Ticker

6/recent/ticker-posts

Tips Kesihatan Dari Nabi Muhammad SAW

Tips Kesihatan Dari Nabi Muhammad SAW


Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat jua acik meluangkan masa seketika untuk kamu semua , ahh acik nak kongsikan yang simple tapi bemakna , acik baca di sebuah risalah

1. Nabi melarang umatnya minum berdiri. Ini kerana ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis dipanggil sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke pundi kencing, boleh menyebabkan penyakit batu karang.

2. Nabi juga melarang meniup air yg panas.. Logiknya kerana terdapat karbon dioksida (CO2) pada udara hembusan tersebut. Jika ditiup ke air maka CO2 itu akan larut didalam air akan menghasilkan cecair bersifat asid,H2CO3 (asam karbonat) yg menyebabkan penyakit jantung dan masaalah perut tidak selesa.

3. Nabi menggalakkan mandi sebelum waktu subuh kerana suhu air pada waktu tersebut dapat membantu membuang lemak-lemak degil dalam badan.

4. Nabi melarang makan diselang-seli dengan minum air kerana ia menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan berangin.

Sentiasa ada hikmah disebalik larangan dan suruhan Rasulullah SAW. Jadi ikutlah walaupun sedikit, kerana sedikit yangdilakukan secara beristiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari banyak tanpa istiqamah.
 

Catat Ulasan

24 Ulasan

Kak iman berkata…
betul2..setuju dgn acik.kenapa nabi melarang sebab ada hikmah bukan saja2.kdg2 benda yg kecik tapi kesan nya mesti besar
Adhie berkata…
biasanya perkara no 4 tu selalu saya buat... hurm patutlah selalu angin satu badan... good info
Lieza Nordin berkata…
huk3.. sy mmg xsuka minuman panas.. ahaks~ :) stiap perbuatan nabi mmg sbgai conth utk kita aplikasikan lam hidup kita :)
Tanpa Nama berkata…
sesungguhnya sunnah Rasulullah adalah yg terbaik untuk umatnya . jgn sesekali mempertikaikannya sbb nanti diri sendiri yg rugi ...
Unknown berkata…
info yang menarik ^_^, trima ksih perkongsian acik :)
Mizz Aiza berkata…
nice sharing acik.. setiap larangan tu ada hikmahnya kan.. amalkan tips sunnah nabi demi dapatkan badan yang sihat dan cergas..
Dzureen Darwis berkata…
Tang mandi sebelum Subuh tu belum dipraktikkan lah haha :p
norhasnizakhalid berkata…
apa yang nabi larang tu tersembunyi hikmah disebaliknya kan..
Unknown berkata…
nice sharing acik...
krole berkata…
thanks acik...point 3 dan 4 tu krole da tau...tp yang point pertama n kedua...serius ni, baru tau bla bca entri ni huhuhu. Bla mai sni msti dpt ilmu baru
Unknown berkata…
perkongsian yang baik dan bermanfaat...
terima kasih acik kerana mengingatkan..
Tanpa Nama berkata…
sharing is caring..info yang sangat bermanfaat...
BinMuhammad berkata…
Amalan yang biasa kita lakukan...berubahlah mengikut cara nabi kerana ianya bersebab dan terbaik.
Unknown berkata…
biasakan diri mengamal sunah nabi..:D
Zaza Iman berkata…
banyak juga yg zaza buat ni..thanks acik berkongsi perkara ni =)
Asyik Izas berkata…
Asyik selalu terbuat yg no.4 tu..huhu..pttlah badan byk angin..huhu.lps ni kena elakkan lah..
Unknown berkata…
perkongsian yg baik bro....betul tu yg penting istiqamah biarpun sedikit...
||aLeaSaRa|| berkata…
wah baguskan kalau kita ikut ni semua.yang minum berselang-seli tu..kak lea pun pernah share dengan kawan kat office.tu sebab ramai sekarang ni buncit..sepatutnya selepas makan dalam 5-10 min kemudian,baru minum.tapi tulah boleh ke kita he3..
Tetamu Istimewa berkata…
Alhamdulillah, ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.
Unknown berkata…
Dulu mmg ada yg buat..tp skrg dah patuhi semuanya.. alhamdulillah..
Unknown berkata…
yang Nabi ajar sume hok perfek dh kan. subhanallah :)
Fais-SKA berkata…
alhamdulillah nice sharing..in.shaa.Allah akan dipraktikkan =)
Unknown berkata…
nice info achik..... jom kita amalkan tip2 dari Rasullullah nie.....
Aida Ismail berkata…
Setuju. Apa yang Nabi larang mesti ada sebabnya. Nice tips. :)