Ticker

6/recent/ticker-posts

Bagaimana Tanggungjawab Anak Lelaki Dan Perempuan Selepas Berkahwin ?

Tanggungjawab anak lelaki dan perempuan


Assalamualaikum 


Alhamdulilah syukur kerana masih lagi dapat hidup di bumi Allah sementara ini dan jom berselawat ke atas nabi junjungan besar nabi muhammad saw. Hari ahad ini penuh dengan rumah terbuka, sungguh penat ke hulu ke hilir. Maaf tak sempat datang semua tempat yang ajak, hanya beberapa sahaja yang dapat acik pergi.Dalam hidup kita ini, orang yang paling penting adalah kedua ibu bapa kita. Merekalah tempat kita bergantung hidup, berkasih sayang dan menjadi rujukan jika kita ada masalah. Mereka akan selalu ada untuk kita. Mereka yang menjaga kita dari kecil hingga ke besar. 

Dalam hidup kamu, kamu paling rapat dengan siapa ?Adakah dengan mak atau ayah ? 

Ada satu kenyataan yang di katakan bahawa anak lelaki lebih rapat dengan ibunyaManakala anak perempuan pula rapat dengan bapanya.Betul ke ? ataupon kamu rapat kepada kedua-duanya ?

Kenyataan itu tak timbulkan apa-apa masalah pun kerananya semuanya adalah mengikut keselesaan anak  dan keakraban anak tersebut masa kita tinggal bersama dengan mereka (Masa kita bujang)

bagaimana pula tanggungjawab kalau lelaki dan perempuan itu kalau dah kawin ? 
Apabila seorang lelaki Muslim berkahwin ia bertanggungjawab memberi nafkah dan segala keperluan kepada isterinya. Samaada nafkah zahir dan batin dan asas pendidikan Islam. Dengan kadar keperluan mengikut kemampuan suami. Bila dah ada anak-anak maka tanggungjawabnya akan bertambah kerana telah menjadi ayah untuk menyara segala keperluan nafkah dan pendidikan anak-anaknya pula.

Walaubagaimana pun ia telah memiliki keluarganya sendiri tetapi tanggungjawab kepada kedua ibu bapanya tidak boleh diabaikan kerana ia masih terikat dengan tanggungjawab tersebut.

Dalam Hadith Sahih Bukhari, seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. maksudnya :
“Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?”Jawab Nabi “Ibu kamu”“Selepas itu?”- “Ibu kamu”“Selepas itu?”- “Ibu kamu”Kali ke 4 lelaki itu bertanya, “Selepas itu?”Jawab Nabi “Ayah kamu”
Ahh Tengoklah  betapa tingginya nilai ibu di dalam Islam. Seorang ibu tidak ada apa cara sekalipun dapat kita membalasnya. Seorang lelaki datang kepada Sayyidian Umar al-Khattab r.a dan berkata, "Saya telah mendokong ibu saya sepanjang tawaf dan haji, sudahkah saya dapat membalas jasa ibu." Jawab Umar r.a., " Kamu belum dapat membalas jasa ibumu walaupun setitis air mata ibumu semasa melahirkanmu."
Manakala untuk seorang wanita apabila telah berkahwin, segala tanggungan dirinya adalah adalah dibawah tanggungan suaminya. Amanah ini terlah diserahkan oleh bapa wanita tadi kepada suaminya.

Bagaimana pandangan Islam kedudukan wanita tersebuat terhadap ibu bapanya?

Islam amat menitik beratkan soal silaturahim, perhubungan sebagai anak dan ibu bapa perlu diteruskan seperti biasa. Wanita kena mentaati suaminya dan diberi keutamaan daripada arahan ibu bapanya kerana tanggungjawab dan ketaatan isteri perlu diberikan kepada suaminya. Walaubagaimana pun Islam melarang suami berlaku tidak adil kepada isterinya jika ada sesuatu keperluan ia ingin membantu ibu bapanya yang susah dan memerlukan bantuan.

