Assalamualaikum
Alhamdulilah syukur kerana masih lagi dapat hidup di bumi Allah sementara ini dan jom berselawat ke atas nabi junjungan besar nabi muhammad saw. Hari ahad ini penuh dengan rumah terbuka, sungguh penat ke hulu ke hilir. Maaf tak sempat datang semua tempat yang ajak, hanya beberapa sahaja yang dapat acik pergi.Dalam hidup kita ini, orang yang paling penting adalah kedua ibu bapa kita. Merekalah tempat kita bergantung hidup, berkasih sayang dan menjadi rujukan jika kita ada masalah. Mereka akan selalu ada untuk kita. Mereka yang menjaga kita dari kecil hingga ke besar.
Dalam hidup kamu, kamu paling rapat dengan siapa ?Adakah dengan mak atau ayah ?
Ada satu kenyataan yang di katakan bahawa anak lelaki lebih rapat dengan ibunyaManakala anak perempuan pula rapat dengan bapanya.Betul ke ? ataupon kamu rapat kepada kedua-duanya ?
Kenyataan itu tak timbulkan apa-apa masalah pun kerananya semuanya adalah mengikut keselesaan anak dan keakraban anak tersebut masa kita tinggal bersama dengan mereka (Masa kita bujang)
bagaimana pula tanggungjawab kalau lelaki dan perempuan itu kalau dah kawin ?
Apabila
seorang lelaki Muslim berkahwin ia bertanggungjawab memberi nafkah dan
segala keperluan kepada isterinya. Samaada nafkah zahir dan batin dan
asas pendidikan Islam. Dengan kadar keperluan mengikut kemampuan suami.
Bila dah ada anak-anak maka tanggungjawabnya akan bertambah kerana
telah menjadi ayah untuk menyara segala keperluan nafkah dan pendidikan
anak-anaknya pula.
Walaubagaimana pun ia telah memiliki
keluarganya sendiri tetapi tanggungjawab kepada kedua ibu bapanya tidak
boleh diabaikan kerana ia masih terikat dengan tanggungjawab tersebut.
Dalam Hadith Sahih Bukhari, seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. maksudnya :
“Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan
Nabi?”Jawab Nabi “Ibu kamu”“Selepas itu?”- “Ibu kamu”“Selepas itu?”-
“Ibu kamu”Kali ke 4 lelaki itu bertanya, “Selepas itu?”Jawab Nabi “Ayah
kamu”
Ahh Tengoklah betapa tingginya nilai ibu di dalam Islam.
Seorang ibu tidak ada apa cara sekalipun dapat kita membalasnya. Seorang
lelaki datang kepada Sayyidian Umar al-Khattab r.a dan berkata, "Saya
telah mendokong ibu saya sepanjang tawaf dan haji, sudahkah saya dapat
membalas jasa ibu." Jawab Umar r.a., " Kamu belum dapat membalas jasa
ibumu walaupun setitis air mata ibumu semasa melahirkanmu."
Manakala untuk seorang
wanita apabila telah berkahwin, segala tanggungan dirinya adalah adalah
dibawah tanggungan suaminya. Amanah ini terlah diserahkan oleh bapa
wanita tadi kepada suaminya.
Bagaimana pandangan Islam kedudukan wanita tersebuat terhadap ibu bapanya?
Islam amat menitik beratkan soal silaturahim, perhubungan sebagai anak
dan ibu bapa perlu diteruskan seperti biasa. Wanita kena mentaati
suaminya dan diberi keutamaan daripada arahan ibu bapanya kerana
tanggungjawab dan ketaatan isteri perlu diberikan kepada suaminya.
Walaubagaimana pun Islam melarang suami berlaku tidak adil kepada
isterinya jika ada sesuatu keperluan ia ingin membantu ibu bapanya yang
susah dan memerlukan bantuan.
Pihak suami perlu ingat bahawa
setelah ia mengawini wanita tersebut ibu bapa mertuanya adalah telah
menjadi mahramnya dan sama taraf dengan ibu bapanya sendiri. Perlulah
diberi kasih sayang dan segala keperluan dan hajat mereka berdua jika
mereka terdiri daripada orang miskin perlulah diberi bantuan .
Dalam
Islam, lelaki adalah ketua keluarga, sebab itulah anak lelaki diberikan
lebih tanggungjawab untuk menyara orang tua nya walaupun selepas
berkahwin jika dibandingkan dengan perempuan yang kurang
tanggungjawabnya untuk berbuat demikian selepas berumah tangga.
Di
zaman sekarang telah berubah, semua perempuan telah berkerjaya,
seharusnya kedua-duanya anak lelaki dan perempuan sama-sama membantu
untuk menyara kedua ibu bapa mereka yang telah tua sebagaimana kedua ibu
dan bapa telah menyara mereka semuanya. Jadi tidak menjadi masalah marilah kita balas jasa mereka dan membahagiakan mereka selagi mereka hidup. Kepada ibu bapa yang telah tiada, maka selalulah mendoakan mereka kerana anak doa anak soleh dan solehah di perlukan.
38 Ulasan
rasanye mcm dua2x.. ibu dgn ayah..
Tp pape hal eiqa selalu discuss dgn ibu, hoohoo
Kadang2x dgn ayah.. :)
Saya rapat dengan kedua2nya acik.. bezanya topik yg dibicarakan :)
Seperti yang tertera pda gmbr tu kan, turutan kewajipan sbg anak perempuan. Sebab skrg ni tak kahwin lagi, waktu2 camnila berbakti lebih pda org tua, manja pun lebih,keh3
nak bertanya dan memberitahu :) inilah entri acik yang kadang kala mengikut sesuka hati.
yup berbaktilah selagi termampu
sebab terlalu dekat kak lea jaranglah singgah,tapi husband pulak risau..dia pulak suruh jengok family he3...
Sebabnya....itu tanggungjawab anak lelaki......
Boleh ke???