Assalamualaikum
Alhamdulilah dah sampai ke bulan ogos, cepatkan masa berlalu. Tak kira apa jua masanya, di mana dan bagaimana keadaanya setiap hari soal jodoh dan cinta menjuarai carta bagi yang sering di perbualkan oleh manusia. Tengoklah dari lagu,cerita dan apa-apa semuanya soal cinta dan jodoh.
Kalau lihat di status sekarang nie , ayat cinta wahh kemain lagi.
" Aku harap sangat di jodoh aku sebab aku sayang dia "
" Ya Allah tolonglah aku sayang dia, aku tak sanggup hilang dia "
Dan macam-macam , tak salah nak taip macam tu , sebab itu hak kamu. Tapi lebih indah lagi jika kamu sebutnya dalam doa selepas solat.Mohonlah pada Allah dan doakan dia , lebih indah bukan ?
Jangan tanya Allah bila nak hantar jodoh , tapi tanyalah diri sendiri adakah telah bersedia memikul tanggungjawab ?
Dalam percintaan ini bukan hanya sekadar ungkapan sahaja tetapi perlu persiapan diri juga. Yelah kalau kamu seorang lelaki, wang hantaran sekarang dah mahal kalau tak ada RM 10 000 jangan harap. Duit belah perempuan lagi, jurugambar lagi dan macam-macam. Kena siapkan semua itu,yang lebih penting persiapan diri dan baiki untuk jadi ketua keluarga.
Bagi wanita juga perlulah siapkan diri dari segi mental dan fizikal, siapkan diri untuk jadi isteri yang solehah. Belajar lah masak dan siapkan diri untuk menjadi ibu suatu hari nanti.
Nak kawin ini bukan mudah, bukan macam tu jer, tanggungjawab itu besar tau. Nak bagi anak orang makan lagi, kalau ada anak kena beli pampers dan sebagainya .Kewangan juga perlu stabil, siapkan diri dari segi fizikal dan mental.
Ini cakap sana-sini nak kawin tapi duit minyak motor mak yang bagi macam mane tu ? nak top up pon kena mintak ayah ?
Allah dah aturkan yang terbaik untuk kamu, percayalah dia Maha Mengetahui. Kita mampu merancang, tetapi Dia akan teliti dan pasti perjalanan itu lebih bermakna. Jangan pernah putus asa, yakinlah
Akhir kata dari acik , siapkan diri dari agama, kewangan , diri sendiri dan sebagainya. Jodoh itu rahsia Allah ,akan tiba waktunya jika Allah rasa kita dah bersedia.
47 Ulasan
baca tajuk pun da fham da yg nak dismpikan :)
*buat openhouse skali kndri kwen. bdget ..hehe