Ticker

6/recent/ticker-posts

Adakah Melanggar Fitrah Apabila Lelaki Mengerjakan Urusan Rumahtangga ?


lelaki memasak

Assalamualaikum 

 Alhamdulilah dapat lagi kita hidup di muka bumi Allah yang sementara ini dan mari berselawat ke atas junjungan besar nabi muhammad saw. Hari ini saje nak buat entri yang simple dan malas nak sentuh soal iklan 8 share.  Pernah lihat lelaki buat kerja rumah ? maksudnya basuh pinggan ? lipat kain ? kemas rumah ? memasak ? 

Mungkin ada tanggapan itu mengatakan "lelaki lembut'" ada jiwa wanita sahaja yang akan lakukan seperti itu. Tanggapan itu salah sama sekali salah kerana ramai lelaki di luar sana di didik untuk mengutamakan kebersihan lagi-lagi bila ada rumah sendiri nanti. 

Adakah salah dan melanggar fitrah lelaki untuk berbuat demikian ? Dan secara tak langsung mengambil kerja wanita ?

Sebenarnya tidak melanggar fitrah pun , pada dasarnya lelaki perlu juga buat kerja tersebut lagi-lagi ketika mereka bujang dan duduk d rumah sewa pekara yang di perkatakan perlu di lakukan. Apabila sudah berumahtangga serahkan pada isteri tapi kita mesti membantu bersama-sama. Memang kalau ikutkan segala kerja rumah tangga di uruskan oleh lelaki tapi hasil toleransi kerana perubahan zaman di tambah dengan dengan adat maka tugas itu di ambil oleh wanita dan di bantu lelaki

Secara jujurnya, di keluarga acik, anak lelaki di ajar sedemikian rupa, di suruh basuh kain, di suruh lipat kain, memasak mahupun kemas rumah. Kami di didik untuk lakukan kerja tersebut dari kecil lagi. Kami lakukan secara bergilir-gilir. Kalau abang basuh kain, acik memasak, adik basuh pinggan. Mak selalu pesan " kami di suruh buat kerja ini bukan untuk mendera tetapi nanti bila ada isteri nanti senang bantu mereka buat kerja rumah tangga. Sedangkan Rasullulah sendiri seorang yang ringan tulang membantu isteri walaupun baginda adalah pemimpin masyarat., kewibawaan seorang bapa dan suami tidak dapat di tandingi.

Dari Aswad r.a, katanya : Saya bertanya kepada Aisyah r.anha, apa yang dilakukan Nabi saw dalam rumahtangganya. Ia berkata, “Beliau (Nabi saw) selalu mengerjakan urusan rumahtangga. Kalau masuk waktu solat, beliau pergi bersolat.” [1707] Sahih Bukhari

Saidatina Aisyah menceritakan, jika Nabi berada di rumah, Baginda selalu membantu. Setiap kali pulang ke rumah, apabila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum Baginda menyinsing lengan baju membantu isteri di dapur.

Baginda sendiri sering membantu isterinya dalam urusan rumah tangga jadi tak timbul masalah besar. Tak hilang tak "macho" seorang lelaki buat kerja rumahtangga. 

Lelaki melakukan hal demikian dengan tujuan untuk membantu para wanita, tetapi jangan pula para wanita mengambil kesempatan dalam kesenangan , semua kerja laki yang buat dia jadi madam besar. Maka lebih elok kalau lakukan bersama-sama. Bukankah lebih indah ? 

Jadi kepada lelaki di luar sana, selagi ada masa ini bahagiakan orang yang selalu ada untuk kamu. Kalau masih bujang cubalah buat hati ibu gembira berbanding hati "gegirls" kamu. Dan bagi lelaki dah berumahtangga itu bantulah semampu yang boleh pastikan isteri akan rasa lebih di hargai. 

Catat Ulasan

52 Ulasan

norhasnizakhalid berkata…
lagi bagus lelaki rajin buat kerja rumah.. tak salah lah pada mama, itukan tolong menolong namanye..
BinMuhammad berkata…
Betapa kolotnya jika ada yang masih berfikiran sempit sebegini. Belajarlah membezakan antara tanggungjawab dan tugasan...

