Assalamualaikum
Alhamdulilah dapat lagi kita bersama di hujung minggu yang ceria bersama keluarga, rakan-rakan dan pembaca blog acik nie. Dalam hidup ini kita tak boleh hidup keseorangan melainkan nanti apabila kita sudah di alam kubur nak tak nak kita kena keseorangan juga. Acik ucapkan terima kasih kepada kamu semua yang sudi berkawan dengan acik dan acik juga bersyukur kerana dapat bertemu dengan kamu semua.
Hidup nie kita perlukan kawan dan sahabat yang selalu memberi peransangan dalam hidup kita, tak kiranya dalam sedar mahupun tidak. Kenangan demi kenangan kita ukir bersama dan pelbagai peristiwa telah berlaku yang memberikan impak dalam hidup kita.
Ahh apalagi di kesempatan yang ada kami semua bekas pelajar kelas 5 STM ( Sains Teknologi Maklumat ) berkumpul untuk menjaya Mini Reunion. Penganjur kali ini adalah Farahin dan di bantu oleh Aini Fariha dan rakan-rakannya. Kali ini lokasinya di Air Tawar 3. Alhamdulilah ramai yang dapat hadirkan diri dan ada juga tak dapat hadirkan diri kerana ada pekara yang tak dapat di elakkan.
Apabila sekian lama tak berjumpa, wahh banyak pekara yang ingin di kongsikan bersama dari kenangan dahulu hinggalah perjalanan hidup masing-masing. Alhamdulilah acik berbangga dengan rakan-rakan yang sudah berjaya ,ada yang sudah berkahwin dan ada juga sudah mempunyai kereta besar.Alhamdulilah itu rezeki dan berkat usaha kamu semua.
Ahh sempat lagi berposing dengan pelbagai gaya, kami juga sempat pergi ke kampung sebelah di teluk sengat untuk bergambar di tepi pandai. Bersantai sambil berbual bersama-sama. Cepatnya masa berlalu , pejam celik, pejam celik dah 23 usia kami. Dah 6 Tahun kami tinggalkan zaman persekolahan. Masa itu kami ambil SPM pada 2007.
Apapun acik berharap sangat persahabatan ini akan di teruskan lagi dan semoga di rahmati Allah, apa pon tahun depan kita berkumpul bersama-sama lagi dan kita lihat siapa yang ramai anak ?? hurey tapi acik lambat lagi ,tahun depan baru habis belajar jadi baru nak mencari tapak untuk membina hidup ini.
Akhir kata dari acik, siapalah diri kita tanpa orang yang ada di sekeliling kita, Jangan terlalu mendongak kelangit sehingga tanah yang berbudi di lupakan. Wasalam
25 Ulasan
Dah lma juga tak reunion ngan member2 akak..
Selamat Hari Raya...
p/s:klau xterlambt, selamat hari raya bro
mesti meriah kan acik bersama teman2.