Ticker

6/recent/ticker-posts

Peminta Sumbangan Bengang Kerana Senyuman


peminta sumbangan

Assalamualaikum


Alhamdulilah dapat lagi kita hidup di bumi Allah ini, jom selawat ke atas junjungan besar nabi muhammad saw.Tinggal beberapa lagi akan balik ke uitm kerana cuti sem dah nak habis dan akan mulakan pengajian semula sebagai seorang pelajar. Alamak rindunya nak balik ke uitm berjumpa dengan rakan-rakan.

Semalam kawan baik acik ceritakan pada acik tentang satu hal yang berlaku padanya. Semalam dia keluar dengan adiknya ke bandar. Adiknya ini jenis yang suka bertanya , yelah budak kecil memang banyak tanya lagi-lagi pekara baru yang dia nampak. Adik dia kalau jumpa acik memang akan macam-macam akan di tanya dan berbual macam orang tua,seronok kalau berbual dengannya.

Di Jadikan cerita,semalam mereka pergi ke bandar untuk cari barang-barang ,dah penat pergi beli barang pergilah makan.  Masa kat kedai itu ada seorang pak cik datang ke meja mereka untuk meminta sedekah katanya untuk sekolah tahfiz.

Masa pakcik duk terangkan tentang rumah rumah tahfiz ini, kawan acik pelik tengok adiknya tersenyum saje tanpa berkata-kata biasanya dia yang kecoh. Kawan acik tanyalah "adik kenapa asyik tersenyum saje ? 

Adiknya jawab bukan ke abang cakap kalau kita tak ada duit dan ada niat nak sedekah boleh bagi senyuman ? bukankah senyuman itu satu sedekah?

Pak cik itu menyampuk : Memanglah dik, tapi kalau senyum je tak beri apa-apa , perut yang kosong pon tak boleh kenyang kalau setakat senyum ..duit itu penting duit !!!

Adik : Pak cik saya minta maaf , pak cik datang ke meja kami ini, kami ini masih lagi pelajar mana ada duit banyak tu pak cik, duit pergi sekolah pon mak bagi RM 2 .

Pak cik : Ahh ? Pak cik tak minta banyak pon ,seikhlas hati je nak

Adik : Seikhlas hati ? tapi amar tengok kat resit itu ada RM 10 ? kalau nak bagi RM10 tapi x ikhlas macam mane ? kalau yang saya ikhlas RM 1 je boleh tak ? tapi tak sama dengan jumlah yang ada kat resit tu ? kalau gitu pak cik ambillah duit saya nie.Kalau tak nak ambillah nasi ini, sebab kat sekolah cikgu kata sedekah itu bukan duit sajekn, barangan dan makanan pon boleh.

Pak cik : Ishh budak ini !! kecik-kecik pandai menjawab.

Pak cik terus berlalu pergi, dengan muka yang bengang. Kawan acik hanya mampu tergelak sekuat-kuatnya. Pandai betul adiknya. 

Maksud disini, yelah orang sekarang nie datang ke meja kita kata sumbangan ikhlas tapi resit yang telah tertera jumlah wang . Yelah kalau kita beri sikit pak cik akan terima tak ? itu maksud adiknya. 

Entah acik pon tak tahu nak cakap, tapi kalau acik tengok berita mengatakan bahawa pihak tahfiz yang berdaftar tidak benarkan untuk meminta sedekah mahupon sumbangan. Apa-apa Allah lebih mengetahui, kita bersangka baik saje.


Catat Ulasan

45 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
nice story, banyak pengajaran
sitirohaida berkata…
betul la tu..nampak sangat pakcik tu tak ikhlas
nae nematoda berkata…
erm , budak lagi ikhlas untuk memberi...kalau betul pakcik uh nak minta sumbangan , biar ihklas , tak payah nak marah budak tu.... :)
Khir Khalid berkata…
Itulah dunia sekarang.. sy bukan nk tuduh sesiapa, tp mmg banyak org buat keuntungan dgn menjual agama atas tiket ikhlas & amal jariah.. mmg x baguslah mcm tu. Thanks sharing Acik, sgt bagus utk pengajaran & peringatan diri ini.
Maria Firdz berkata…
Hmm.. Tu yg buatkn kdg2 rasa x ikhlas nk.mmberi... X yah bg lah klu rasa x ikhlas..nnt lagi x berkat..
Tanpa Nama berkata…
klu minta derma dgn marah2 , emmm ... bersangka baik saje ler ...
Unknown berkata…
iyu dah banyak berlaku skng..semua dh siap dgn resit..tapi bila dh nama sedekah seikhlas mungkin..bg pon seikhlas je la..nanti kalau lebih2 jadi x ikhlas pula kan..
Kekzamanis berkata…
Bijak betul adik kawan acik tu.. Tetapi memang betul kata2 adik kawan acik tu.. Cuma pakcik tu tak patutla nak melenting macam tu.. Dah orang takde duit, nak buat macamana kan? Bagi singgit tak nak pulak.. Kata sumbangan ikhlas.. Pelik betul lah manusia ni.. Macam2 ragam.. Bersangka baik je lah.. =)
ZON PERMAISURI CHOMEL
Tetamu Istimewa berkata…
Peminta sepertinya sudah menjadi satu profesyen pekerjaan.
norhasnizakhalid berkata…
hari tu, kat bukit dahlia ni pun ada kisah sebegitu.. muka lawa-lawa minta sedekah, ... pelik jugak mama, bila kita nak bagi berapa kita ada, muka dah ketat dah.. kat resit tengok mahal.. last-last mama tak bagi.. hihihi..

