Assalamualaikum (Entri Autopost)
Alhamdulilah hurey dah sampai kampung halaman di kota tinggi , balik sebentar sebab kak long balik dan nanti akan balik ke klang pula. Balik je ,acik terus check fan page acik di facebook dan acik ada yang minta pendapat dari seorang rakan yang perlukan nasihat, kalau kamu ada pendapat boleh lah di kongsikan juga, bace di bawah ini
Emmm memang di fikirkan sakit hati, dendam yang kesumat dalam diri kita, hatta hati pon berkata benci padanya ,tak mahu melihat wajahnya walaupon dia adalah bapa kita sendiri. Memang beb ,acik tahu sakitnya untuk rasa semua tu.. rasa pedihnya apa yang kamu alami. Ayah besar tanggungjawabnya dan peranan dalam kehidupan kita.
Anak-anak, pendidikannya, serta pengurusannya adalah amanah yang Allah
berikan kepada para ayah, kerananya para ayah adalah pemimpin mereka dan bertanggungjawab atas keadaan mereka. Wajib atas para ayah untuk
menasihati anak-anak mereka dengan kebaikan dan menjadikan pendidikan
serta perbaikan mereka merupakan pekerjaan dan urusannya yang paling
utama dan paling penting. Tidak boleh bagi seorang ayah untuk hanya
memenuhi semua keperluan jasad dari anaknya berupa makanan dan pakaian
lalu setelah itu dia menganggap kewajibannya hanya itu kemudian
menyibukkan dirinya sendiri dengan pekerjaan dunianya dan tidak
mengurusi keperluan rohani dari anak-anaknya. Kerana barangsiapa yang
mengerjakan hal tersebut nescaya dia akan menyesal pada akhirnya, baik
di dunia ketika dia sudah tua dan anak-anaknya juga tidak mau
mengurusinya, terlebih lagi di akhirat ketika dia dimintai
pertanggungjawab atas amanah yang telah dibebankan kepadanya tersebut. Besar tanggungjawab seorang ayah ,bukan pekara ini boleh di anggap hal yang main-main.
Memang betul , setelah lama barulah dia datang ke dalam hidup kita setelah kita berjaya,walhal dulu dia tak ambil kisah kita dan kasih sayang tak pernah diberikan. Pekara ini perlukan masa , untuk diri kita. Si ayah perlulah berikan masa dan cuba cara untuk mendekatkan balik hubungan itu, dan dia anak perlukan masa untuk melupakan apa yang berlaku.
Hal ini pernah dalam hidup acik, tapi acik anggap ini hanyalah ujian Allah untuk acik, menguji di mana kesabaran,keikhlasan untuk apa berdendam lama lama ? untuk apa biarkan hati kita hitam hanya kerana dendam kita ? memaafkan itu mulia dari berdendam dan berharap dia akan berubah.
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
Ketahuilah
bahawa pada jasad terdapat segumpal darah, apabila elok nescaya eloklah
seluruh jasad dan apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah bahawa itulah hati.
Terpulanglah pada kamu ,tapi nasihat acik sejahat dia , dia tetap bapa kamu, dia tetap orang yang menyebabkan kamu ada di dunia , mugkin tanpa sedar dia juga yng mendoakan kamu.MogaAllah merahmati kamu dan beri petunjuk untuk kamu. Dan semoga ayah bapa kamu benar benar berubah.
19 Ulasan
kita doakan yg baik2 aja....achik
Terimalah ayah anda seadanya. Yang penting jangan sampai anda menderhaka. Biar masa yang menentukan... Dalam pada yg sama anda perlulah cuba utk bersikap positif, mungkin susah tapi cubalah...
Kenangkan pula jika ianya terjadi antara anda dan anak anda...
Jangan menidakkan ketentuan Ilahi, bila anda dapat rahsia rahmat disebaliknya, pasti anda akan bersyukur dengan nikmat dan kurniaan dariNYA.
Saya doakan agar ikatan yg terputus akan terjalin jua akhirnya...Amiin.
p/s: Acik, semoga gembira berpuasa dan berbuka disamping insan tersayang :)