Ticker

6/recent/ticker-posts

Jangan Pernah Meremehkan Hutang Walaupun Sekecil Manapun


hutang

Assalamualaikum 

Alhamdulilah dapat lagi bernafas di muka bumi yang Allah pinjamkan sementara ini,  jom berselawat ke atas junjungan besar nabi muhammad saw. Hari ini acik lambat menaip entry kerana menghantar mak ke bandar kerana ada urusan di bank dan acik juga sempat check akaun kwsp acik sendiri. Alhamdulilah bos yang dulu menunaikan janji dan sudah di masukkan potongan yang di buat.  

Kebetulan masa acik menunggu di dalam bank, kawan acik telefon ,dengan nada yang marah-marah. Dia memang kalau ada masalah akan telefon acik,katanya nak minta nasihat. 

Dina : Acik aku geramlah dengan si A , geram betul aku, dia buat aku macam peminta sedekah pula
Acik : La nape nie dina ? bertenang dulu.. tarik nafas dulu ..ishh
Dina : Bukan apa acik, geram aku dulu masa nak pinjam duit aku kemain lembut, kemain baik lagi, kalau      sikit tak apa ini RM 4000 untuk majlis perkahwinan dia katanya tak cukup. Aku sebagai kawan tak sampai hati jadi aku pinjamkanlah. Tapi masalahnya ,,errrghh
Acik : Masalahnya apa dina ? 
Dina : Masalahnya dia buat tak tahu jer,mulanya aku segan nak tanya , tapi aku kuatkan hati tanya juga,bila aku tanya , kau tahu apa dia cakap ? Dia nanti-nantilah dia bayar sebab dia sekarang sedang kumpul duit buat honeymoon. Aku bukan apa , bulan nie aku sengkek sikit , kereta baru service roadtax kereta nak mati .Aduhhh acik macam mana nak buat nie ?

Ahh dah baca perbualan acik dengan dina ? inilah masalahnya bila dah pinjam barang mahupun duit , bila nak pinjam punyalah baik, janji cepat nak bayar, tapi bila nak nak bayar, muka buat tak tahu je, sekurangnya bayar sikit dulu pun tak apakan.Ingat sahabatku sekalian ,jangan meremehkan hutang yang kita ada walaupun sekecil mana pun. 

hutang

Roh seorang mukmin masih terkatung-katung (sesudah wafatnya) sampai hutangnya di dunia dilunasi. (HR. Ahmad)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, “Sesiapa yang mengambil harta orang lain (berhutang) dan berniat akan membayarnya, maka Allah akan menunaikan niatnya itu. Tetapi sesiapa mengambilnya dengan niat akan membinasakannya (dengan tidak membayar), maka Allah akan membinasakannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Dan acik pernah terbaca tentang satu cerita ini 

Dari Salamah bin Al Akwa’ radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

Kami duduk di sisi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Lalu didatangkanlah satu jenazah. Lalu beliau bertanya, “Apakah dia memiliki hutang?” Mereka (para sahabat) menjawab, “Tidak ada.” Lalu beliau mengatakan, “Apakah dia meninggalkan sesuatu?” Lantas mereka (para sahabat) menjawab, “Tidak.” Lalu beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam solatkan jenazah tersebut.

Kemudian di datangkanlah jenazah lainnya. Lalu para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah solatkanlah dia” Lalu beliau bertanya, “Apakah dia memiliki hutang?” Mereka (para sahabat) menjawab, “Iya.” Lalu beliau mengatakan, “Apakah dia meninggalkan sesuatu?” Lantas mereka (para sahabat) menjawab, “Ada, sebanyak 3 dinar.” Lalu beliau solatkan jenazah tersebut.