Pihak suami perlu ingat bahawa setelah ia mengawini wanita tersebut ibu bapa mertuanya adalah telah menjadi mahramnya dan sama taraf dengan ibu bapanya sendiri. Perlulah diberi kasih sayang dan segala keperluan dan hajat mereka berdua jika mereka terdiri daripada orang miskin perlulah diberi bantuan .
Dalam Islam, lelaki adalah ketua keluarga, sebab itulah anak lelaki diberikan lebih tanggungjawab untuk menyara orang tua nya walaupun selepas berkahwin jika dibandingkan dengan perempuan yang kurang tanggungjawabnya untuk berbuat demikian selepas berumah tangga.
Di zaman sekarang telah berubah, semua perempuan telah berkerjaya, seharusnya kedua-duanya anak lelaki dan perempuan sama-sama membantu untuk menyara kedua ibu bapa mereka yang telah tua sebagaimana kedua ibu dan bapa telah menyara mereka semuanya. Jadi tidak menjadi masalah marilah kita balas jasa mereka dan membahagiakan mereka selagi mereka hidup. Kepada ibu bapa yang telah tiada, maka selalulah mendoakan mereka kerana anak doa anak soleh dan solehah di perlukan.

Catat Ulasan

38 Ulasan

Fais-SKA berkata…
Alhamdulillah nice sharing acik =) sy lebih rapat dgn mak..sbb ayah jrang ada bersama..tp ttp rapat hbgan ahli keluarga..besar tggjawab lelaki ni bila dah kahwin..keutamaannya ttp pada ibu..harap psangan berkahwin skrg xdelah tersa hati kalau suami lebihkn ibunya..bnyak crita kt tv psal ni..last2 abaikn ibu..
Unknown berkata…
betul tu..setuju dengan entri ini..:)
Tanpa Nama berkata…
betul tu..kathy berdoa agar pasangan2 yang telah berkahwin tidak melupakan tanggung jawab pada ibu bapa mereka.ingatlah,tanpa mereka kita tiada di dunia ini..
Zaza Iman berkata…
insyaallah moga2 lepas khwin pun kita xlupa tanggungjawab kita.. =)
Story Nadya berkata…
thankyu sharing dekat sini. kadang2 kita lupa tanggungjawab kita. Nad pun nnty akan ada tanggungjawab sebegini. :)
Tetamu Istimewa berkata…
Terima kasih perkongsian dan peringatan ini. Sesungguhnya syurga di bawah tapak kaki ibu.
norhasnizakhalid berkata…
betul tu acik, terima kasih atas ingatan.. kadang-kadang terlupa jugak.. hihi
Unknown berkata…
tanggungjawab kita besar. laksanakan dengan ikhlas :)
Akupenghibur.com berkata…
alhamdulilah, semoga kita sama-sama tahu tanggungjawab kita bila dah kawin :) lebihkan sikit keluarga tak apa
Kak iman berkata…
lelaki besar tanggunjwb nya..kdg2 takut tergelincir tapi isteri kena mengingtkan si suami
Khir Khalid berkata…
Besar tanggungjawabnya, tp besar juga pahala kurnianya kalau dilaksanakan dgn ikhlas. Entri yg sgt baik Acik, buat peringatan diri.
Akupenghibur.com berkata…
betul tu, kita kawin tapi tanggungjawab kita untuk ibu bapa perlu di laksanakan ,jangan abaikan mereka
Akupenghibur.com berkata…
alhamdulilah terima kasih kerana setuju :)
Akupenghibur.com berkata…
amin mudah-mudahan ,semoga mereka tidak melupakan tanggungjawab mereka sebagai anak
Akupenghibur.com berkata…
amin mudah mudahan :) semoga kita dapat laksanakan tanggungjawab
Akupenghibur.com berkata…
itulah , acik pon sama ,semoga kita dapat laksanakan tanggungjawab yang baik
Unknown berkata…
perkongsian ilmu yg sangat bagus ni acik..sama-samalah kita saling beringat kan :)
Akupenghibur.com berkata…
sama-sama , betul tu syuga di bawah tapak kaki ibu :0
Akupenghibur.com berkata…
sama-sama kita ingatkan diri kita, untuk peringatan acik juga :)
Akupenghibur.com berkata…
betul tu ,sebenarnya tanggungjawab kita memang besar, maka kita harus laksanakannya
Akupenghibur.com berkata…
betul tu isteri kena ingatkan suami bukan menjadi batu api untuk jarak hubunga ibu bapa dengan anak
Akupenghibur.com berkata…
betul tu kalau kita ikhlas maka pahala yang besar untuk kita
Akupenghibur.com berkata…
untuk peringatan bersama :)
krole berkata…
Alhamdulillah cam krole..krole rapat kepada kedua2 orang tua krole dan begitu juga mertua...seronok baca entri ni...peringatan untuk bersama...InsyaAllah tanggungjawab sebagai ketua keluarga tu akan sentiasa diingat dan ditunaikan~
Eiqa Almond berkata…
eiqa rapat dgn hmm hmm..
rasanye mcm dua2x.. ibu dgn ayah..
Tp pape hal eiqa selalu discuss dgn ibu, hoohoo
Kadang2x dgn ayah.. :)
Tinta Lana berkata…
Assalamualaikum.

