Assalamualaikum
Alhamdulilah dapat lagi kita bernafas di bumi pinjaman Allah ini, ucapkan syukur dan berselawat ke atas junjungan besar nabi muhammad SAW. Di kala kita gembira dan mampu merasa kebahgian ada antara kita sedang bersedih dengan musibah yang hadir dalam hidupnya.
Hari nie, di hospital meneman adik acik ko hospital kerana dia sakit yang agak teruk. Pada mulanya kami ingatkan adik acik nie hanyalah demam biasa, seram sejuk badan, tapi setiap kali demam pastinya muka dia akan bengkak. Risau juga kenapa dan berjumpa dengan doktor, dan doktor mengatakan adik acik alergik dengan ubat.Gambar di bawah ini ada contohnya :
Alergik dengan ubat macam mane tu ?
Alergik ubat ini apabila kita makan ubat apa jua jenis ubatan itu dan mendatang kesan kepada kita seperti bengkak di bahagia bawah mata, kerana badan tak dapat menerima ubat yang di makan dan tidak beccsesuai untuk tubuh badan pesakit tersebut.
Symptom penyakit ini seperti
- Mulanya badan akan jadi seram sejuk rasa nak demam kemudian rasa loya nak muntah,
- kalau kena kat bayi biasanya akan naik ruam merah di badan/muka dan bagian tertentu
- ulser aka orang kita cakap mata ikan di mulut
- lidah melecur ahh tak dapat rasa makanan yang di makan
- paling ketara bengkak di bahagia bawah mata
Kesian acik tengok adik acik nie, dahlah baru je masuk kerja dah sakit yang macam gini .Tapi paling kesian bila ada orang tak faham dengan sakitnya , ada seorang pekerja di tempat adik acik kerja nie siap mulut agak lazer cakap baru masuk kerja dah cuti sakit itu ini. Emm adik acik pon tak minta semua tu, ini ujian untuknya.
Menurut doktor , alergik ubat ini boleh jadi bahaya jika keadaan makin teruk kerana dia boleh menyebabkan kerongkong bengkak dan menyulitkan untuk bernafas.
Nak makan ubat pon kena pilih pilih tak boleh sembarangan, macam adik acik nie ,makan panadol pon tak boleh ,abis muka bengkak teruk.
Doktor kata sakit ini akan menurun ada anaknye juga bila dia ada anak nanti.Kata doktor lagi kalau jadi macam gini segera bawa ke hospital
Ya Allah kau berikan kesembuhan kepada adikku ini, kalau panjangkan umurnya dan kau lindungilah dia , Mudahkan segala urusannya Ya Allah
43 Ulasan
semoga adik Acik cepat sembuh :)
mama memang pernah dengar tentang orang yang arlegik pada ubat. tak dinafikan, apa acik cakap memang betul.. kalau bayi yang kena lagi kesian tengok...
yaya ingat alergik ubat ni dia tak suka makan ubat..hehe
supaya adik acik cepat sembuh..
http://www.cikyaya.my/2013/07/penyakit-iri-hati.html
Semoga adeq ni cepat sembuh yer.
#ikut kata nasihat doktor.