Ticker

6/recent/ticker-posts

Dia Menerima Perempuan Khilaf Ini Kerana ALLAH


Assalamualaikum
saya khilaf


Di dalam kesibukan aktiviti harian acik , tiba-tiba tadi acik ada dapat mesej dari seseorang yang acik tak kenali. Dia mengelarkan dirinya syasya, dan dia memohon maaf kepada acik kerana pernah menolak untuk interview semasa acik ingin interviewnya di Sebuah Pusat Pemulihan akhlak 2 bulan lepas. Dia kata ada betul jugak apa yang acik katakan kepadanya. Dan acik percaya setiap orang itu mempunyai pengalaman yang pahit dalam hidup mereka. Walaupon mereka mampu tersenyum tetapi dalam hati siapa yang tahu ?

Syasya berulangkali meminta maaf kerana menolak untuk di interview Sebenarnya di atakut semasa acik ingin interview tetapi kali ini memberanikan jugak dan dia meminta acik siarkan cerita ini di blog acik untuk tatapan kamu semua sebagai pengajaran yang sangat berguna dan jangan jadi sepertinya.

Acik : Syasya acik tahu syasya ada sesuatu yang di selindungkan dari acik .. ada apa-apa yang hendak di beritahu ?

Syasya : acik syasya minta maaf sangat, selepas mendengar nasihat acik buatkan syasya terfikir sampai bila syasya nak macam gini dan benci terhadap lelaki dan sebenarnya masalah ini berpunca dari diri sendiri. Seperti yang syasya bagitahu acik, sekarang syasya di tahun akhir di sebuah IPTS dan akan menamatkan ijazah. Semasa tahun pertama , pertama kali syasya datang ke Kuala Lumpur sepanjang hidup syasya dan di sini syasya "culture shock" kerana semuanya syasya boleh buat dan bebas dan mulalah kisah hidup syasya yang sangat seronok .

Syasya rasa sangat seronok belajar di ibu kota yang di sebut rakan- rakan semasa di kampung. Selepas beberapa bulan syasya belajar di situ ,syasya terpikat dengan seorang lelaki yang handsome namanya Irfan. Dia yang mula mengajar syasya erti kebebasan dan keseronokan hidup di ibu kota.Tudung syasya lepaskan dan biarkan rambut ini di lihat dan tiada lagi baju longgar yang sebelum ini di pakai . Semuanya ketat dan seksi , syasya sangat teruja kerana dapat peluang ini dan bebas dari kongkongan keluarga. Sebagaimana yang acik tahu syasya dari pantai timur , ada asas agama yang kuat tetapi kerana keinginan membuak-membuak syasya lupakan semuanya.



Acik : Syasya bagaimana syasya boleh berada di bukit bintang dan bekerja di sana ?

syasya: syasya tahu acik ,tapi syasya khilaf. Irfan yang bawa Syasa dan berikan peluang kerja di situ.Syasya dan irfan couple selama 2 tahun, dalam 2 tahun itu macam-macam pekara yang berlaku,.Kehidupan syasya dengan irfan bagaikan suami isteri yang duduk di satu rumah tanpa ikatan yang sah. Allah, malu Syasya nak cerita dengan acik.Syasya seronok sangat kerana dimana sahaja orang puja dan mengiginkan syasya. Tiap-tiap bulan syasya hantarkan sedikit duit untuk mak , kerana ayah sudah tiada dan syasya kena tanggung adik-adik  juga. Di kala ini syasya tak ingat halal dan haram janji dapat duit macam mana pun caranya.... tetapi titik hitam itu bermula apabila syasya jumpe dengan uncle Joe. Uncle joe telah menjadikan syasya hamba suruhan , di kurung dan di pukul jika menolak keinginannya. Hidup syasya sangat derita hampir 3 bulan syasya menjalani kehidupan yang teruk itu ..

Acik Bagaimana syasya boleh keluar dari masalah tersebut dan sehingga sampai ke Pusat pemulihan akhlak tu ??



