Ticker

6/recent/ticker-posts

Seorang Gadis Mengamalkan Nasi Kangkang Kepada Teman Lelakinya



Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat lagi kita bertemu lagi, jomlah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Hari nie seronok sangat kerana banyak rumah terbuka yang kena pergi. Hureyy semangat nak makan ,nyum nyum. Tapi Sebenarnya hari ini acik nak kongsikan pekara yang agak serious tentang satu hal nie.

Pernah dengar Nasi kangkang ? 

Apa yang acik tahu nasi kangkang atau tangas adalah sejenis ilmu hitam yang di gunakan oleh seorang perempuan untuk menundukkan orang lelaki ataupon suaminya. Tentunya ia adalah menyalahi syariat islam dan orang yang melakukannya adalah haram di sisi Islam. 

Kebanyakan di lakukan oleh masyarakat melayu dan ada juga kaum lain. Seriously acik tak sangka amalan ini masih lagi wujud dalam masyarakat kita. Apapon alasan yang di berikan tujuan tak menhalalkan cara.Hari nie acik kongsikan satu cerita yang di hantar pada acik semalam, bacalah kisah ini. 

nasi kangkang
nasi kangkang
nasi kangkang

Apabila acik baca kisah ini, terdiam seketika, apakah tujuan sebenar perempuan tersebut ? adakah kerana cinta atau untuk kepentingan diri sendiri ? 

Pada acik tak perlulah nak tunduk menunduk sama ada teman lelaki apatah suami. Biarlah perasaan yang ada itu atas dasar suka sama suka dan berlandaskan cinta kerana Allah.Seeloknya bagi para isteri tak perlulah menundukkan suaminya. Rumahtangga itu haruslah dibina dengan perasaan “sakinah” (tenang) dan “mawaddah” (kasih sayang).

Secara jujurnya acik tak tahu sangat tentang hal ini, kena tanya orang yang lebih arif pekara ini. Tak apa nanti acik tanyakan pada ustaz acik dan nanti acik kongsikan maklumat kepada kamu semua. Tetapi

“Sesungguhnya jampi-jampi, tangkal-tangkal dan sihir tiwalah adalah syirik”. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Ibnu Mas’ud r.a./al-Jami’ as-Saghir, no. 2002)

(*At-Tiwalah ialah sejenis sihir pengasih iaitu yang digunakan untuk menjadikan seorang perempuan dikasihi oleh seorang lelaki. Lihat Faidhul Qadier, hadis no. 200

Tapi kena ingat bahawa  syirik adalah dosa paling besar di dalam Islam. Orang yang mati dalam keadaan mensyirikkan Allah, ditutup pintu keampunan untuknya. Ia akan kekal di dalam neraka buat selama-lamanya. Firman Allah (bermaksud);

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa mensyirikkanNya dengan sesuatu. Dia akan mengampunkan dosa selain syirik itu bagi orang yang dikehendakiNya. Sesiapa mensyirikkan Allah dengan sesuatu, maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar” (Surah an-Nisa’, ayat 48).

Menurut ulamak Tafsir, ayat di atas bermaksud kepada orang yang mati dalam Syirik. Berkata Imam Ibnu Kathir; yakni; “Allah tidak mengampunkan hamba yang bertemuNya dalam keadaan mensyirikkanNya”. Adapun orang yang semasa hayatnya pernah mensyirikkan Allah, kemudian sebelum ia mati, ia telah menyedari dosa Syiriknya, lalu memohon ampun kepada Allah dan membuang segala perbuatan Syirik dari dirinya, Insya Allah dosanya akan diampunkan Allah. Ini sebagaimana yang dijanjikan Allah melalui sabda RasulNya;

“Sesungguhnya Allah akan menerima taubat seorang hamba selagi nyawanya belum sampai di halqum (yakni nyawanya berada di penghujung)”. (HR Imam at-Tirmizi. Kata at-Tirmizi; hadis ini hasan gharib)

Apapon jom kita muhasabah diri dan jauhi pekara-pekara syirik. Tak payah nak nak guna ilmu penunduk ini, tak ada faedahlah. Apapon kurangkan kontroversi tingatkan prestasi diri kita . Oklah nak sambung beraya.Wasalam

