Ticker

6/recent/ticker-posts

Gejala Sosial Di Luar Bandar Semakin Teruk ?


remaja perempuan hisap rokok

Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat lagi bernafas di bumi pinjaman Allah ini, ucaplah alhamdulilah dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sebenarnya dalam lama acik nak buat entri ini tapi terdapat halangan. Mungkin ini masa yang sesuai untuk di perbincangkan. Kalau kita dengari bahawa gejala sosial selalunya berlaku di bandar-bandar dan di ibu kota. Dengan adanya club malam , pusat perjudian dan sebagainya. Persepsi buruk terhadap remaja metropolitan dengan mengatakan bahawa remaja metropolitan ini rosak akhlaknya ? Adakah tepat ?

Adakah mereka yang berada di luar bandar ini baik belaka ? 
 Tiada gejala sosial berlaku ?

Tentu sekali pandangan itu silap, kalau kita dengar gejala sosial berlaku di bandar tak kurang hebatnya juga dapat lihat di kawasan luar bandar. Sekarang trend anak muda luar bandar (di kampung atau felda) sekarang yang behenti sekolah di usia muda (lingkungan 14-17 Tahun) dengan tujuan mencari kebebesan hidup.

remaja ponteng sekolah

Dalam usia semuda itu mereka hanya mengikut perasaan mereka tanpa memikirkan jangka masa panjang.  Hanya yang di fikirkan adalah keseronokkan sahaja.Dalam usia muda ini keinginan mencuba sesuatu yang baru itu meningkat dan membuak-buak. Dan acik sendiri dapat lihat bahawa seusia ini mereka mencari sesuatu pekara yang dapat buat mereka rasa bebas dari tekanan yang di dapatkan. 

Acik melihat sendiri di mana seusia ini sudah pandai mencuri dan pecah masuk rumah orang, dah pandai menghisap dadah (ganja, ice,syabu) , lebih mahir tentang pergaulan bebas dan menjadi kutu jalanan. Anak gadis di usia ini dalam usaha untuk mendapatkan pendamping hidup  (teman hidup) , kadang geli gelaman acik lihat remaja ini yang tergedik-gedik dekat dengan kita untuk mendapatkan perhatian. Mereka tak fikir kesannya , hanya yang di fikirkan adalah kepuasan.

Kalau kes dadah jangan cakaplah di felda mahupun kampung-kampung kesnya juga tak kurang tinggi. Acik pernah bertanya dengan remaja yang terlibat dengan kes dadah mereka mengatakan untuk melepaskan "stress" kerana tekanan yang di berikan oleh keluarga dan persekitaran sekeliling yang pandang hina pada mereka. 

Kes pergaulan bebas, seks terbuka menjadi trend untuk masa kini anak muda di kawasan luar bandar . Bayangkan remaja belasan tahun sudah lebih expect tentang hubungan jantina dan ketagih seks . Teringat juga kisah lalu yang menjadi bualan mulut masa acik ambil SPM  tentang seorang remaja yang ingin melahirkan anak di dalam tandas. Budaknya muka baik sahaja tapi tak sangka telah terlanjur dengan teman lelakinya.

Dan yang paling latest tentang remaja luar bandar yang suka sertai kumpulan-kumpulan gangster . Tujuannya untuk mendapat perlindungan dan keselamatan. Kebanyakkan yang terlibat adalah remaja belasan tahun yang kononnya ingin melihat siapa yang paling kuat. 

Entahlah acik pon tak boleh nak kata apa, tapi kes-kes di luar bandar ini masih dapat lagi di bendung. Kebanyakkan kes terpencil, jadi ibu bapa, pihak sekolah dan masyarakat perlulah mainkan peranan untuk mengatasi masalah gejala sosial ini.Blogger juga kena mainkan peranan, jangan tulis pekara-pekara tentang tak senonoh di blog . Kat kampung pon oleh access internet tau.

Jadi fikir-fikirlah kita di hidupkan dunia ini bukan untuk sia-sia hidup kita dan tidak hargai apa yang Allah pinjamkan. Kita haruslah muhasabah diri dan sentiasa membaiki diri untuk menjadai lebih baik. Jom kita sama-sama membantu menyedarkan kepada remaja di luar sana kepentingan menjada peribadi diri dan kelakuan kita. 

