Assalamualaikum
Alhamdulilah dapat lagi bernafas di muka bumi yang Allah pinjamkan sementara ini, jom berselawat ke atas junjungan besar nabi muhammad saw. Hari ini acik lambat menaip entry kerana menghantar mak ke bandar kerana ada urusan di bank dan acik juga sempat check akaun kwsp acik sendiri. Alhamdulilah bos yang dulu menunaikan janji dan sudah di masukkan potongan yang di buat.
Kebetulan masa acik menunggu di dalam bank, kawan acik telefon ,dengan nada yang marah-marah. Dia memang kalau ada masalah akan telefon acik,katanya nak minta nasihat.
Dina : Acik aku geramlah dengan si A , geram betul aku, dia buat aku macam peminta sedekah pula
Acik : La nape nie dina ? bertenang dulu.. tarik nafas dulu ..ishh
Dina : Bukan apa acik, geram aku dulu masa nak pinjam duit aku kemain lembut, kemain baik lagi, kalau sikit tak apa ini RM 4000 untuk majlis perkahwinan dia katanya tak cukup. Aku sebagai kawan tak sampai hati jadi aku pinjamkanlah. Tapi masalahnya ,,errrghh
Acik : Masalahnya apa dina ?
Dina : Masalahnya dia buat tak tahu jer,mulanya aku segan nak tanya , tapi aku kuatkan hati tanya juga,bila aku tanya , kau tahu apa dia cakap ? Dia nanti-nantilah dia bayar sebab dia sekarang sedang kumpul duit buat honeymoon. Aku bukan apa , bulan nie aku sengkek sikit , kereta baru service roadtax kereta nak mati .Aduhhh acik macam mana nak buat nie ?
Ahh dah baca perbualan acik dengan dina ? inilah masalahnya bila dah pinjam barang mahupun duit , bila nak pinjam punyalah baik, janji cepat nak bayar, tapi bila nak nak bayar, muka buat tak tahu je, sekurangnya bayar sikit dulu pun tak apakan.Ingat sahabatku sekalian ,jangan meremehkan hutang yang kita ada walaupun sekecil mana pun.
Roh seorang mukmin masih terkatung-katung (sesudah wafatnya) sampai hutangnya di dunia dilunasi. (HR. Ahmad)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, “Sesiapa yang mengambil harta orang lain (berhutang) dan berniat akan membayarnya, maka Allah akan menunaikan niatnya itu. Tetapi sesiapa mengambilnya dengan niat akan membinasakannya (dengan tidak membayar), maka Allah akan membinasakannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, “Sesiapa yang mengambil harta orang lain (berhutang) dan berniat akan membayarnya, maka Allah akan menunaikan niatnya itu. Tetapi sesiapa mengambilnya dengan niat akan membinasakannya (dengan tidak membayar), maka Allah akan membinasakannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Dan acik pernah terbaca tentang satu cerita ini
Dari Salamah bin Al Akwa’ radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:
Kami duduk di sisi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Lalu didatangkanlah satu jenazah. Lalu beliau bertanya, “Apakah dia memiliki hutang?” Mereka (para sahabat) menjawab, “Tidak ada.” Lalu beliau mengatakan, “Apakah dia meninggalkan sesuatu?” Lantas mereka (para sahabat) menjawab, “Tidak.” Lalu beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam solatkan jenazah tersebut.
Kemudian di datangkanlah jenazah lainnya. Lalu para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah solatkanlah dia” Lalu beliau bertanya, “Apakah dia memiliki hutang?” Mereka (para sahabat) menjawab, “Iya.” Lalu beliau mengatakan, “Apakah dia meninggalkan sesuatu?” Lantas mereka (para sahabat) menjawab, “Ada, sebanyak 3 dinar.” Lalu beliau solatkan jenazah tersebut.
Kemudian didatangkan lagi jenazah ketiga, lalu para sahabat berkata, “Solatkanlah dia!” Beliau bertanya, “Apakah dia meningalkan sesuatu?” Mereka(para sahabat) menjawab, “Tidak ada.” Lalu beliau bertanya, “Apakah dia memiliki hutang?” Mereka menjawab, “Ada tiga dinar.” Beliau berkata, “Solatkanlah sahabat kalian ini.” Lantas Abu Qotadah berkata, “Wahai Rasulullah, solatkanlah dia. Biar aku saja yang menanggung hutangnya.” Kemudian beliau pun solatkan jenazah tersebut.” (HR. Bukhari no. 2289)
Ya Allah sedangkan Rasullulah sendiri tak mahu sembahyangkan orang yang tak mahu bayar hutang. Fikir-fikirlah sahabatku dan pembaca blog akupenghibur semua . Pekara ini boleh di bawa bincang, kamu sebagai orang menghutang pandai-pandailah bincang dengan orang kamu hutang. Kamu kena ambil tahu, jangan sampai si pemberi hutang itu meminta-meminta kepada kamu. Peringatan ini untuk diri acik juga dan kepada kamu semua .
Dari Ibnu ‘Umar, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang satu dinar
atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan kebaikannya
(di hari kiamat nanti) karena di sana (di akhirat) tidak ada lagi dinar
dan dirham.” (HR. Ibnu Majah no. 2414. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa
hadits ini shohih). Ibnu Majah juga membawakan hadits ini pada Bab
“Peringatan keras mengenai hutang.”
43 Ulasan
acik..prinsip akak, biarlah susah tapi takut nak berhutang. pinjam ngan bank, potong bulan bulan. habis citer. :)
Macam2 hutang duk ada nie...takut sebenarnya nak berhutang...
Hutang rumah , kereta...
Oarang yang berhutang mmg susah nak bayar hutang..lebih2 lagi kawan2... Sabor je la...dari bujang, bawa ke kahwin, sampai ada anak...tak terbayar2...janji tinggal janji...
x0x0 ^_^
Nanti susah kalau ada yang tak halalkan...
Nauzubillah, mohon dijauhkan....
ZON PERMAISURI CHOMEL
kalau nak komen pasal kes dina kat atas tu mmg menyirap....member dia tu punya alasan tak boleh bayar hutang sebab nak kumpul duit utk honeymoon mmg tak boleh blah....takkan sebab nak enjoy sanggup tak nak bayar hutang org...
kalau tak boleh bayar atas sebab mmg dia pun sempit takpe lah...ni nak seronok2 sanggup tangguhkan bayar balik hutang member sendiri....
haishhhh mmg ramai dah jumpa org yg jenis camni....selfish dan menzalimi org yg bagi hutang....