Syasya : syasya selalu berdoa kepada ALLAH semoga syasya di berikan petunjuk dan keluarkan dari tempat disini dan janji akan berubah. Dan akhirnya doa bagaikan di makbulkan akhirnya syasya dapat larikan diri hasil pertolongan salah sorang anak buah Uncle Joe. tetapi janji tinggal janji, lepas keluar syasya teruskan kehidupan biasa bagaikan tiada apa pon berlaku.  Semasa di kolej terdapat ceramah tentang "Penghijrahan Hati" syasya sangat teringin nak pergi dan syasya pergi jugak kerana rindukan diri syasya yang dulu. Di situlah syasya jumpa dengan seorang pemuda yang sangat baik dan sangat membantu syasya, Nama dia imran. Dia juga yang menghantar syasya di sini . Dia mengajarkan syasya tentang kembali ke pangkal jalan dan sentiasa ada untuk syasya. Dan di juga yang jadikan penguat syasya untuk teruskan pelajaran.Imran merupakan anak yatim piatu dan paling syasya sangat bersyukur dan mampu membuatkan syasya menagis adalah dia sanggup terima perempuan yang hina ini sebagai isterinya. Dan dia sanggup tunggu syasya dan jadikan syasya sebagai yang halal  baginya .Dia tak kisah masa silam syasya dan dia terima syasya kerana ALLAH ..

Sungguh terharu acik membacanya, kerana ada lelaki seperti imran dan hebatnya kuasa ALLAH . Begitu beruntungnya syasya kerana masih di beri kesempatan untuk memperbaiki diri .Jadikan cerita ini sebagai tauladan kepada kamu semua bahawa janganlah kita telalu terikut pada nafsu dan walaupon kita berada di kota ingatlah tentang agama dan pengangan hidup kita. Ini adalah kisah benar dan secebis kisah hidup yang berada di sekeliling kita.

Catat Ulasan

24 Ulasan

Tetamu Istimewa berkata…
Saya kagum dengan acik. Mampu memberi nasihat yang seboleh-bolehnya inginkan kebaikan. Dan, ada pula sampai tahap orang menghantar mesej dan sebagainya. Tahniah! Ternyata acik telah membuka lembaran terbaik dalam dunia blogger.
norhasnizakhalid berkata…
semoga dia berubah.. takpe, yang berlaku jadikan pengajaran... mulakan hidup baru.. masyarakat harus menerima dia seadanya, semua manusia melakukan kesilapn. manusia bukan sempurna.....
Unknown berkata…
kisah yang biasa fizi dengar..syukur lah dia dah sedar akan perbuatan lalu..moga dia kekal berubah dan menjadi isteri yang solehah..:)
Vee berkata…
"If you love someone, you will forget their past and build the future together". Setiap org ada sejarah hitam yang tersendiri =)
Maria Firdz berkata…
Org yg berhijrah ke sst yg lbih baik utk lebih mulia dr org x berubah apa2 dlm hidupnya..
Tanpa Nama berkata…
alhamdulillah..memang lelaki itu berjiwa besar kerana sudi menerima gadis itu..bukan mudah bagi seseorang menerima keadaan sebegitu..moga semuanya di lindungi Allah...
Story Nadya berkata…
Jadi peringatan kepada semua :) Alhamdulillah dia da berubah dan ada insan yang Allah dekatkan kepada dia :)
Syazana Zainn berkata…
Semoga syasya kuat mengharungi dugaan ini

Imran - sukar nak cari lelaki yang boleh terima seorang gadis macam tu. salute to him
BinMuhammad berkata…
Satu kisah yang umpama drama kehidupan di telivisyen tapi inilah realiti. Sekarang ini orang sangat cetek pertimbangan, jangan ada yg menganggap kisah ini sebagai tauladan pula... Mencari keseronokan dan melakukan kemungkaran dan maksiat kerana percaya akhirnya akan bertemu petunjuk dan kebahagian.

