Assalamualaikum
Alhamdulilah kita sudah berada di hari raya ke 2, seronok apabila dapat berkumpul dengan keluarga dan sanak saudara. Ramai orang yang datang beraya di hari pertama dan kedua. Acik panjatkan syukur kerana Allah masih lagi beri kesempatan untuk acik hidup di dunia ini. Dalam hidup ini setiap orang yang acik jumpa sama ada di alam maya dan alam realiti memberi pengalaman yang berharga dan memberi pengajaran yang berguna serta buat diri ini sentiasa bermuhasabah diri.
Tadi sedang melepak di rumah ,tiba-tiba acik dapat mesej di fan page acik, terkejut juga yelah raya-raya ada juga hantar mesej.
Penghantar mesej : Assalamualaikum acik, minta maaf gangu hari raya nie. Kak siti dah tak tahan lagi acik kenapa ye orang nie suka sekarang nie suka sangat mengumpat mengata!! cerita orang lain habis di canang sana sini !!! keluarga akak nie di buruk-burukkan dan semua di mata mereka teruk. Mereka kata akak nie perempuan jalang sebab banyak lelaki dan tolak pinangan anak dia, dia tuduh akak macam-macam. Paling sedih dia tu Pak cik akak sendiri. Emmm akak dengar sendiri masa dia berbual dengan sedara masa berkumpul. Baru pagi raya saling bermaafan tapi lepas tu abis kami di kutuk dan di malukan.Apa naseb akak nie, sedihlah cik :(
Lelaki mengumpat ? aduhh teruknya,jangan bikin malu wahai kaumku. Emm kak mulut orang tak boleh nak tutup kak, mengumpat adalah asam garam dalam masyarakat nie , ada aje di mata mereka ini tak betul, mereka saje yang baik dan hebat. Tahu tak Ghibah (mengumpat) adalah salah satu perbuatan
yang tercela dan memiliki kesan negatif yang cukup besar. Ghibah dapat
mencerai-beraikan ikatan kasih sayang dan ukhuwah sesama manusia.
Seseorang yang berbuat ghibah bererti dia telah menebarkan kedengkian
dan kejahatan dalam masyarakat. Walaupun telah jelas besarnya bahaya
ghibah, tapi masih banyak saja orang yang melakukannya dan menganggap
remeh bahaya ghibah.
Ghibah dapat kita lihat dalam hadits Rasulullah yang berikut:
“Ghibah ialah engkau menceritakan saudaramu tentang sesuatu yang ia benci.” Si penanya kembali bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapatmu bila apa yang diceritakan itu benar ada padanya ?” Rasulullah menjawab, “kalau memang benar ada padanya, itu ghibah namanya. Jika tidak benar, bererti engkau telah berbuat buhtan (mengada-ada).” (HR. Muslim, Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad).
Orang sekarang nie pelik sikit ,selalu cakap macam begini :
1." Aku bukan nak mengata .. tapi kau tahu tak dia tu ..... "
2." Aku bukan nak mengata tapi ini cerita benar , dia kan ...."
3. " Aku nie cakap salah tapi tak cakap pon salah , tapi ko nak tahu tak ..."
Apa pon bunyinya ia tetap mengata, ahh seperti kalau kita nak tahu tentang sesuatu rahsia pada seseorang.
“Ini rahsia tau! Jangan beritahu orang
lain!” “Rahsia” itu pasti akan sampai ke telinga beberapa orang lain.
Apakah itu rahsia?
Ingat kita banyak lakukan dosa dalam hidup ini melalui mulut, Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara
dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar
bertaubat.
Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.
Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.
Ada petua untuk mengelakkan megumpat
Ibnu Abbas pernah berpesan -
1. Jikalau engkau hendak
menyebut-nyebut cela orang lain, maka cubalah dahulu engkau
ingat-ingatkan dan sebut-sebutkan cela-cela yang ada dalam dirimu
sendiri
2. Menginsafi benar akan akibatnya yakni kemurkaan
Allah S.W.T; seksa orang yang mengumpat dan takut ancaman-ancaman yang
akan dihadapkan pada dirinya.
3. Sibukkan diri mengubati
kekurangan diri supaya kelemahan dan kekurangan tersebut tidak diumpati.
Oleh itu tidaklah sibuk hendak mengubati cela orang lain. Sabda
Rasullah S.A.W,:
“Berbahagialah seseorang yang disibukkan oleh celanya sendiri daripada melihat-melihat cela orang lain.”
4.
Ubat yang paling mujarab ialah kekuatan keimanan dalam jiwa kerana
kekukuhan iman ini sajalah yang akan dapat menghindarkan dari segala
ucapan buruk.
Jadi muhasabah diri, tengok diri kita, adakah kita bagus sangat ke ? Tak dapat apa pon kalau kita duk mengata tentang orang lain. Tahu tak dalam diam kita dah tunjukkkan imej buruk kita pada orang lain. Oklah menaip di guna handphone nie memang susahlah. lain kali kita taip lebih panjang sikit.Wasalam
16 Ulasan
semoga kita muhasabah diri setiap hari..
thanks atas perkongsiannya ini ^_^
Apapun..elakkan diri dr mengumpat..tak puas hati..cakap depan2..kan senang... dosa pun tak dpt...boleh puas hati lagi...sbb dah ckp terus terang...kan...
Hurmmm...