"Kerjasama adalah rahsia kebahagiaan rumahtangga." Bin Muhammad
Cik Itah berkata…
tak salah pun bila lelaki buat kerja+ yang biasa perempuan buat , katalah la dlm adik beradik tu semua anak lelaki takkan la dorg xbole bantu ibu dorg buat kerja+ perempuan kan ..then dlm ruma tangga pula contoh la bini jatuh sakit ke tak larat buat kerja ruma so suami kena la tolong kan..kalau suami x tolong habis siapa pula nak buat huhu
Unknown berkata…
setuju sangat2 dengan entri ini bro..lekaki buat semua tu sebab dah dididik oleh emak dari kecil..untuk membantu meringankan beban..dapat pahala tolog mak ayah meringan kan beban..tak perlulah nak pandang sampai senget muka..heheh :)
Sukma berkata…
tak salah pun kalau lelaki tahu buat semua nie...akak pernah ajar anak lelaki akak lipat kain seawal 5 tahun dan iron baju sendiri se awal 9 tahun, sekarang dia lipat baju kemas dan cantik, lebih-lebih lagi dia dah masuk army mesti ler semua kena tahu.....
Unknown berkata…
bagus apa...dpt ringankan beban isteri kemas rumah kan...plus pahala lagi hm hmmm
Story Nadya berkata…
sama-sama saling tolong menolong dapat meringankan tugas :)
Tanpa Nama berkata…
atk salah..malah sangat bersyukur pasangan yang ringan tulang macam tu..
Chot berkata…
Dapat gewe rajin gini senang hati, nnt kalau tengah berpantang sakit kepala sgt fikir...gewe pndai jaga diri. :)
mselim3 berkata…
Assalammualikum...achik,

lelaki memang kena membantu wanita membuat kerja, kat kerja sama2 apa lah salah nyer... sama2 kan barulah harmoni rumahtangga kan...

mselim3
Maria Firdz berkata…
Masa bljr munakahat di universiti... Ustaz sy ckp.. Dlm hadis tugas isteri hnya layan suami je.. Yg kerja rumah tu tgjwb suami sbnrnya... Tapi adat kita..isteri menolong suami...tapi bila adat ni terpahat kekal... Org kata..kerja rumh tu kerja isteri... Salah sbnrnya.... So..kena bljr dan tahu..kerja rumah adalah tgjwb suami dan isteri hny mmbntu..
x salah lelaki mengerjakan urusan rumahtangga... tapi yang isteri pula janganlah ambil kesempatan... *_^
Nadia Johari berkata…
tak salah..lagi bagus ada lagi2 sudah berkhwin dapat membantu merngankan beban isteri
Tanpa Nama berkata…
tak salah pun acik..itu lagi bagus, tolong menolong tu kan penting dalam rumah tangga. lagi sweet bila husband pakai kain pelikat sambil masak..hahahahaha..macho tu...hihihi
Khir Khalid berkata…
Perkara ni klu lelaki dpt buat semua lagi bagus & lagi dihormati isteri & pasti bertambah disayang.. bertambah macho klu lelaki boleh buat semua tu termasuk tugas2 yg sedia ada.. B). Tp dlm rumahtangga masa kini, persefahaman mmg sgt perlu. Isteri biasanya lebih suka menggalas tugasan mcm tu.. Apa yg penting.. Kerjaaasamaa. :) Thanks sharing Acik.
Unknown berkata…
setuju dengan entry ni bro..kita laki2 ni sepatutnye tolong la sikit org pmpn dalam kerja2 cmni..jgn lepaskan semua kt dorg je..barulah dorg rasa lebih dihargai dan rumah tangga pon makin bahagia:)
shazillahsani.com berkata…
wahhh...best what dapat lelaki cam tue...barulah nama berat sama di pikul ringan sama dijinjing..^^
Unknown berkata…
Rasa bahagia bila suami membantu urusan dalam rumah..ringan beban..
Unknown berkata…
Rasanya perempuan lagi suka kot tengok laki tolong buat kerja rumah..sama-sama ringankan beban isteri, emak...
Unknown berkata…
tolong menolong amalan mulia. :D
krole berkata…
bg krole..tak salah pun lelak buat kerja2 rumah ni..lebih baik adalah...contohnya macam diri krole yang dah berkahwin ni...kesian juga kalo tngok isteri je basuh pinggan, basuh baju, masak dan lain2...sekali skala kena tolong juga...ringankan beban mereka..baru faham tugas mengurus hal rumahtangga ni sebtul2nya~
dina berkata…
Tak ramai lelaki macam tu . Tapi mesti ada jugak dalam dunia ni kan . Perempuan pulak tak semuanya rajin. Hehehe...

