Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi dapat bernafas,macam mane hari nie ? alhamdulilah kalau bahagia dan sehat, kalau tidak jom cari ketenangan diri. Hari nie ada dapat pelbagai persoalan tentang cinta, cinta memang tak dapat di pisahkan dalam hidup kita walaupon bulan ramadhan.
Ahh ada juga yang bertanya dengan acik salah ke jatuh cinta ? abis macam mane kalau dah suka kat seorang perempuan tu ?
Pada acik memang tak salah nak jatuh cinta, itukan soal hati dan perasaan kamu tak siapa dapat halang. Itu perasan yang hadir dari hati kamukan. Janji cinta itu biarkan di letakkan pada yang betul dan mengikut landasan islam.
Kadang memang tak dapat nak halang seseorang itu untuk jatuh cinta dan tak dapat nak halang anak muda untuk bercinta. Yelah zaman sekarang inikisah cinta bermacam-macam, dan cinta bertahun tahun, katanya nak kenal cinta.
Ada yang kata, dah couple bertahun-tahun tapi tak kawin juga bagaimana tu?
Dah kawin perangai berubah ?
baru kenal dah kawin ?
macam mane pula tu ? jawabnya tentulah jodoh semua Allah dah aturkan siapa jodoh kita, dan sebagainya
Cinta yang terbaik adalah apabila kita mencintai seseorang itu yang membuatkan iman kita meningkat dan kita semakin rapat dengan Allah, senang kata membawa kebaikan
Dalam kata katanya ada nasihat yang berguna
Tegurnya penuh berhemah
Mengingati kamu soal solat, puasa dan sebagainya
Carilah seseorang itu yang mampu membawa cinta kamu kebahgian di dunia dan akhirat. Jangan cari yang suka pada pekara yang lagha seperti suka karaoke, lepak sampai pagi dan sebagainya.
Mencintai orang-orang beriman yang senantiasa taat kepada Allah, sangat
besar pahalanya. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah
SAW bersabda:
Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman, “Di mana
orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku
akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada
naungan kecuali naunganKu”
Diriwayatkan hadis dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:
Demi Allah, kalian tidak akan masuk syurga sehingga kalian beriman.
Tidak sempurna keimanan kalian sehingga kalian saling mencintai. Adakah
kalian mahu aku tunjukkan sesuatu, yang mana jika kalian melakukannya
nescaya kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara
kalian! (HR. Muslim).
Dalil yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah sabda Rasulullah SAW,
“Tidak sempurna keimanan kalian sehingga kalian saling mencintai”. Hadis
ini menunjukkan tentang besarnya pahala saling mencintai kerana Allah.
Jadi berubahlah cara cinta kerana Allah , sebab apa ?
Jika kita cinta kerana Allah cinta itu tak akan pernah berkurangan dan sentiasa bertambah , jika hilangnya cinta itu juga buatkan kita rasa redha untuk menerima kehilangan.Maka oleh itu jom kita muhasabah diri , dan letakkan cinta itu kerana Allah.
20 Ulasan
CINTA ITU ANUGERAH ALLAH!
saya prnh baca satu ayat..tapi kata mana entah... -----> urusan kita ialah mencari cintaNya, urusan Dia ialah memberi y terbaik utk kita...
sama2 peroleh redha dariNya ^_^
dan jgn bersedih tgk org lain bercinta
sbbnya cinta padaNYA lagi kekal selamanya