Catat Ulasan

27 Ulasan

Aimacomel berkata…
Buat mcm tu mmg takkan bau syurga la. Berdosa besar. Ish, tak sanggup nk fikir psl ni
Mia Liana berkata…
uikkkkkkkk... bahaya nya.... syirik.. khurafat.. dan berdosa besar tu... huhuhu
Unknown berkata…
Selama ni isteri je bg nasi kankang.. ni pasangan kekasih pun ada jugak..
krole berkata…
Astagfirullah...ada juga manusia macam ini...tak tau apa motif dia buat macam tu...kalau terlampau sayang pun...baik minta dengan Allah...banyakkan berdoa...ini bagi benda bukan-bukan pula. Nasib baiklah sahabat acik tu dah perasan dan dah buat rawatan...beginilah manusia kalau tak jadikan agama sebagai pegangan dalam hidup
Adilah Asari berkata…
semoga kita terhindar daripada melakukan perbuatan terkutuk sebegini..subhanallah
Unknown berkata…
Ya Allah, semoga kita jauh dari melakukan kesilapan mcmni...ada jugak orang mcmni..
Khir Khalid berkata…
Manusia & Dunia.. kerana cinta ada yg sanggup buat apa shj walaupun mensyirikkanNya. Semoga kita terhindar dari terjebak dgn perkara spt itu.. astaghfirullah.
Unknown berkata…
org sekarang sangup bt apa saja..demi kepentingan diri..dunia akhir zaman..
Dzureen Darwis berkata…
Allahuakbar, apa jadi dengan hubungan diorg?
Tanpa Nama berkata…
adoi..tak sanggup kathy membayangkan bagi makanan kotor kat orang...
norhasnizakhalid berkata…
mama ada kisah juga disebalik kejadian ini.. masih mengumpul kekuatan nak bercerita... tapi, apa yang perempuan ni buat memang pada mama amat-amat teruk.. tak tahu hukum hakam ke ?...bertaubatlah sebelum terlambat..
Maria Firdz berkata…
Nauzubillah.. X kemana bhgianya org mcm ni.. Allah Maha Berkuasa...
sizziey darliana berkata…
erkk... tue bukan sebab cinta .. sebab nak harta .... moga dijauhkan dari orang-orang seperti ini ..
Unknown berkata…
keji betul...ade lg org guna taktik keji dan bodh dlm zmn canggih nih. semoga kita semua dihindari benda2 mcm ni....nauzubillah
Unknown berkata…
ada lagi amalan sebegini zaman sekarang ni ya
biasa dengar isteri buat suami, ni gelpren buat bopren
astaghfirullah
Bella Enveeus berkata…
Bahanya dunia ni. Tak dapat cara biasa, cara halus dibuatnya. Kenapa sampai begitu sekali? Kan lebih elok kalau cinta datang dari hati tulus ikhlas? Hmm.. Semoga kawan acik tu betul2 sembuh.. Insya Allah
sudu seramik berkata…
kesian kat din tu
last nye pasangan ni jd ape?..
jie susanos berkata…
ish..minta2 dijauhkan.
Unknown berkata…
perghh, lain kali sebelum melakukan sesuatu tu perlu berniat :)
Syazana Zainn berkata…
its not weird at all
bukan setakat nasik kangkang je
ada juga yg buat pengasih, minyak dagu

zaman makin moden,
tapi jika nafsu dan busuk hati bersarang dalam hati
macam2 orang sanggup buat untuk dapat apa yg dihajati

hanya orang yg kena je faham. sobs
:(
Mawardi yunus berkata…
good sharing bro. zaman sekarang ni mcam2 orang leh wt kat kita. hmmm
Tetamu Istimewa berkata…
Kenapalah ada yang sanggup bertuhankan nafsu begitu.
Fais-SKA berkata…
erkkk..ada jugak mcm ni..makin truk zaman skrg..minta sama2 dijauhkan la
Unknown berkata…
tak sangka zaman sekarang pun masih ada ilmu-ilmu macam ni kan..
Mizz Aiza berkata…
berdosa besar tu.. semoga perempuan tu bertaubat la..
Unknown berkata…
OMG....Nauzubillah...
Wordless..tak tahu nak kata.apa...
kalau ada lelaki playboy tu buat salah satu masa dulu...maafkan lah..takyah la nasi kangkang bagai...
Igt tak wujud lagidah nasi kangkang nih...

^_^ --> seram
Tanpa Nama berkata…
Akak ada dgr cerita,ramai yg buat ni di kalangan gadis yg educated juga tau acik,atau perempuan yg bekerjaya utk menunduk suami mereka,hairankan..cerdik pandaipun blh percaya hal bomoh dn kurafat ni tp Allah izinkan plak perkara ni berlaku sbb ada diantartanya suami@bf mereka memang betul2 tunduk@bodoh dgn siir tersebut