#selalu tengok depan mata. Mak je kerje sorang2 kat rumah :')
Mizz Aiza berkata…
betul tu acik, takkan hilangnya macho lelaki kalau tolong isteri.. kebanyakan wanita sekarang bekerja untuk menambah pendapatan bersama.. jadi apa salahnya suami membantu melakukan kerja-kerja yang ringan seperti mencuci pinggan selepas makanan dan menjemur baju yang telah dibasuh..
Fais-SKA berkata…
rasanya xde istilah lelaki lmbut utk tugasan mcm ni =) mmg mnjd perkara normal utk lelaki bujang..malah yg dh kwen pn..kenalah sling tlong menolong..suka tgok dak laki yg kemas dn pmbersih =)
Akupenghibur.com berkata…
betul tu tolong menolong amalan mulia :)
Akupenghibur.com berkata…
wah moto yang bagus :) tapi itulah masih ada pertikaikannya
Akupenghibur.com berkata…
betul tu , lelaki kena bantu isteri lagi2 seperti contoh yang diberikan
Akupenghibur.com berkata…
haha bagus anak lanang nie :) pandang sampai senget .. siapa tu ?
Akupenghibur.com berkata…
alhamdulilah , cara didik anak yang baik :)
Akupenghibur.com berkata…
yup :) dapat eratkan hubungan lagi :)
Akupenghibur.com berkata…
etul tu , tolong menolong amalan mulia
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) bertuahkan :)
Akupenghibur.com berkata…
hahahah betul tu , so carilah yang mampu sama2 membantu
Akupenghibur.com berkata…
walaikumusalam betul tu buat sama-sama kan best :) lebih tambah ceria kan
Akupenghibur.com berkata…
betul tu kak maria ,setuju dengan akak
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) heehehe
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) sangat bagus kalau membantu beban isteri
Akupenghibur.com berkata…
hahaha macho kan :) kan
Akupenghibur.com berkata…
absolutely agree, apa yang penting kerjasama :)
Akupenghibur.com berkata…
betul tu , ini salah satu cara untuk merapatkan hubungan suami isteri
Akupenghibur.com berkata…
hahahaha :) bestkan
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) mesti si isteri happy macam mieza
Akupenghibur.com berkata…
yup kadang lelaki je malas
Akupenghibur.com berkata…
wahh suami mithali krole nie ... bagus betul
Akupenghibur.com berkata…
kadang tak mahu tunjuk sangat, kalau ada mak mesti mak yang nak buat kerja
Akupenghibur.com berkata…
setuju ,sama-sama berkerjaya jadi sama-sama membantu :) terbaik
Akupenghibur.com berkata…
yup ,ada lelaki tu seluar jin tu 3 hari tak basuh pon tak pe
||aLeaSaRa|| berkata…
hubby kak lea dari awal kahwin sampai la ni memang ringan tulang.dia tak buat dua benda je..lipat baju dan mop lantai he3...

masa berpantang pun hubby mandikan dua baby kembar dan dia masak lauk masa pantang(mak mertua ajarkan).sekarang,kak lea didik dua2 anak lelaki termasuk sorang anak pompuan,buat kerja rumah.ada yang basuh pinggan,kemas tilam,masukkan baju yg kak lea lipat,dalam almari.kak lea terangkan kenapa mesti diorang belajar bekerjasama supaya diorang reti berdikari kalau satu hari nanti duduk asrama ke..atau kak lea tak sihat ke..boleh diorang tolong...kan..kan..

sekarang gadis2 yang nak cari bakal suami idaman....kena letak dalam list - lelaki yang ringan tulang bukan ringan' tangan & kaki'
Yaya Mohd berkata…
untungla wife lau dpt hsband yg ringan tulang ni..
^_^
Unknown berkata…
Hehe sweet je kalau dpt hsbnd rjin mcm ni..
Tanpa Nama berkata…
Kata ustaz....sepatutnya kerja rm tu suami yg kena buat,sbb itu tanggungjwb suami utk bg kesenangan pd isteri...tp tak syiok la kalau suruh suami buat kerja rmh tp isteri duduk je tgk..dah la suami keluar bekerja utk cari nafkah....