nak bersangka baik, tapi hati mengatakan lain.. baik tak payah beri kalau tak ikhlas.. kan acik.. hihi
sizziey darliana berkata…
lain kali bagi dia senyuman je .. kan senyum satu sedekah .. heheheh
Tanpa Nama berkata…
betul jugak tu...sama juga kat luar bank,banyak juga peminta sumbanagan atas nama tahfiz bagai...
Story Nadya berkata…
pengajaran bersama sebab ramai yang meminta sedekah tapi untuk siapa pun kita tak tahu
Unknown berkata…
Humm issue ni berat sbb brkaitan dgn agama. Kta pn blh jd serba slh.
Dzureen Darwis berkata…
Yelah x paham kenapa derma dah ada resit2. Hari tu datang laki ni lagi lah, boleh derma RM25 je. Cisscake
Unknown berkata…
Bulan puasa hari tu ramai jgk yg dtg ke rumah minta sedekah..blm habis cerita dh bg duit..
BinMuhammad berkata…
Suka dgn jawapan adik tu...senyuman pun sedekah juga, :)
Mizz Aiza berkata…
bijak betul adik kawan acik tu.. sampai terkasima pakcik tu dibuatnya.. hehe.. betul tu, ramai orang yang anggap sedekah tu hanya dalam bentuk wang/material.. padahal senyuman tu pun sedekah juga.. semoga adiknya terus membesar jadi anak yang soleh.. :D
Adilah Asari berkata…
Kalau kita nak minta derma tak perlulah nak emosi yaya rasa..dan terpulang pada penderma tu mahu derma atau tidak..
Unknown berkata…
menderma kalau untuk kebaikan si penderma takpe.
ini derma kat peminta sedekah tetapi dibuat beli arak.
berdosa dahh.
Akupenghibur.com berkata…
alhamdulilah, thanks sudi membaca :)
Akupenghibur.com berkata…
entahlah kak .,tapi nampak gaya cara kawan acik bercerita begitulah :)
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) , itulah semoga di jadikan iktibar
Akupenghibur.com berkata…
betul tu khir, jangan jadikan agama itu peluang untuk kita menipu orang lain ..don't don't
Akupenghibur.com berkata…
ermm itulah , belajar untuk ikhlaskannye
Akupenghibur.com berkata…
itulah bersangka baik sajelah
Akupenghibur.com berkata…
ahhh , beri yang kita termampu saje :)
Akupenghibur.com berkata…
itulah , mungkin dia malu sendiri kot :)
Akupenghibur.com berkata…
itulah, mungkin jgk ..ishhh jadi pengemis pon boleh kaya
Akupenghibur.com berkata…
itulah, banyak lagi kerja lainkan ...ishhh
Akupenghibur.com berkata…
itulah ..senyuman je lama-lama
Akupenghibur.com berkata…
aahh kak, kita beri yang termampu sahaja
Akupenghibur.com berkata…
lebih baik sedekahkan kepada yang sepatutnya
Akupenghibur.com berkata…
itulah , jadi bersangka baik sajelah
Akupenghibur.com berkata…
yeke ?? wahh lagi dasyat
Akupenghibur.com berkata…
tak apalah mieza :) beri yang termampu
Akupenghibur.com berkata…
yup ,, pandai budaknye
Akupenghibur.com berkata…
amin mudah-mudahan ... maybe pakcik tu tak faham konsep sedekah
Akupenghibur.com berkata…
betul tu yaya... rasanya tak payah nak emosi sangatkan :)
Akupenghibur.com berkata…
bersangka baik sajelah :)
Fais-SKA berkata…
terbaik =) budak kecil pn dah faham..ada betulnya disitu..tpuk dada tnya iman..skrg ni, bnyak sgt yg minta derma..kita nk bg pn bia la ikhlas hti kita kn.. =)
Unknown berkata…
bijak sungguh otak adik tu..kdg2 mmg ada segelintir dr mereka yg memohon sumbangan mcm tu..yg menyalahgunakan maksud IKHLAS tu..appun..baik atau tidak niat tu..hanya Allah yg Maha Mengetahui..:)
Ayue Rejaluddin berkata…
Bukan nak cakap apa Acik....
Kadang orang minta sumbangan ni demand...
Kita sendiri tak tau betul ke tak kan...
Bile bagi singgit seikhlas hati kita takmo amik..
Tapintu la, urusan dia dengan maha esa kan.... =D
Addasyuhadadisini berkata…
mcm2 kerenah kan dunia zaman sekarang..betul kalau kita nak sedekah biarlah ikhlas..duit memang penting tapi lgi penting niat kita yang meminta dan memberi ni.. :))
Tanpa Nama berkata…
Hahaha...bijak budak tu...akak pernah juga tulis kisah sedekah ni di wall fb akak tp lain sikit,kisah sorg budak asyik senyum je pd tabung duit di surau setiap kali dia ke surau tu..bila pak imam tanya kenapa asyik senyum je kat tabung tu,budak tu jawab,kat tabung tu tulis tabung utk sedekah,sy tkde duit jd sy senyum la....hahaha