Assalamualaikum
Alhamdulilah kerana masih lagi bernafas di muka bumi Allah dan berselawatlah ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Minggu ini ramai rakan-rakan acik akan mendirikan rumah tangga, tinggallah kami yang membujang lagi ini. Semalam acik dapat mesej dari seorang rakan, dia akan bernikah pada hari malam ini dan ahadnya majlis persandingannya. Tapi dia ragu tentang perkahwinan akan berlangsung dan dia minta nasihat untuknya.
Kamu mahu berkahwin kerana apa ?
Jika asas perkahwinan adalah kerana Harta,
maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis..
Jika asas perkahwinan adalah kerana Kepuasan Nafsu,
maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan..
Jika asas perkahwinan kerana Kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut..
Jika asas perkahwinan kerana Anak,
maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir..
Jika asas perkahwinan kerana Keperibadian,
pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya..
Jika asas perkahwinan kerana Cinta,
hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi...
Namun,
Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah,
sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya...
Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya...
Allah..Allah..Allah.. Moga masjid yang dibina kekal bahagia keranaNya sampai syurga..Insya-Allah. Ini hanya sekadar nasihat. Jika perkahwinan kerana ibadah kepada Allah. Maka Allah akan melengkapi keperluan kita dari segi rezeki, Anak dan segalanya. Yakinlah dengan Allah. Kepada rakan-rakan blogger yang sudah berkahwin acik mohon nasihat dari kamu untuk diri acik dan kepada mereka yang mahu melangsungkan perkahwinan.

26 Ulasan
tajuk yang menarik untuk dikongsi bersama. berkahwin kerana cinta itu satu pilihan, berkahwin tanpa cinta juga pilihan, tapi kerana perkahwinan itu di niatkan kerana allah swt dan mengikut sunnah nabi,insyallah kekal bahagia. nak kongsi something la, sikit je ye acik..
perkahwinan akak di temukan oleh family, tak pernah kenal my other half yg sekrng ni dulu, sb sudah ada cinta lain. tapi kuasa allah siapa yang tahu. kami bercinta selepas di ijab dan qabul. alhamdulilah...allah masih sentiasa merahmati perjalanan cinta kami.
Entry peringatan yg baik bro..^___^