa dan beri pendidikan yang cukup dari segi pelajaran dunia dan akhirat , insyaAllah dia akan dapat menilai mana yang baik dan buruk. Bertuahnya kamu dapat semua tu , jadi hargailah.
Ahh dah melalut panjang berjela, kalau semua pihak berganding bahu untuk mengatasi masalah di kalangan remaja kita insyaAllah masalah ini selasai. Semua pihak ye, bukan sesetengah saje , mainkan peranan kamu. Ahh blogger pon kena mainkan peranan, bantulah mereka ye. Acik hanya menaip hanya dasarnya saje, jika nak huraikan itu panjang sangat nanti orang jemu pula, lain kali kita bercerita lagi .Wasalam.
46 Ulasan
Di rumah mak abah saya, TV xde. Bukan sebab gejala sosial semata-mata, tapi juga kami sekeluarga tidak suka terjebak kepada cerita berepisod yang menyebabkan hanya kerana nak tengok cerita itu, benda lain tak boleh nak buat. NO NO tak boleh ye dalam famili saya hehe.
Komputer di rumah pula, mak abah letak si ruang tamu, senang mereka nak observe anak2. Sambil sapu lantai pun boleh jengah lagi hehe. Kalau dalam rumah tu, memang peranan ibu bapa amat penting. :) Betul kata Acik
Jemput sertai : Contest Blogger Jejaka Jambu.
moga acik berjaya dalam dunia brodcasting.
dari segi penerbitan drama dan filem tu mmg penerbit2 kita ada problem dari aspek kreativiti....bila dah semua cerita yg diorg buat berkaitan cinta, rempit dan gangster, kita dah boleh agak dah kesannya ke atas generasi hari ini...