Assalamualaikum
Alhamdulilah dapat lagi bernafas di bumi pinjaman Allah ini, ucaplah alhamdulilah dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sebenarnya dalam lama acik nak buat entri ini tapi terdapat halangan. Mungkin ini masa yang sesuai untuk di perbincangkan. Kalau kita dengari bahawa gejala sosial selalunya berlaku di bandar-bandar dan di ibu kota. Dengan adanya club malam , pusat perjudian dan sebagainya. Persepsi buruk terhadap remaja metropolitan dengan mengatakan bahawa remaja metropolitan ini rosak akhlaknya ? Adakah tepat ?
Adakah mereka yang berada di luar bandar ini baik belaka ?
Tiada gejala sosial berlaku ?
Tentu sekali pandangan itu silap, kalau kita dengar gejala sosial berlaku di bandar tak kurang hebatnya juga dapat lihat di kawasan luar bandar. Sekarang trend anak muda luar bandar (di kampung atau felda) sekarang yang behenti sekolah di usia muda (lingkungan 14-17 Tahun) dengan tujuan mencari kebebesan hidup.
Dalam usia semuda itu mereka hanya mengikut perasaan mereka tanpa memikirkan jangka masa panjang. Hanya yang di fikirkan adalah keseronokkan sahaja.Dalam usia muda ini keinginan mencuba sesuatu yang baru itu meningkat dan membuak-buak. Dan acik sendiri dapat lihat bahawa seusia ini mereka mencari sesuatu pekara yang dapat buat mereka rasa bebas dari tekanan yang di dapatkan.
Acik melihat sendiri di mana seusia ini sudah pandai mencuri dan pecah masuk rumah orang, dah pandai menghisap dadah (ganja, ice,syabu) , lebih mahir tentang pergaulan bebas dan menjadi kutu jalanan. Anak gadis di usia ini dalam usaha untuk mendapatkan pendamping hidup (teman hidup) , kadang geli gelaman acik lihat remaja ini yang tergedik-gedik dekat dengan kita untuk mendapatkan perhatian. Mereka tak fikir kesannya , hanya yang di fikirkan adalah kepuasan.
Kalau kes dadah jangan cakaplah di felda mahupun kampung-kampung kesnya juga tak kurang tinggi. Acik pernah bertanya dengan remaja yang terlibat dengan kes dadah mereka mengatakan untuk melepaskan "stress" kerana tekanan yang di berikan oleh keluarga dan persekitaran sekeliling yang pandang hina pada mereka.
Kes pergaulan bebas, seks terbuka menjadi trend untuk masa kini anak muda di kawasan luar bandar . Bayangkan remaja belasan tahun sudah lebih expect tentang hubungan jantina dan ketagih seks . Teringat juga kisah lalu yang menjadi bualan mulut masa acik ambil SPM tentang seorang remaja yang ingin melahirkan anak di dalam tandas. Budaknya muka baik sahaja tapi tak sangka telah terlanjur dengan teman lelakinya.
Dan yang paling latest tentang remaja luar bandar yang suka sertai kumpulan-kumpulan gangster . Tujuannya untuk mendapat perlindungan dan keselamatan. Kebanyakkan yang terlibat adalah remaja belasan tahun yang kononnya ingin melihat siapa yang paling kuat.
Entahlah acik pon tak boleh nak kata apa, tapi kes-kes di luar bandar ini masih dapat lagi di bendung. Kebanyakkan kes terpencil, jadi ibu bapa, pihak sekolah dan masyarakat perlulah mainkan peranan untuk mengatasi masalah gejala sosial ini.Blogger juga kena mainkan peranan, jangan tulis pekara-pekara tentang tak senonoh di blog . Kat kampung pon oleh access internet tau.
Jadi fikir-fikirlah kita di hidupkan dunia ini bukan untuk sia-sia hidup kita dan tidak hargai apa yang Allah pinjamkan. Kita haruslah muhasabah diri dan sentiasa membaiki diri untuk menjadai lebih baik. Jom kita sama-sama membantu menyedarkan kepada remaja di luar sana kepentingan menjada peribadi diri dan kelakuan kita.
57 Ulasan
Justeru, kesempitan wang menjadi antara punca runtuhnya hubungan kekeluargaan yang menjadi benteng terakhir mencegah gejala sosial dikalangan remaja.
Eh..kita ni cakap dan bagi idea serta pandangan aje, tapi siapa agaknya yg nak lakukan? Harap2 adalah yg prihatin dan berupaya membaca artikel ni dan komen2 disini seterusnya melakukan tindakan.
*mcm buat karangan spm..hihi
selagi fikiran tu remaja,
selagi tv ada dimana2,
selagi itu gejala sosial terus ada:)
moga remaja kita sentiasa diberi perhatian yg sewajarnya. jangan cepat menunding jari ke arah mereka. :)
tapi bila dah terlanjur baru nak menyesal. itulah kisahnya...
Anak muda pewaris generasi masa akan datang.