Ticker

6/recent/ticker-posts

The Best Love Is When The Person Makes Your Iman Feels Higher And Makes You Feel Closer To Allah



cinta kerana ALLAH

 Assalamualaikum 


Alhamdulilah masih lagi dapat bernafas,macam mane hari nie ? alhamdulilah kalau bahagia dan sehat, kalau tidak jom cari ketenangan diri. Hari nie ada dapat pelbagai persoalan tentang cinta, cinta memang tak dapat di pisahkan dalam hidup kita walaupon bulan ramadhan.

Ahh ada juga yang bertanya dengan acik salah ke jatuh cinta ? abis macam mane kalau  dah suka kat seorang perempuan tu ?

Pada acik memang tak salah nak jatuh cinta, itukan soal hati dan perasaan kamu tak siapa dapat halang. Itu perasan yang hadir dari hati kamukan. Janji cinta itu biarkan di letakkan pada yang betul dan mengikut landasan islam.

Kadang memang tak dapat nak halang seseorang itu untuk jatuh cinta dan tak dapat nak halang anak muda untuk bercinta. Yelah zaman sekarang inikisah cinta bermacam-macam, dan cinta bertahun tahun, katanya nak kenal cinta. 

Ada yang kata, dah couple bertahun-tahun tapi tak kawin juga bagaimana tu?

Dah kawin perangai berubah ?

baru kenal dah kawin ?

macam mane pula tu ? jawabnya tentulah  jodoh semua Allah dah aturkan siapa jodoh kita, dan sebagainya

Cinta yang terbaik adalah apabila kita mencintai seseorang itu yang membuatkan iman kita meningkat dan kita semakin rapat dengan Allah, senang kata membawa kebaikan

Dalam kata katanya ada nasihat yang berguna
Tegurnya penuh berhemah
Mengingati kamu soal solat, puasa dan sebagainya

 Carilah seseorang itu yang mampu membawa cinta  kamu kebahgian di dunia dan akhirat. Jangan cari yang suka pada pekara yang lagha seperti suka karaoke, lepak sampai pagi dan sebagainya.

Mencintai orang-orang beriman yang senantiasa taat kepada Allah, sangat besar pahalanya.  Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman, “Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu”

Diriwayatkan hadis dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:

Demi Allah, kalian tidak akan masuk syurga sehingga kalian beriman. Tidak sempurna keimanan kalian sehingga kalian saling mencintai. Adakah kalian mahu aku tunjukkan sesuatu, yang mana  jika kalian melakukannya nescaya kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian! (HR. Muslim).

Dalil yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah sabda Rasulullah SAW, “Tidak sempurna keimanan kalian sehingga kalian saling mencintai”. Hadis ini menunjukkan tentang besarnya pahala saling mencintai kerana Allah.
  
Jadi berubahlah cara cinta kerana Allah , sebab apa ?

Jika kita cinta kerana Allah cinta itu tak akan pernah berkurangan dan sentiasa bertambah , jika hilangnya cinta itu juga buatkan kita rasa redha untuk menerima kehilangan.Maka oleh itu jom kita muhasabah diri , dan letakkan cinta itu kerana Allah.

Catat Ulasan

20 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
memang cinta yang berlandaskan kasih kerana Allah akan selalu di redhainya...
INNANIE ARIFFIN berkata…
sungguh Cinta itu boleh membahagiakan dan menyakitkan...

CINTA ITU ANUGERAH ALLAH!
Adhie berkata…
Cinta...kalau cinta kerana Allah Insya Allah akan kekal abadi... Biarlah kita kecewa cinta di duniawi tapi tidak kecewa di akhirat kelak...Singgah sini acik
Unknown berkata…
cinta itu indah..tapi perih bila memulakan langkah..jadi..cintailah kerana Allah..(cuma pendapat..:D
Akupenghibur.com berkata…
wahh betul tu kak cik :) cinta kerana Allah adalah yg terbaik
Akupenghibur.com berkata…
betul tu kak in sha Allah
Akupenghibur.com berkata…
tepat sekali :) cinta itu anugerah terindah kurnianye yang beri makna dalam hidup ini
Akupenghibur.com berkata…
jadi bawalah cinta itu di jalan kebenarannye
Lieza Nordin berkata…
raih cinta Allah..insyaAllah kita akn dpt cinta org y mencintaiNya=)

saya prnh baca satu ayat..tapi kata mana entah... -----> urusan kita ialah mencari cintaNya, urusan Dia ialah memberi y terbaik utk kita...


sama2 peroleh redha dariNya ^_^
Zaza Iman berkata…
moga cinta yg terbina kerana ALLAH..amin =)
Aida Ismail berkata…
Tapi zaman sekarang ramai yang cinta kerana nafsu. Huhu~
cik jari manis berkata…
heppp! no comment...buta sikit bab cinta2 ni.. X_X hehe....
sitirohaida berkata…
kita diajdikan hidup berpasang pasangan..sebab tu diwujudkan perasaan cinta.Tapi cinta kepada Allah adalah cinta yang kekal
Unknown berkata…
Yup...setuju ngan acik. Kerana itu la sebaik-baik percintaan. Sekurang-krgnya masing leh saling mempringati. Perkahwinan adalah satu perkara utk tujuan dan matlamat tertentu, dan bukan utk suka2 sahaja.
el berkata…
sbb tu lau berkapel xyah nak kecewaq sgt..
dan jgn bersedih tgk org lain bercinta
sbbnya cinta padaNYA lagi kekal selamanya
Mizz Aiza berkata…
terima kasih acik.. cintakan manusia, dia akan mati.. tapi cintakan Allah kekal abadi..
Unknown berkata…
cinta yg lahir dari hati bukannya nafsu.... itu baru kebahagiaan sejati .....
Fais-SKA berkata…
cinta ni best =) tp skdr suka jelh he3..biasalh perasaan cinta 2 selalu je dtg..tp setakat suka je..xbrani nk bgthu =) hu3..
Unknown berkata…
betul tu bro...takde siapa yg boleh menjangkakan bila perasaan cinta tu dtg....dan sudah fitrah kejadian manusia juga yg diciptakan utk berpasang-pasangan....tapi apa2 pun yg penting mecari cinta yg diredhai Allah...