Kemudian didatangkan lagi jenazah ketiga, lalu para sahabat berkata, “Solatkanlah dia!” Beliau bertanya, “Apakah dia meningalkan sesuatu?” Mereka(para sahabat) menjawab, “Tidak ada.” Lalu beliau bertanya, “Apakah dia memiliki hutang?” Mereka menjawab, “Ada tiga dinar.” Beliau berkata, “Solatkanlah sahabat kalian ini.” Lantas Abu Qotadah berkata, “Wahai Rasulullah, solatkanlah dia. Biar aku saja yang menanggung hutangnya.” Kemudian beliau pun solatkan jenazah tersebut.” (HR. Bukhari no. 2289)

Ya Allah sedangkan Rasullulah sendiri tak mahu sembahyangkan orang yang tak mahu bayar hutang. Fikir-fikirlah sahabatku dan pembaca blog akupenghibur semua . Pekara ini boleh di bawa bincang, kamu sebagai orang menghutang pandai-pandailah bincang dengan orang kamu hutang. Kamu kena ambil tahu, jangan sampai si pemberi hutang itu meminta-meminta kepada kamu. Peringatan ini untuk diri acik juga dan kepada kamu semua .

Dari Ibnu ‘Umar, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan kebaikannya (di hari kiamat nanti) karena di sana (di akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.” (HR. Ibnu Majah no. 2414. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih). Ibnu Majah juga membawakan hadits ini pada Bab “Peringatan keras mengenai hutang.”

Catat Ulasan

43 Ulasan

Story Nadya berkata…
Ustaz nad pernah cakap, ayat yang paling panjang dalam Al-Quran menceritakan tentang hutang. Oleh itu, saudara saudari langsaikanlah hutang kalau anda berhutang :)
sitirohaida berkata…
rasa nak habiskan hutang cepat2
Tanpa Nama berkata…
lambatnya habis hutang kereta..hihihi..
acik..prinsip akak, biarlah susah tapi takut nak berhutang. pinjam ngan bank, potong bulan bulan. habis citer. :)
Sukma berkata…
sebelum jenazah dikebumikan,imam akan bertanya kalau ada hutang minta dihalalkan @ diminta pada waris yang terdekat....ini bermakna pentingnya kita menjelaskan hutang piutang.......
Khir Khalid berkata…
Mmg betul tu Acik.. satu pekara yg dipandang remeh oleh sesetengah org yg membuatkan segala amalannya tertahan dipintu syurga ialah Hutang.. masyaAllah..
norhasnizakhalid berkata…
hutang memang kena bayar, melainkan pemberi hutang kasi free je... hihi
Tetamu Istimewa berkata…
Hutang dibawa ke mati. Jadi, perlu jelaskan.
Unknown berkata…
bila cakap pasal hutang nie..teringt pula hutang orang tuh hehehe:)
Unknown berkata…
Kalau berhutang, mmg hdp ssh nk aman.huhu byrlah sikit sikit kot. ;)
Tanpa Nama berkata…
huii..bahaya macam ni..memang patut tuntut kalau sampai macam tu punya banyak...
FarahFerraDotCom berkata…
Kalau dh pndai berhutang kena la pndai bayar jugak..jgn la bila time nk bayar buat2 lupa ingatan pulak..;)
FarahFerraDotCom berkata…
Kalau dh pndai berhutang kena la pndai bayar jugak..jgn la bila time nk bayar buat2 lupa ingatan pulak..;)
Unknown berkata…
Aduhh...cerita pasal hutang......
Macam2 hutang duk ada nie...takut sebenarnya nak berhutang...
Hutang rumah , kereta...
Oarang yang berhutang mmg susah nak bayar hutang..lebih2 lagi kawan2... Sabor je la...dari bujang, bawa ke kahwin, sampai ada anak...tak terbayar2...janji tinggal janji...