Catat Ulasan

57 Ulasan

Aku pengembara berkata…
Tertarik! admin ada menyentuh mengenai Felda. Sbg anak felda, saya mengakui gejala ini memang wujud di kg2. kesimpulannya semua pihak haruslah memainkan peranan masing2. daripada pihak atasan sehinggalah pihak bawahan termasuk diri pelaku itu sendiri
Unknown berkata…
Peranan ibu bapa dalam membentuk industri kekeluargaan yang baik harus dititip beratkan.. Jika anak-anak diberi didikan agama yang sewajarnya..Kemungkinan besar gejala ini dapat dibendung..Tetapi zaman sekarang ibu bapa lebih ke arah mencari kewangan dan kemewahan..Segala yang diminta oleh anak..ditunaikan segera..anak-anak yang ibu bapanya berkemanpuan menunjuk kepada rakan-rakan yang kurang berkemampuan. Keinginan untuk memiliki barang yang mahal melonjak seterusnya mewujudkan banyak kes kecurian..
Story Nadya berkata…
ada yang cakap nak duduk luar bandar sebab gejala social kurang tapi zaman sekarang sama sahaja.
Mizz Aiza berkata…
semua pihak termasuk ibu bapa, guru, masyarakat dan media massa harus bertanggungjawab.. apa-apa pun, yang penting diri kita sendiri..
Shahrul Yusof berkata…
Masalah sosial dikalangan masyarakat Melayu dah tersebar luas baik di bandar mahupun di kampung. Paling banyak berlaku adalah terhadap golongan berpendapatan rendah. Golongan berpendapatan rendah di Malaysia, amat jarang yang mampu keluar dari kemelut kemiskinan. Boleh dikatakan mobiliti sosial masyarakat Melayu dari golongan rendah ke menengah adalah amat perlahan.

Justeru, kesempitan wang menjadi antara punca runtuhnya hubungan kekeluargaan yang menjadi benteng terakhir mencegah gejala sosial dikalangan remaja.
BinMuhammad berkata…
Kemudahan media sosial dikampung2 memang memberi kesan negatif kerana mereka ini yg kurang terdedah dan terkurung, maka hiburan spt ini merosakkan krn membuatkan mereka ingin mencuba. Sekatan bukan jalan terbaik tetapi peranan masyarakat sekeliling amat penting. Orang2 tua yg masih terlalu kolot juga membuatkan mereka memberontak. Aktiviti2 sihat perlu dilakukan agar mereka tidak terlalu tertekan dan sentiasa sibuk.
Eh..kita ni cakap dan bagi idea serta pandangan aje, tapi siapa agaknya yg nak lakukan? Harap2 adalah yg prihatin dan berupaya membaca artikel ni dan komen2 disini seterusnya melakukan tindakan.
Unknown berkata…
saya juga dahulunya pelajar sekolah luar bandar. ada diantaranya remaja mudah terpengaruh dengan pengaruh2 negatif dari luar mahupun dalam negara,,sekarang dgn adanya kemudahan spt internet salah satu faktor mslh2.

*mcm buat karangan spm..hihi
Tanpa Nama berkata…
zaman saya popular dengan bohsia . tapi kat tpt / sekolah saya x de la . bila tggu result spm , pi kerja kat bandar , gerun dgr cerita bohsia nih . nak bebas n pengaruh kwn . kebykn ibu bapa x tau pun aktiviti anak mrk ...
Dzureen Darwis berkata…
Zaman saya sekolah (2007-2011) sempat jumpa lah semua ni. Takut. Takut. Takut sangat. Walaupun duduk asrama macam2 perkara jumpa. Yang melibatkan polis, yang melibatkan orang luar, yang melibatkan agama, semua ada. Nasib baik saya zaman sekolah dulu NERD. NERD HABIS LAH. Jadi tak sempat nak bersosial sangat. Haha
Unknown berkata…
selagi umur tu remaja,
selagi fikiran tu remaja,
selagi tv ada dimana2,
selagi itu gejala sosial terus ada:)
Khir Khalid berkata…
Mmg betul apa yg diperkatakan tu acik.. remaja atau pun budak2 skrng ni, nk di control ketat mmg x bagus utk mereka, nk dibiar bebas pun lagilah.. pendedahan kene ada bimbingan yg sewajarnya dari semua pihak terutama ibu bapa. Cara mendidik dgn ilmu agama pun kena cara yg creative juga agar mereka lebih tertarik & memahami dgn lebih mendalam.. thanks for sharing Acik :)
Tanpa Nama berkata…
zaman sekarang ni tak sama dengan zaman dulu sebab sekarang ni informasi di hujung jari samada kat bandar atau kat kampung, yg penting remaja perlu tahu camna nak gunakan teknologi tu dengan baik.

