Assalamualaikum
Alhamdulilah dapat lagi kita hidup di bumi Allah ini, jom selawat ke atas junjungan besar nabi muhammad saw.Tinggal beberapa lagi akan balik ke uitm kerana cuti sem dah nak habis dan akan mulakan pengajian semula sebagai seorang pelajar. Alamak rindunya nak balik ke uitm berjumpa dengan rakan-rakan.
Semalam kawan baik acik ceritakan pada acik tentang satu hal yang berlaku padanya. Semalam dia keluar dengan adiknya ke bandar. Adiknya ini jenis yang suka bertanya , yelah budak kecil memang banyak tanya lagi-lagi pekara baru yang dia nampak. Adik dia kalau jumpa acik memang akan macam-macam akan di tanya dan berbual macam orang tua,seronok kalau berbual dengannya.
Di Jadikan cerita,semalam mereka pergi ke bandar untuk cari barang-barang ,dah penat pergi beli barang pergilah makan. Masa kat kedai itu ada seorang pak cik datang ke meja mereka untuk meminta sedekah katanya untuk sekolah tahfiz.
Masa pakcik duk terangkan tentang rumah rumah tahfiz ini, kawan acik pelik tengok adiknya tersenyum saje tanpa berkata-kata biasanya dia yang kecoh. Kawan acik tanyalah "adik kenapa asyik tersenyum saje ?
Adiknya jawab bukan ke abang cakap kalau kita tak ada duit dan ada niat nak sedekah boleh bagi senyuman ? bukankah senyuman itu satu sedekah?
Pak cik itu menyampuk : Memanglah dik, tapi kalau senyum je tak beri apa-apa , perut yang kosong pon tak boleh kenyang kalau setakat senyum ..duit itu penting duit !!!
Adik : Pak cik saya minta maaf , pak cik datang ke meja kami ini, kami ini masih lagi pelajar mana ada duit banyak tu pak cik, duit pergi sekolah pon mak bagi RM 2 .
Pak cik : Ahh ? Pak cik tak minta banyak pon ,seikhlas hati je nak
Adik : Seikhlas hati ? tapi amar tengok kat resit itu ada RM 10 ? kalau nak bagi RM10 tapi x ikhlas macam mane ? kalau yang saya ikhlas RM 1 je boleh tak ? tapi tak sama dengan jumlah yang ada kat resit tu ? kalau gitu pak cik ambillah duit saya nie.Kalau tak nak ambillah nasi ini, sebab kat sekolah cikgu kata sedekah itu bukan duit sajekn, barangan dan makanan pon boleh.
Pak cik : Ishh budak ini !! kecik-kecik pandai menjawab.
Pak cik terus berlalu pergi, dengan muka yang bengang. Kawan acik hanya mampu tergelak sekuat-kuatnya. Pandai betul adiknya.
Maksud disini, yelah orang sekarang nie datang ke meja kita kata sumbangan ikhlas tapi resit yang telah tertera jumlah wang . Yelah kalau kita beri sikit pak cik akan terima tak ? itu maksud adiknya.
Entah acik pon tak tahu nak cakap, tapi kalau acik tengok berita mengatakan bahawa pihak tahfiz yang berdaftar tidak benarkan untuk meminta sedekah mahupon sumbangan. Apa-apa Allah lebih mengetahui, kita bersangka baik saje.
45 Ulasan
ZON PERMAISURI CHOMEL
nak bersangka baik, tapi hati mengatakan lain.. baik tak payah beri kalau tak ikhlas.. kan acik.. hihi
ini derma kat peminta sedekah tetapi dibuat beli arak.
berdosa dahh.
Kadang orang minta sumbangan ni demand...
Kita sendiri tak tau betul ke tak kan...
Bile bagi singgit seikhlas hati kita takmo amik..
Tapintu la, urusan dia dengan maha esa kan.... =D