x0x0 ^_^
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) jadi perlu langsaikan hutang
Mizz Aiza berkata…
setakat ni hutang ptptn akak belum lunaskan lagi.. semakin dibayar, semakin bertambah pula 'bunga'nya.. terima kasih kerana acik mengingatkan akak..
Akupenghibur.com berkata…
betul tu kak :) rasa nak abiskan cepat3
Akupenghibur.com berkata…
betul tu kak :) , potong bulanan itu caranya :)
Akupenghibur.com berkata…
betul tu kak , sangat penting membayar hutang
Akupenghibur.com berkata…
masyaAllah ,supaya kita dapat selesaikan semua hutang kita
Akupenghibur.com berkata…
hehehe baik hati sungguh jika yang ada nak bagi free
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) walaupon sikit kena bayar jgk
Akupenghibur.com berkata…
hahaaahaha ahh ingat balik,mana tahu ada yang terlupa
Akupenghibur.com berkata…
aah bayar sikit-sikit pon okey :)
Akupenghibur.com berkata…
itulah kesian kawan acik :)
Unknown berkata…
hutang yang menyebabkan tersangkut diantara dunia. :(
Akupenghibur.com berkata…
betul tu , kena ingat betul-betul :)
Akupenghibur.com berkata…
itulah kak acik pon sama... slow-slow untuk selesaikannya
Akupenghibur.com berkata…
itulah , adehh kadang memikirkannye kalau bunga tu terus tak ada kan senang, bayar yang kita guna
Akupenghibur.com berkata…
betul sangat-sangat
Fais-SKA berkata…
subhanallah..tkut sbnarnya berhutang ni..bukan perkara yg boleh bt main2..seelok2nya kta wasiat la kt ahli keluarga kita kalau kita ada hutang..bmbang mati esok2 xde siapa yg thu..nauzubillah..nice sharing acik
Cik Itah berkata…
bercakap hutang ni kalau kawan berhutang..sy pulak yang malu nak tagih huhu btw hutang ni tak bole dibuat main sikit ke banyak bila ada duit tu bayar la..ansur+ pun tak apa yang penting bayar :)
Unknown berkata…
Sy juga sedang berada dlm dilema mcm kawan Acikk tu.. takkan kita pulak kena meminta-minta.. Cukup sekali bagitau..dah 2 tahun, sunyi sepi tanpa berita.
Tanpa Nama berkata…
cukuplah sekali akak pinjamkan duit kat org luar . bila minta balik , fb pun kena block ... alahai ...
Ayue Rejaluddin berkata…
Jangan pandang remeh isu hutang ni walaupun seposen.....
Nanti susah kalau ada yang tak halalkan...
Nauzubillah, mohon dijauhkan....
Kekzamanis berkata…
Sakit jiwa dengan orang yang berhutang, tapi tak reti2 nak bayar.. Kadang sampai kita nak mintak pun malu.. Huhu..
ZON PERMAISURI CHOMEL
Unknown berkata…
Entry yg bagus. Untuk mengingatkan kita semua ttg bahaya hutang. Thanks acik.
BinMuhammad berkata…
Takut bercerita pasal hutang ni...Terlalu banyak rasanya hutang, hutang dengan Allah...semoga diberi kekuatan utk melangsaikannya.
Lieza Nordin berkata…
potong gaji teruss kalau utk hutang kete n lain2.. hutang ptptn jgn lupa..hehehe
Maria Firdz berkata…
Pelik org blh pnjm tpi liat byr... Sy tido xlena klu berhutng...
Cikrosecute berkata…
nasib baik tak ada hutang sangat...hutang rumah jer tinggal belum habis lagi..
Unknown berkata…
manusia biasa lah bila bab nak membayar punya lah liat...tu pasal ah long terpaksa guna kekerasan bila nak mintak balik utang...wakakkaa....

kalau nak komen pasal kes dina kat atas tu mmg menyirap....member dia tu punya alasan tak boleh bayar hutang sebab nak kumpul duit utk honeymoon mmg tak boleh blah....takkan sebab nak enjoy sanggup tak nak bayar hutang org...

kalau tak boleh bayar atas sebab mmg dia pun sempit takpe lah...ni nak seronok2 sanggup tangguhkan bayar balik hutang member sendiri....

haishhhh mmg ramai dah jumpa org yg jenis camni....selfish dan menzalimi org yg bagi hutang....
Shahrul Yusof berkata…
Bab hutang ni, kalau tak settlekan memang rasa macam tak bebas je. Merdekalah sampai berkurun-kurun sekalipun, kalau kita terjerat dengan hutang ni, nak guna duit sendiri pun rasa tak bebas.
Entry yg bagus. Untuk mengingatkan kita semua ttg bahaya hutang. çocuk parası