Assalamualaikum
Alhamdulilah dapat lagi hidup di muka bumi Allah yang sementara nie, jom berselawat ke atas junjungan besar nabi muhamad saw. Hari ini sebenarnya mood tak berapa okey sangat ,entahlah nak berblog jadi berkurang tapi kena tetap senyum walau apa pon keadaan.
Sememang cinta itu fitrah yang manusia rasa dan ingin dalam hidup ini. Dalam hidup ini pelbagai keperluan dan kehendak yang perlu di tunaikan. Termasuk dalam soal cinta kepada seorang kekasih hati. Orang kata kerana cinta kita sanggup buat apa saja. Sanggup hilang keluarga, sanggup hilang kawan jangan sampai sanggup hilang agama.
Mak selalu kata cinta itu memang pilihan kita tapi jika cinta itu tidak mendapat restu keluarga dan restu di dari Allah maka susahlah hidup kita. Tapi orang kita sanggup untuk melawan takdir untuk buktikan cinta yang kononnya agung. Sanggup buat apa sahaja. acik ada sedikit cerita yang ingin di kongsikan kepada kamu semua.
Di sebuah kota terdapat sepasang kekasih yang telah berjanji hidup semati untuk menunjukkan kasih sayangnya. Mereka sanggup tinggalkan keluarga dan tinggalkan kehidupan mereka untuk mengejar cita-cita yang sejati untuk mencintainya sedalam hati. Si lelaki yakin bahawa dialah perempuan yang selama ini di nantikan dalam hidup. Si Perempuan pula yakin bahawa hidupnya tercipta untuk lelaki tersebut. Dan dia sanggup meninggalkan ibunya yang sedang sakit kerana cinta terhadap seorang lelaki. Mereka yakin bahawa tiada apa pon yang dapat menghalang cinta mereka bersatu.
Satu hari mereka di uji, di mana ada lelaki lain meminati kekasih hatinya, di uji dan terus uji. Dan buatkan lelaki tu bengang dan upah orang untuk pukul lelaki tersebut. Dia begitu melindungi wanita tersebut., dan ujian kedua hadir dalam perhubungan mereka di mana perempuan tersebut mengidap sakit gajil dan berhabis duit telah di keluarkan untuk si dia berubat, pelbagai perubatan yang di gunakan sama ada dari moden hingga ke tradisional .Tapi alhamdulilah lepas berjumpa dengan seorang ustaz ini penyakit itu semakin membaik.
Mereka merancang untuk bernikah di thailand kerana perhubungan mereka tidak di restu oleh kedua belah pihak ibu bapa mereka. Semasa hari majlis akad nikah tu mereka rasa seronok sangat. Tiba masa untuk akad nikah tiba-tiba lelaki itu rebah dan menghebuskan nafas yang terakhir di situ.Si perempuan terpaku dan meratapi pemergian .
Kisah ini di ceritakan seseorang pada acik dengan mengalirnya air mata. Ini buktinya jika Allah kata dia bukan jodoh kita, maka bukanlah walaupon dengan apa juga carayyang kita cuba untuk menghalangnya.
Restu ibu itu juga adalah restu dari Allah, dapatkanlah restu mereka. Buatlah mereka terima dengan kekasih kita. Pastinya ibu bapa mahukan yang terbaik untuk kita, Carilah seseorang yang buat ibu bapa kita gembira dengan pasangan kita.
Ingat dalam dunia ini ada 2 pekara penting berkaitan dengan doa ibu bapa kita. Pertama ibu bapa pastikan akan mendoakan yang baik-baik untuk kita dan doanya di makbulkan Allah, Kedua jika kita buat hati mereka terguris dan mereka medoakan kecelakaan hidup kita maka hidup kita tak akan aman .. Acik pegang pada itu ,jangan kerana cinta kita sanggup buang mereka.
34 Ulasan
saya cuba menjadi anak yang baik. menerima pilihan ibu dan menolak pilihan hati yang telah bertahun-tahun memadu cinta. bukan nak show off tapi sekadar berkongsi rasa sahaja.
yang paling utama ialah, hati kita perlu redha barulah kita akan capai satu ketenangan dalam jiwa tapi tersangatla sukar untuk menikmatinya. hanya allah saje yang tahu. sy menerima pilihan ibu kerana sy fikir, ibu lebih tahu apa yang terbaik untuk saya. alhamdulilah. :)
Berbincang dan bermuzakarah itu adalah yang terbaik...
apa2 pun restu ibu bapa perlu kita utamakan..baru hati kita tenteram..moga menjadi iktibar buat kita yang membaca kisah ini^^
yaya klik nuff sini
tp apepun mmg restu keluarga itu lbh penting..
Allah xredha jika ibu bapa kita sdri xredha dgn kita..
segalanya telah tersurat....