Saya rapat dengan kedua2nya acik.. bezanya topik yg dibicarakan :)

Seperti yang tertera pda gmbr tu kan, turutan kewajipan sbg anak perempuan. Sebab skrg ni tak kahwin lagi, waktu2 camnila berbakti lebih pda org tua, manja pun lebih,keh3
Akupenghibur.com berkata…
alhamdulilah anak yang bagus dan menantu yang bagus :)
Akupenghibur.com berkata…
bagusnya , kalau acik rapat dengan mak :)
Akupenghibur.com berkata…
walaikumusalam ,

nak bertanya dan memberitahu :) inilah entri acik yang kadang kala mengikut sesuka hati.

yup berbaktilah selagi termampu
Mizz Aiza berkata…
akak hanya ada mak sekarang ni, ayah dah lama meninggal dunia.. sebelum berkahwin ni memang tumpuan sepenuhnya kepada mak akak.. semoga jika dah berkahwin nanti bakal suami akak juga dapat menerima mak akak..
Unknown berkata…
Sayangnya Acik, ramai anak lelaki skrg suka abaikan ibu. Walaupun mereka tau tanggungjawab tu tapi mereka selalu buat2 lupa bila dah ada keluarga sendiri. Harap2 mereka bnykkan membaca dan lebihkan mendalami agama.
Unknown berkata…
Sebagai anak perempuan, walaupun tak bekerja sy masih lg meminta izin suami utk membantu keluarga.. supaya mereka tidak lg bekerja penat utk sara hidup..sekadar mengisi masa terluang je..
Maria Firdz berkata…
Walaupun khwin tetap x lepas tgjwb sbg anak kpd ibu bapa...cuma kna tahu yg mana perlu didahulukan...
||aLeaSaRa|| berkata…
kak lea syukur sangat dapat suami yang memahami.tak marah kalau nak jumpa parents kak lea.tambahan lagi duduk dekat je.satu family mak kandung dan satu lagi family abah kandung.bayangkan walaupun diorang dah bercerai dan ada family sendiri,tapi duduk dekat2 je ngan kak lea.

sebab terlalu dekat kak lea jaranglah singgah,tapi husband pulak risau..dia pulak suruh jengok family he3...
Addasyuhadadisini berkata…
adda rapat dengan mama..susah atausenang memang mama la tempat brkongsi..:))
Tanpa Nama berkata…
Ibumu..ibumu..ibumu...kemudian brlah bapamu....ini utk anak lelaki...tp x ramai perempuan yg blh faham tentang ini,bila berkahwin,mereka nak suami lebihkan mereka dr ibu mertua...pdhal syurga anak lelaki itu tetap di bwh tpk kaki ibu dn syurga isteri itu terletak di bwh tapak kaki suami,kalau suami itu tak mendpt syurga dr ibunya..bagaimana si isteri nak dptkan syurga dr si suami....wallahualam.....
bob451 berkata…
Ada pulak isteri yang bila baca entri ni, langsung tak ambil tahu lagi ttg ibunya.....semua dia serahkan pada abg2nya.....melawat ibu pun tidak, apa lagi menghulur nafkah....

Sebabnya....itu tanggungjawab anak lelaki......

Boleh ke???
Unknown berkata…
copy paste dr blog mujahideenkekasihallah.blogspot.com ke ? isinya 100% sama, cuma isi di blog ini tidak selengkap di blog mujahideenkekasihallah.blogspot.com . blog mujahideenkekasihallah.blogspot.com publish thun 2011, ni 2013 kn ? ish