Assalamualaikum
Alhamdulilah dapat lagi kita bernafas di bumi pinjaman Allah. Sebelum itu jomlah berselawat kepada junjungan besar nabi muhammad saw. Sebelum itu, acik hanya ingin beritahu bahawa acik nie bukan pakar motivasi, bukan juga ustaz tapi hanyalah manusia biasa ingin kongsi ilmu.
Sebab ramai tanya macam-macam lebih dari luar kemampuan acik. Acik hanya mampu jawab yang termampu sahaja, acik ini insyaAllah satu hari nanti akan menjadi pengamal media (broadcaster). Semalam acik saje share di page acik tentang lelaki atau perempuan cepat bosan dalam perhubungan ?
Reaksi yang pelbagai dan mulalah ada luahan dan kata-kata kurang enakdi baca dan di pertuturkan serta persengketaan antara gender. Acik bertanya bukanlah mahu mencari gaduh tapi itulah lumrah dalam kerseimbangan antara lelaki dan perempuan .Si lelaki cakap si perempuan dan si perempuan cakap lelaki.
Siapa cepat bosan dalam perhubungan ?
Si perempuan kata mestilah lelaki, lelaki ini cepat bosan dengan perempuan
Si lelaki kata mestilah perempuan yang cepat bosan dengan lelaki
Sebenarnya 2 dua pihak sama saje .Yelah kalau acik pun bosan juga, dah jumpa lepas itu bergayut dekat 12 jam itu belum lagi mesej dan chatting lagi di laman sosial . Kalau bertelefon itu dekat 3-4 jam. Tak penat ke ?
Jawapannya paling tepat adalah pada individu itu tersendiri, kerana segalanya adalah ikut apa yang kamu rasa dan apa yang kamu lakukan tak kiralah sama ada lelaki atau perempuan.
Yelah orang sekarang nie "kisah cinta " mereka sangat hebat!!! couple 4-7 tahun , bila di tanya kenapa couple lama-lama ,katanya untuk kenal hati budi luar dan dalam. Dan kita dapat lihat "trend" masa kita sama anak remaja mahupun orang dewasa menukar pasangan dengan mudah ,alasan yang di berikan tak serasi.
Ada yang tanya acik , kenapa si Dia tak sama seperti mereka masa kenal dulu ?
Mane taknya , masa couple inilah habis semua cerita di beritahu kepada pasangan, kononnya nak jujur dan tak nak ada rahsia antara kita berdua. Wahh kemain lagi romantik, selepas berkahwin ? jadi macam tiang lampu diam tanpa kata yelah semua dah tahu tentang pasangan dan kadang sampai dah malas nak ambil tahu.
Kan lebih indah kalau ada pekara yang di rahsia dan hanya "surface" tentang diri kamu sahaja di beritahu. Mesti pasangan itu akan penuh dengan tanda tanya dan ingin lebih tahu tentang kamu. Bukankah lebih baik ?
Ermm satu lagi tak perlulah "couple" lama-lama, kalau mampu cepatkan dan kan lebih indah cinta lepas kawin . Rasa seperti pasangan baru bercinta, lebih fresh. Bosan dan tak bosan itu terpulang pada diri kita bagaimana nak mencorakkannya. Jangan jadi semua ini alasan, kerana manusia yang banyak alasan hidupnya akan susah.
Apa pon ,semuanya terpulang pada kamu, kalau kamu jenis yang cepat bosan dengan pasangan maka cuba ubah untuk jadi lebih indah.Apa pon jom baiki diri untuk jadi lebih baik dan baik. Wasalam.
24 Ulasan
memang benar, bosan atau tidak adalah terletak pada pasangan... jika kita fikir bosan..jadi bosan lah kan... apa yang penting pandai2 lah kita dalam mencorakkan sesebuah perhubungan agar berkekalan...
mselim3
pls: kalau kira bosan semua bosan kan... cuma makan aje x bosan....huhuhu...
Setiap saat itu sebenarnya penuh dengan perbezaan, nikmati dan hargailah ia...pasti tidak bosan.
Keserasian pasangan belum teruji sepenuhnya jikalau kedua-duanya belum berkahwin. Dalam perhubungan, segala eksperimen adalah tidak valid selagi belum diijab kabul. Jangan jadikan diri anda K. Rajagobal dalam hubungan percintaan.
kalau semua nak membaling je..sapa nak menerima pulak kan..kita memerlu antara sama lain..baru x cepat boring..:)