Tidak semua orang bertuah dan terpilih seperti Syasya... Jadikan kisahnya sebagai sempadan, kerana ajal maut kita tidak ketahui, jangan sampai tidak sempat bertaubat pula...
Tanpa Nama berkata…
salam acik..
kita doakn moga mereka berdua kental dlm mengharungi perjalanan ini...
Khir Khalid berkata…
Semoga hidupnya tetap tabah.. setiap orang layak beroleh peluang jika niatnya utk kearah yg baik. Semoga Allah sentiasa melindungi.
Zaza Iman berkata…
syukur kepada Allah, =) moga dia terus kan hdup dgn baik. amin
PCL berkata…
setiap sesuatu perubahan baik akan mendapat rahmat dariNya.., syukur ...masih ada yg sayang dan menerimanya... Usah takut utk berubah teruamanya berubah daripada yg baik kepada yg lebih baik dan sempurna.
Unknown berkata…
perubahan yang positif adalah 1 kebangaan dan tanda keinsafan.
Unknown berkata…
Ya Allah syukur alhamdulillah kerana dia diberi hidayah utk berubah dan berjumpa dengan lelaki yg baik..
Fais-SKA berkata…
subhanallah..besar btol pgorbanan lelaki 2..tinggi kemuliaannya disisi Allah..Alhmdulillah la prubhan positif yg ditunjukkn oleh prempuan 2...truskn usaha acik..hrap citer2 mcm ni dapat bg pgjaran bt rmaja diluar sna
Adilah Asari berkata…
semoga menjadi tauladan juga buat yaya..
yaya harap bila di sana nanti yaya tak lah menjadi seperti syasya..tak kene kejutan budaya..semoga Allah sentiasa melindungi yaya..
Mizz Aiza berkata…
sedihnya membaca kisah syasya.. alhamdulillah dia telah bertaubat..
Diari Si Froggie berkata…
Wasalam Acik.. aida yang baca kisah syasya nie pun rasa tacing tetiba. Rezeki syasya bertemu Imran yang membawa syasya ke pangkal jalan.. itu tandanya Allah sangat menyayangi syasya DIA tak nak syasya terus lalai dengan nafsu.. moga jadi pengajaran pada Aida juga, tak dinafikan hidup dikota memang terlalu banyak cabaran bagi yang tak biasa akan terjadi culture shock.. Terima kasih acik share story yang boleh dijadikan pengajaran :)
Blog Santai berkata…
Setiap yang berlaku dalam hidup kita ada hikmah yang tersendiri..Alhamdulillah Syasha diberi petunjuk sebelum terlambat. ALLAH masih menyayangi beliau...
Unknown berkata…
Beruntung syasya.. wlaupun dulu dy byk buat ksilapan, tp skrg alhamdulillah dy dah sedar dn dpt brtaubat. Mgkn skrg dy lbh baik drpd kta yg x sedar dosa yg kita buat skrg..
Addasyuhadadisini berkata…
alhamdulillah..syasya kembali ke jalan Allah..bukan mudah nak berubah bila dah terjebak tapi Allah beri hidayah melalui seorang lelaki..bertuahnya syasya dan mulianya imran..kuat dan tabahlh..moga mereka kekal bahagia hingga jannah dlam melalui dugaan dari Allah..amin..:))
Addasyuhadadisini berkata…
alhamdulillah..syasya kembali ke jalan Allah..bukan mudah nak berubah bila dah terjebak tapi Allah beri hidayah melalui seorang lelaki..bertuahnya syasya dan mulianya imran..kuat dan tabahlh..moga mereka kekal bahagia hingga jannah dlam melalui dugaan dari Allah..amin..:))
Tanpa Nama berkata…
Setiap org ada kisah masa silam....sebenarnya kita perlu luahkan pd seseorg supaya kita merasa lega....alhamdulillah syasya mahu kembali....