Assalamualaikum
Alhamdulilah dapat lagi kita bersama-sama di hari yang gembira. Excited nak sambut beraya tinggal beberapa hari je lagi. Sedihnya nak tinggalkan bulan ramadhan yang penuh berkah ini. Seonok bila adik beradik ada di rumah berkumpul ramai-ramai dan buat kerja sama-sama. Paling seronok berbuka ramai-ramai. Saat begini sukar untuk dapatkan ,tak perlu berbuka di tempat yang mewah dan di hotel cukuplah di rumah makan masakan ibu yang tercinta.
Tadi di facebook ada yang memberikan penyataan seperti ini
" susahnya jadi perempuan nie, semuanya kena kawal ,semuanya kena jadi baik .. kena bercakap dengan sopan, ketawa tak boleh kuat-kuat dan macam-macam lagi.. face up ler ..
Sebelum tu pernah dengar tak lagu wanita nyanyian de hearty ?
ini liriknya
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
26 Ulasan
mereka yang tak mendalami dan menghayati alasan sebenar jadi perempuan memang akan berasa tidak bersyukurdan merasa tak bebas..
yaya pun suka lagu ni..
lagu ni selalu jd pembakar semangat yaya
Kekadang benda senang nak dapat pahala ni jugalah orang taknak buat. Orang lebih cenderong membuat dosa.. ermmm ..
utk yg cakap jadi perempuan ni kena kawal itu dan ini, ada betulnya jugak tu...mungkin dia rasa susah utk berpura2 padahal hati penuh perasaan yg meluap2 utk buat perkara yg dimaksudkan di atas....kalau dah tak tahan sgt, elok takyah pura2...silakan gelak je terbahak2....cuma satu je, dia kena terima lah kalau tetiba ada pulak org yg sekeh kepala dia sebab taknak berpura2 tahan menengok kelakuan dia yg "manis sgt" tu... :P
PS: tak pasti lah ada yg paham ataupun tidak dgn ayat berbelit2 di atas....haha
semua niat kerana Allah :)
kita kena bersyukur apa adanya ..
selamat hari raya :)
#seronok Acik nak beraya... mohon maaf dan salam aidilfitri kalau ada kata atau komen yang menyinggung perasaan..selamat hari raya#