Assalamualaikum
Alhamdulilah pejam celik mata ini cepat betul masa berlalu dah usia tahun ke 2 domain akupenghibur.com. Semenjak tukar ke url tersebut blog acik alhamdulilah di terima dan menjadi perhatian. Dulunya acik hanya menguna nama url blog yang agak susah di cari. Dalam diam blog acik telah masuk Tahun ke 5 usianya. Tak sangka dah 5 tahun acik berblog tapi masih jauh lagi perjalanan hidup blog ini dan insyaAllah akan di teruskan selagi termampu.
Acik nak ucapkan ribuan terima kasih blogger-blogger yang banyak sangat membantu di awal pembabitan acik di dunia blog. Apabila saat pertama menaip di blog ini yang banyak di kisahkan tentang kisah cinta zaman sekolah. Cewahh cerita tentang "dia" sahaja , apabila baca balik entry lama memang kelakar. Tapi acik dah jadikan draft , malu kalau orang baca entry yang lama.
Dulunya seminggu sekali entri di terbitkan ,kadang sebulan sekali. Sehinggalah kini setiap hari mesti terbitkan sekurangnya 1 entry. Telah banyak peristiwa yang menarik sama ada pahit mahupon manis acik lalui di saat jadi blogger di mana acik pernah di ancam bunuh (click sini). Dan beberapa kali mahu rehat dalam menjadi blogger. Tapi hasil semangat rakan-rakan acik jadi cekal dan terima ini sebagai ujian untuk diri ini.
Dulu tak ada yang sudi baca entri acik, nak dapat pageview atas 100 ke atas pon susah. Alhamdulilah rakan-rakan blogger banyak membantu acik. Secara jujurnya saat pertama acik menjadi seorang blogger itu acik tak pernah mahu kejar pada populariti, tak pernah kejar mahukan duit tapi yang hanya acik mahukan adalah kepuasan dalam berblog, mencerita pengalaman peribadi dan kisah orang di sekeliling acik.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu , begitulah ironinya kehidupan ini. Acik pon tak sangka menjadi blog acik mendapat perhatian dari pihak media mahupun rakan-rakan blogger yang mula menyedari blog aku penghibur. Dulunya acik tak tahu langsung SEO dan apa-apa tetang blog. Semuanya acik edit simple yang mungkin.
Alhamdulilah ini carian untuk semalam untuk blog aku penghibur. Tak sangka ada yang sudi bertandang dan mencari acik di carian google dan yahoo. Acik bukan mahu mendabik dada tapi ini adalah sedikit tentang kisah acik jadi blogger. Teguran dan kritikan kamu semua acik perlukan untuk baiki diri ini dan blog ini. JIka ada boleh bagitahu. Dan acik minta maaf jika ada entri acik buatkan kamu tak senang dan ada terasa hati.Kita sendiri tahu kita ada kekurangan. Tugas kita bukan menilai kekurangan orang lain tapi memperbaiki kekurangan diri sendiri.
Ya Allah jauhkan aku dari perasaan riak dan ujub., janganlah jadikan semua ini alasan untuk aku jauh darimu dan hilang jati diriku. Ku menaip di blog ini hanya ingin mencari keredhaanmu dan istiqamah untuk selalu di landasanmu.Kuatkan hati ini dan murahkan rezeki serta berikan kebahgian kepada mereka yang membantuku , menjadi rakan blogger ku serta yang sudi membaca di blog tak seberapa ini. Wasalam
48 Ulasan
Tahniah acik..5 tahun bukanlah jangka masa pendek. Biarpun dalam tempoh itu ada turun naiknya..
Ya betul..setiap kita ada lebih dan ada kurangnya.. Berblog ni, kita kena banyak muhasabah diri sebenarnya. Ini peluang untuk kita perbaiki diri. Biar sikit2, tpi ada perubahan kearah yg lebih baik.
InsyaAllah, lama2 benda lain,perkara2 lain akan dtg ikut kita..rezeki, kawan2, dsbgnya.