moga remaja kita sentiasa diberi perhatian yg sewajarnya. jangan cepat menunding jari ke arah mereka. :)
norhasnizakhalid berkata…
sama saja acik baik luar atau dalam bandar sendiri. pada mama, pengawasan ibu bapa itu penting dalam memastikan anak-anak mereka terkawal...
Unknown berkata…
betul apa yg bro tulis..luar bandar semestinya semua ada..kalau nk dibandingkan dgn bandar/kota..remaja luar bandar hiburan dia hanya lepak2..kekadang bila boring dia nk juga tgk atau layan game..jd munculah rempit..kampung kan..dan sebagainya..nak bekerja pula peluang kerja kurang..nk p jauh2 mak pak marah..duduk la dia kat kampung...tp duit x der dapat pula kawan yg kepala ting tong..jadi munculah pencuri muda...bila ada duit banyak..tambah pengaruh kawan yg tak elok..ajak merokok sebagainya...:D
Tanpa Nama berkata…
betul acik..gejala macam ni dah merebak sampai ke luar bandar..takut juga bila sampai tahap macam ni...
fyna ahmad berkata…
betul tue acik. hurm.. semakin lama semakin menjadi2kan. banyak yang perlu kita titikberatkan lagi untuk anak muda sekarang nih.
Unknown berkata…
Pengalaman sy bersekolah di kg mmg agak ramai yg sosial.. dgn pemakaian yg teruk.. bila pindah ke bandar, cara mereka berbeza.. moden tp pandai jaga diri..
Unknown berkata…
Itula mcm2 gejala yg kurang sihat skrg ni..hmmm
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum, saya setuju dengan shark kay!
Unknown berkata…
mcm2 dh jadik skrg ni kan, acik. perihal remaja skrg yg sudah smkin brani buat maksiat meskipun terang-terangan. inilah akibat lemahnya iman. semua pihak perlu ambil tau dan cuba cegah sblm trlambat.
Unknown berkata…
budak2 tak dapat terima bila ditegur ,
tapi bila dah terlanjur baru nak menyesal. itulah kisahnya...
Tetamu Istimewa berkata…
Perkara begini tidak boleh salahkan satu pihak saja. Semua pihak harus bekerjasama mencegahnya. Namun begitu, diri sendiri harus sedar akan hal ini. Jagalah diri sendiri. Kuatkan iman.

