Assalamualaikum
Tentang entri semalam tu saje je, acik tak harap kamu setuju dengan apa acik katakan dan nak lihat pandangan dari orang lebih otai soal rumah tangga , Yes terjawab juga, aahh ini masanya pula acik review 2 blog pilihan acik ini kerana sudi sponsor segmen acik, Jom baca serba sedikit blog ini :)
Blog pertama yang acik ingin kongsikan adalah blog Coretan Hati Kathy,. Bila First time masuk ke blog ini , seriously buat acik tersenyum kerana blog ini comel dan tenang bila acik masuk. Acik masuk blog ini beberapa bulan yang lepas, orang kata tak kenal maka tak cinta, itulah ungkap yang paling sesuai di katakan sebab bila kenal kak kathy orangnya baik hati, dan peramah , bukan pujian tapi reality dan kebetulan pula sama orang kota tinggi, set kita geng. Nama pemilik blog ini adalah Atiqah Arbain Iqa , berasal dari tawau,sabah.Ahh nak tengok owner blog ini ? inilah kak kathy tersebut
Trademark blog ini adalah "biar jejari bercerita" catchy bukan trademark ini dan amat sessuai untuk kak kathy dan blog ini ada 540 pengikut setia dan 210 untuk G+ , nak tahu tak blog kak kathy niche tentang apa ? ahh kak kathy ini ada 3 blog tau, tapi blog ini niche pada lifestyle . Dalam blog ini kamu akan dapat tahu tentang perjalanan kisah hidup kak kathy, kamu dapat tips berblog, kamu akan dapat resepi masakan, toturial untuk blog dan paling penting kamu boleh dapat doodle. Blog kak kathy ini sungguh ringan dan sangat cepat bila loadingnya dan paling penting acik suka templatenya dan susun aturnya sangat kemas. Entri penulisan yang bersahaja dan santai, serta mengunakan laras bahasa yang mudah di fahami.
Kalau kamu berhubung dengan kak kathy baru kamu tahu bagaimana kak kathy dan tak pernah lokek kongsi ilmu yang dia ada . Bagi blog coretan Kathy ini bermula menulis pada Jumaat 8 Jun 2012. Apa yang acik tahu kak kathy sebelum ini ada blog lain tapi telah di delete dan hasil inilah blog ciptaannya dan sepenuh di buat sendiri dari segi template dan keseluruhannya.Ahh sebelum acik lupa, kak kathy ini juga hebat dapat penulisan ,cerita yang paling terkesan acik baca adalah Cinta Hujung Nyawa . Itulah orang cakap dalam diam ubi berisi , dalam diam serba boleh. Paling penting kak kathy ini jenis pemurah hati suka buatkan orang doodle dan comel tau, acik dah dapatkannya , ahh kamu nak ? pujuklah kak kathy buatkan , hehehehe
Dalam blog ini entri yang paling acik suka adalah Selamat Berjaya Anak anak calon UPSR Seronok bila lihat kasih seorang ibu terhadap anak-anaknya, kata terakhir acik harap sangat kak kathy teruskan berblog dan insyaALLAH acik akan support blog akak selagi acik mampu :)
Blog kedua pula , rasanya ramai dah kenal dengan blog warna purple ini tentulah blog izinkan ku gapai bintang. Blog ini telah mengalami beberapa perubahan dari semasa ke semasa hinggalah munculnya blog yang terkini tapi purplenya masih di kekalkan. Untuk blog ini pertama kali acik kenal masa first time join segmen acik. Tentulah cik akak seorang ini, pemiliknya bernama Siti Nortizah bte Abdul Rajak, berasal sibu, Serawak. Inilah dia pemilik blog tersebut
Trademark blog ini adalah "Blog Madah Cinta Cik Akak ", Ahh trademark saje dah cukup untuk mengambarkan segalanya, blog ini adalah blog personal cik akak yang bermula dengan suka-suka untuk berbuat blog , dan mula meniap di blog 7 November 2012. Wahh entri pertama sudah tentang cinta, bagaimana pula entri seterusnya ?
Kekuatan blog ini adalah penulisan yang bersahaja dan tentunya mesra rakyat, dalam entrinya mencerita seribu satu kisah hidupnya dan hari-hari apa yang di lalui. Kadang mampu buat kita ketawa, kadang mampu buat kita sedih dan kadang boleh buat kita rasa hati berbungga . Dalam entrinya sangat bermakna dengan ayat yang penuh romantik dan enak di dengar jika di ungkapkan dengan perkataan. Cik akak ini seorang yang mesra rakyat dan ramah . Pengikut setia blog ini adalah 1123 dan bagi G+ pula ialah 1149
Kalau tanyakan pada acik apa yang suka pada blog ini ? tentulah acik katakan pemilihan warna blog yang bertepatan , header yang cantik walaupon simple. Susun atur blog yang kemas dan template yang di gunakan adalah berlatarbelakang warna yang kena dengan body blog tersebut.
Secara personally acik kenal kak cik ini ,seorang yang peramah, baik hati kerana sudi taja segmen acik, dan paling penting sporting. Kadang bila bace entrinya kita dapat rasakan itulah diriya yang sebenar tak macam segelintir blogger yang takut untuk ceritakan kisah hidupnya, kalau cik akak ini bersahaja ceritakan apa yang dia suka dan tidak suka dan pengalaman hidupnya.
Ahh panjang lebar plak acik membebel , untuk blog cik akak ini entri yang paling acik suka adalah Bila cik akak balik kampung lagi . Pastinya tak kering gusi bace entri cik akak ini
Akhir kata dari acik , follow 2 blog ini, pastinya kamu tak akan rugi kerana mereka berdua ini orang yang ramah dan sporting. Sesama kita tolong blogger yang lain, kalau bukan kita , siapa lagikan ? heheehe
17 Ulasan
selesa bergaul dengan mereka ;)
tapi kalau cik akak.. hihihi.. memang best, kelakar abis.
kalau komen mama punya entry, asik dengan poco-poco dia je.. hihi