Assalamualaikum
Alhamdulilah dapat kita berpuasa di hari pertama di bulan ramadhan ini, semoga puasa kita di terima Allah. Semalam petang ,acik lepak dengan seorang kenalan yang baru pulang dari Thailand , nama dia Kriss penunut di universiti di thailand, ahh dia nie indian dan beragama kristian dan dalam perbualan kami banyak pekara yang kami bincangkan tetapi yang paling menariknye adalah dia amat tertarik tentang puasa. Baca sikit dialog kami di bawah.
Sekali lagi gambar lelaki hindustani itu bukan wajah sebenar kawan acik tu , hehehe itu artis hindustan :)
Dan banyak lagi kawan kawan acik yang bukan islam berminat nak tahu tentang puase, pernah dulu tempat yang acik kerja dulu ada yang sama sama puasa untuk merasa bagaimana puasa itu. Paling kelakar ada yang katakan " i ingatkan kalau tak makan satu hari boleh mati " .
Dan mereka sangat menghormati orang yang berpuasa, dan kadang dia mereka lebih excited dari kita.
Kadang fikirkan malu kalau orang islam sendiri tak puasa , kita bersangka baik saje , hari ini semua orang berpuasa Sebagai orang islam kita kena tunjukkan contoh yang baik kepada mereka agar mereka minat untuk ambil tahu apa yang kita lakukan.
"Wahai orang-orang yang beriman
! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang
yang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (S.al-Baqarah:183)
ahhh pada acik beruntunglah mereka yang dapat berpuasa
selama bulan Ramadhan, kerana puasa itu bukan sahaja dapat membersihkan
Rohani manusia juga akan membersihkan Jasmani manusia itu sendiri, puasa
sebagai alat penyembuh yang baik. Semua alat pada tubuh kita sentiasa
digunakan, boleh dikatakan alat-alat itu tidak berehat selama 24 jam. Alhamdulillah
dengan berpuasa kita dapat merehatkan alat pencernaan kita lebih kurang
selama 12 jam setiap harinya. Oleh karena itu dengan berpuasa, organ dalam
tubuh kita dapat bekerja dengan lebih teratur dan berkesan. Dan banyak lagi hikmahnya lain waktu acik kongsikan.
Kamu ada pengalaman tentang orang bukan islam tanya tentang puasa ? kalau ada boleh la kongsikan
48 Ulasan
Ya, kadang-kadang tu malu juga kalau ada orang Islam yang tak berpuasa dan makan pula di kedai-kedai "hantu".
#Selamat berpuasa ye :D