Ticker

6/recent/ticker-posts

Orang Sibuk Sedang Buat Persiapan Raya, Dia Sibuk Sedang Buat "Projek"

remajaku

Assalamualaikum

Wahh rindu kamu semua, baru je beberapa hari tak update blog nie.Minta maaf sangat sebab sangat sibuk dengan ada event berbuka dan persiapan untuk hari raya. Alhamdulilah ada rezeki di saat akhir di bulan ramadhan nie.

Semalam lepas habis event, acik sempatkan diri pergi ke bazar ramadhan untuk mencari baju. Jadi pegilah di Pasar borong pandan . Ya Allah orang ramai sangat bagaikan semut, ramai sangat. Nak beli pon memang susah. Memang acik tak beli apa-apa sebab ramai sangat orang, nak merempuh orang sana sini.

Tapi tengah berempit-rempit jalan tu , ada juga ambil kesempatan dengan mencuri ataupon pengeluk saku. Tapi yang paling terperanjat, masa acik nak pergi ke parking kereta tu . Berjalanlah dengan abang dan kak ipar acik. Yelah ramai orang jadi  parking kereta kena jauh plak, berjalan jauh.Sedang jalan tu, ya Allah dalam tempat gelab dan semak samun nampak ada benda yang bergerak-gerak. Ya apa pulak tu ?

Kamu rasa apa ? pada mulanya acik ingat khinzir ke apa ke? lepas tu dengar suara pula.

Ya Allah rupanya ada sepasang remaja sedang buat projek, tempat tu memang gelab. Ada pak cik tu nampak dan dia baling batu , budak tu menjerit "aduh " rupanya baru nak mula projek.

Dan pak cik tu yang uruskan budak-budak tu, dan orang ramai berkumpul tengok di situ .

Entah kadang terfikir remaja sekarang dasyat, tak kat mana tempat dan masa, tak kiralah bulan mulia atau tidak jika nak buat maksiat tu tak peduli segalanya. Padahal syaitan dan segolongan dengannya di ikat di sana tetapi 2 ekor remaja ini mengalahkan mereka. Malu betul acik, remaja melayu plak tu . 

Orang lain sedang sibuk persiapkan diri untuk malam-malam terakhir ramadhan dan persiapan raya.Mereka pula melepaskan nafsu serakah mereka.

Bila di tanyakan kepada 2 pasangan mereka, umur mereka berapa ?  yang si lelaki 16 tahun , perempuan 15 tahun. Budak lagi kan , entahlah gejala sosial kini makin teruk ya Allah selamatkan  ibu bapaku , diriku adik beradikku, keluargaku, sahabatku dan seluruh umat dari melakukan pekara yang sia-sia dan maksiat. selamatkan kami ya Allah.

Catat Ulasan

21 Ulasan

sayang berkata…
sedih mendengarnya...
Unknown berkata…
salam bro acik, firstly cik akak kirim salam..& back tu entri..kalau kat pandan tu dh banyk dgn kes2 cam tu..itu dulu masa bljr kat poli..dan kalau shopping kat situ mmg ramai manusia dan banyak sngt pilihan baju..:)
Unknown berkata…
Alahai budak2 skolah lagi.. mcm mana la bole jadi cmtu..
Khir Khalid berkata…
X reti menghormati bulan mulia.. kerana nafsu badan binasa...
adarain berkata…
teruknya perangai...nafsu darah remaja memang kuaatt..semoga terhindar dari perkara tersebut..
Vee berkata…
Aduyaii.. Semoga sedar lepas ni. Huhu. Setiap orang memainkan peranan penting utk membanteras perkara mcm ni. Kalau parents duk sibuk mengajar tapi anak buat derk je pun tak guna kan. Hmm.. Kesian tgk dunia skrg. Kita di ambang kiamat..
Mizz Aiza berkata…
semoga mereka insaf dan segera bertaubat.. apa nak jadi dengan remaja kita sekarang? huhu..
Fais-SKA berkata…
mak aih..xtkot ke diorg ni..sedih2..hrap sempatlh bertaubat..
Unknown berkata…
alahaii..masih kecik umor tu, dalam bulan pose pun nak bermaksiat jugak ke,. semoga Allah bagi mereka pertunjuk.
Bunda_nora berkata…
ANAK SAPE LA TU..SIAN..
Cik Itah berkata…
adoii..buat malu betul !
bulan+ mulia mcm ni buat hal ..apa nak jadi
Unknown berkata…
Isk3, itulah akibatnya rendah nya akal dan lebih kpd nafsu yg jahat. Smp mcm tuh skali. Makin rosak anak melayu Islam kita zaman skrg.
MalizaMah berkata…
doakan agr perkara sebegini tidak berlaku.
Unknown berkata…
dunia akhir zaman dah bro.. kadang-kadang memang dah tak lut dah dengan nasihat-nasihat ni.. sebab tu dalam Islam dimudahkan untuk berkahwin dan bernikah. sebab utamanya untuk elakkan terjadinya maksiat. tetapi adat bangsa melayu pula yang buat ia jadi susah. renung-renungkan dan fikir-fikirkan :)
shazillahsani.com berkata…
alamak malunya...buat onar dalam bulan puasa...
Tanpa Nama berkata…
beraninya diorang ni...
norhasnizakhalid berkata…
mama memang tak kan pergi pasar borong.. tiap-tiap tahun penuh giler orang..
alah acik, acik lalu kat stulang tu,, siang-siang buta buat hal acik.. tak menghormati bulan puasa langsung...
Unknown berkata…
teruk betul la. ni klu den jumpa, xde den nak azankan deh, den bagi namecard blog den terus suruh diornag baca blog den.. hurmm..
Dzureen Darwis berkata…
Ya Allah, tolong lah fikir panjang dik :( hmm
Adhie berkata…
memang takder fikir lagi bila dah nafsu tu menguasai...
NuissMa berkata…
bile nafsu dikedepankan dpd iman..