Assalamualaikum
Alhamdulilah dapat lagi kita bersama-sama di ramadhan terakhir di bulan ramadhan ini. Nanti mesti kita rindu ramadhan nantikan. Kebetulan semalam mak acik cerita tentang kelebihan surah al mulk, mak kata surah ini dapat menyelamatkan kita dari di soal nanti di kubur. Jadi acik nak ceritakan juga kepada kamu semua wahai pembaca blog acik yang acik sayang.
Ada diceritakan dlm al-Quran melalui maksud surah al-mulk tetapi diterjemahkan daripada "Kitab Khasful Ghummah" bahawa seorang yang beramal dengan surah al-mulk.Bila tiba kematian dia, terus datang malaikat untuk menyoal.Sebelum sempat menyoal, surah al-Mulk bercucuran keluar memenuhi wajah si mati.Malaikat berkata "ya ahlul kitab..aku kenal kamu..kamu al-mulk..kenapa kamu dtg ke sini?"
Seraya al-mulk menjawab "wahai malaikat, sepanjang manusia ini hidup, dia beramal dengan aku..aku sebati di dalam kerongkang manusia ini..maka hadir aku ini untuk menghalang kamu dari menghukum manusia ini.."
malaikat menjawab, "wahai al-mulk, tidak boleh menghalang tugas kami.."
Lantas surah al-mulk dtg kpd Allah.. "wahai Allah..aku adelah kitab-Mu..aku mahu melindungi manusia itu..jika Engkau tidak mengizinkan, buanglah aku (al-mulk) dr Al-Quran Mu.."
Maka Allah memberi keizinan kpd al-mulk..terus al-Mulk kembali kepada manusia di kubur tersebut..sesampai di kubur, kelihatan malaikat menghampiri manusia..al-mulk menjerit dgn gerunnya, "ya malaikat! pergi kau dari sini! Aku telah mendapat kebenaran daripada Allah!! (malaikat terkejut dan pergi sepantas yg mungkin) aku akan menjaga manusia ini sehingga kiamat..aku tidak sanggup membiarkan manusia ini kesunyian kesorangan di dalam kubur..biarlah aku menjadi teman dia sehingga di bangkitkan kelak.."
Nabi Muhammad berjanji sesiapa yg beramal surah al-mulk akan terhindar drp siksa kubur..wallahualam...
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”..
Ini baru satu surah..kalau beramal byk surah?Allahurobbi.
28 Ulasan