Anak muda pewaris generasi masa akan datang.
krole berkata…
betul acik...fikiran spt itu (remaja bandar bermasalah sosial) tak boleh pakai dah. Sekarang ini zaman IT pendedahan remaja di luar bandar pun sama juga...kat rumah pun boleh akses. Bila tngok gambar budak perempuan merokok kat atas tu pergh! terkedu krole...beza remaja sekarang dengan dahulu...ni siap bule ambil gambar dengan bangganya lagi....tak tahu untuk apa? aduhai...risau tengok gejala macam ni
Fais-SKA berkata…
bandar @ kg sama je..kalau yg bt kerosakn dibndar pn dr kg juga..mlah xde yg mustahil smua ni..smuanya mmg pnyakit hati..kalau xde bmbangan agama dan sivik yg baik..pasti gejala mcm ni dpt dibanteras..pelbgai pihat perlu mainkan peranan..kalaulh gejalan mcm ni berterusan..xtahu la apa akan jd akan dtg..
Akupenghibur.com berkata…
Betul tu semua pihak perlu mainkn peranan masing2.termasuk individu
Akupenghibur.com berkata…
Itulah..bantak penyebabnye..perlu di fikirkan bersama
Akupenghibur.com berkata…
Itulah.. Harus di atasi masalah nie
Akupenghibur.com berkata…
Ye kak yg penting diri kita
Akupenghibur.com berkata…
Yup tidak di ragui... Pendapat bernas
Akupenghibur.com berkata…
InsyaAllah Bm. ..Semoga adaa yg ambil ikhtibar
Akupenghibur.com berkata…
Haha itulah dh mcm karangan.. Apapon semoga ada sedikit pengajaran
Akupenghibur.com berkata…
Yelah.. Depan mak ayah kemain baik lg.. Belakang.. Ya ampun buruk
Akupenghibur.com berkata…
Nerd? wahh bagusnye budak baik :-)
Akupenghibur.com berkata…
Tapi bagaimana orang dewasa yg terlibat dengan gejala sosial?
Akupenghibur.com berkata…
Betul tu kak :-)maka teguhkan iman
Akupenghibur.com berkata…
Setuju pembelajaran perlu kreatif untuk menarik minat
Akupenghibur.com berkata…
Betul tu.. Mereka perlu di beri ruang dan peluang :-)
Akupenghibur.com berkata…
Betul tu pengawasan ibu bapa sangat penting
Akupenghibur.com berkata…
Contoh yang baik :-)!!!setuju
Akupenghibur.com berkata…
Itulah kak.. Moga masalah ini segera di bendung
Akupenghibur.com berkata…
Betul tu dan pekara ini perlu di ambil serious
Akupenghibur.com berkata…
Ermm itilah tpi apa pon semuanye terpulang pd diri kita
Akupenghibur.com berkata…
Itulah..thanks sudi membaca :-)
Akupenghibur.com berkata…
Betul tu... Kita harus ambil langkah pencegahan yg effective
Akupenghibur.com berkata…
Betul tu.. Kalau rosak remaja kita maka akan rosaklah masa depan negara
Akupenghibur.com berkata…
Itulah yg di risaukan krole...kita jaga anak2 kita
Akupenghibur.com berkata…
Betul tu.. Pelajaran agama harus di pelajari dan mengamalkannye
Unknown berkata…
Betul tu kat kawasan luar bndr mmg berlaku semua tu. Yang penting kene kuat jati diri spy x mudah terpengaruh.
Unknown berkata…
semua pihak dah perlu buka mata tentang masalah2 sosial sekarang ni. sebab masalah sosial negara kita sebenarnya dah tahap kritikal sebenarnya... sampaikan dah tak ada perasaan segan dan hormat pada orang sekeliling. boleh dilihat bila beromen di khalayak ramai dan tak berpuasa di khalayak ramai semasa ramadhan..
onlajer berkata…
CONFORM BUDAK - BUDAK TU AKAN MENYESAL APABILA DAH TUA SIKIT
Cik Itah berkata…
remaja sekarang susah nak dengar cakap ..susah nak control, entah apa nak jadi dengan diorang
shazillahsani.com berkata…
Ibu bapa dan pelajar itu sendiri kena memainkan peranan. .kdg2 pelajar dekat rumah baik sahaja pijak semut pun xmati..tapi kat luar hancur..so ibu bapa juga kena pantau aktiviti luar anak2...begitu juga dgn anak2..jgn mydah teroedaya dgn kawan2..
adarain berkata…
sebut pasal isu ni, kat kg aku ni macam2x gejala sosial ada dari melepak ke penghisap dadah pun ada. kesian dengan mak bapa diorang.
Adilah Asari berkata…
kita harus berfikir mana yang baik dan buruk untuk diri kita..
Unknown berkata…
biasa la tu bro...bab2 masalah sosial ni tak mengira tempat, masa, zaman, didikan agama, keluarga dsb....ianya terletak dalam diri individu itu sendiri...setiap org ada potensi diri...kalau tak pandai nak kontrol memang potensi diri yg memakan diri...hehe
Maria Firdz berkata…
Sbg cikgu di bndr KL..sy akui mmg teruk.. Mmg mncbr klu nk didik ank di kota besar mcm nih... Huhu..
Tanpa Nama berkata…
Setuju tu acik,masalah sosial di kg pun tak kurang juga hebatnya...terutama di kawsan felda.....sebenarnya,anak kampung lebih jahil dlm pengetahuan agama berbanding anak bandar...tak byk kemudahan utk menuntut ilmu kot...atau ibubapa tk dpt pendedahan yg baik bagaimana nak mendidik anak2...di bandar ada program motivasi utk ibubapa dn anak2 yg blh diikuti drpd berbagai agensi....wallahualam...