Assalamualaikum
Alhamdulilah dapat kita bersama lagi, jom mulakan hari-hari dengan zikir dan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad Saw.Masa bercinta semuanya nampak indah, kita hanya nampak di seorang saje dalam hidup kita. Tak kisah berapa banyak duit yang kita habiskan untuk pastikan dapat dengar suara dia dan dapat lihat dia. Itulah cinta yang zaman dulu hingga kini. Yang tak pernah jemu dek masa hanya untuk orang yang tersayang. Tapi ketika putus cinta dan di tinggalkan cinta mula maki hamun dan berungkit pada si dia.
Ahhh kalau tengok pula di arus media iaitu media elektronik pula di tunjuk cinta yang di ukur berdasarkan barat. Tengoklah movie cinta melayu dah mula ada unsur-unsur barat, berpelukkan , pegang sana sini tanpa rasa malu. Dan itulah yang menjadi "trend" dan menjadi ikutan anak muda sekarang.
Orang kata cinta perlukan pergorbanan ?
Tentu sekali, pergorbanan menahan nafsu diri bagi jarang bertemu dengannya,. Tahan agar duit tak di habiskan dan boros untuk beli yang bukan-bukan, lebih elok kalau simpan untuk kumpul duit hantaran. Berjaga malam untuk buat doa taubat dan doa istikarah .Ahh macam-macam lagi perlu di korbankan.
Ahh tengoklah anak muda sekarang, kalau bercinta mesti nak pegang-pengang, berpelukkan, cium-cium dan lain-lain untuk tunjukkan bukti cinta. Bila dah dapat madu habis sepah di buang.
Wahai adamku, marilah kita muhasabah diri , perempuan itu di ciptakan untuk kita bukan untuk mempermainkan perasaan mereka. Bukan di ciptakan untuk kita rosak akhlaknya dan bukan juga untuk di sakiti.
Didiklah diri kita untuk cintailah seseorang perempuan untuk diperisterikan bukan untuk dijadikan
bahan cubaan dalam percintaan yang palsu lagi bernafsu.
Ingat nasihat ustaz azhar indrus ini :)
23 Ulasan
hawa dijadikan dari tulang rusuk adam untuk dikasihi dan di lindungi. maka jagalah amanah allah itu dengan sebaiknya. begitu juga dengan hawa, cintailah adam dengan kesetiaan moga allah sentiasa merahmati hubungan itu.
Kalau manusia buat perangai macam ayam asyik berzina je kerjanya, habis rosak generasi. Mangsanya perempuan jugak bila dah termengandung anak zina. Last-last anak yang dikandungkan, dicampak ke longkang.
Berkenalan tidak perlu lama, bercinta lepas kahwin itu lebih terasa nikmatnya...
terfikir sekejap..kalau lah hukum Allah dilaksanakan...
selamat hari raya bro. tak terlambat nak ucapkan kan? hehehe