Assalamualaikum
Alhamdulilah dapat lagi kita bertemu lagi, jomlah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Hari nie seronok sangat kerana banyak rumah terbuka yang kena pergi. Hureyy semangat nak makan ,nyum nyum. Tapi Sebenarnya hari ini acik nak kongsikan pekara yang agak serious tentang satu hal nie.
Pernah dengar Nasi kangkang ?
Apa yang acik tahu nasi kangkang atau tangas adalah sejenis ilmu hitam yang di gunakan oleh seorang perempuan untuk menundukkan orang lelaki ataupon suaminya. Tentunya ia adalah menyalahi syariat islam dan orang yang melakukannya adalah haram di sisi Islam.
Kebanyakan di lakukan oleh masyarakat melayu dan ada juga kaum lain. Seriously acik tak sangka amalan ini masih lagi wujud dalam masyarakat kita. Apapon alasan yang di berikan tujuan tak menhalalkan cara.Hari nie acik kongsikan satu cerita yang di hantar pada acik semalam, bacalah kisah ini.
Apabila acik baca kisah ini, terdiam seketika, apakah tujuan sebenar perempuan tersebut ? adakah kerana cinta atau untuk kepentingan diri sendiri ?
Pada acik tak perlulah nak tunduk menunduk sama ada teman lelaki apatah suami. Biarlah perasaan yang ada itu atas dasar suka sama suka dan berlandaskan cinta kerana Allah.Seeloknya bagi para isteri tak perlulah menundukkan suaminya.
Rumahtangga itu haruslah dibina dengan perasaan “sakinah” (tenang) dan
“mawaddah” (kasih sayang).
Secara jujurnya acik tak tahu sangat tentang hal ini, kena tanya orang yang lebih arif pekara ini. Tak apa nanti acik tanyakan pada ustaz acik dan nanti acik kongsikan maklumat kepada kamu semua. Tetapi
“Sesungguhnya jampi-jampi, tangkal-tangkal dan sihir tiwalah adalah
syirik”. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan al-Hakim dari
Ibnu Mas’ud r.a./al-Jami’ as-Saghir, no. 2002)
(*At-Tiwalah ialah
sejenis sihir pengasih iaitu yang digunakan untuk menjadikan seorang
perempuan dikasihi oleh seorang lelaki. Lihat Faidhul Qadier, hadis no.
200
Tapi kena ingat bahawa syirik adalah dosa paling besar di dalam Islam. Orang yang mati dalam
keadaan mensyirikkan Allah, ditutup pintu keampunan untuknya. Ia akan
kekal di dalam neraka buat selama-lamanya. Firman Allah (bermaksud);
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa mensyirikkanNya
dengan sesuatu. Dia akan mengampunkan dosa selain syirik itu bagi orang
yang dikehendakiNya. Sesiapa mensyirikkan Allah dengan sesuatu, maka
sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar” (Surah an-Nisa’, ayat
48).
Menurut ulamak Tafsir, ayat di atas bermaksud kepada orang yang mati
dalam Syirik. Berkata Imam Ibnu Kathir; yakni; “Allah tidak mengampunkan
hamba yang bertemuNya dalam keadaan mensyirikkanNya”. Adapun orang yang
semasa hayatnya pernah mensyirikkan Allah, kemudian sebelum ia mati, ia
telah menyedari dosa Syiriknya, lalu memohon ampun kepada Allah dan
membuang segala perbuatan Syirik dari dirinya, Insya Allah dosanya akan
diampunkan Allah. Ini sebagaimana yang dijanjikan Allah melalui sabda
RasulNya;
“Sesungguhnya Allah akan menerima taubat seorang hamba selagi nyawanya belum sampai di halqum (yakni nyawanya berada di penghujung)”. (HR Imam at-Tirmizi. Kata at-Tirmizi; hadis ini hasan gharib)
Apapon jom kita muhasabah diri dan jauhi pekara-pekara syirik. Tak payah nak nak guna ilmu penunduk ini, tak ada faedahlah. Apapon kurangkan kontroversi tingatkan prestasi diri kita . Oklah nak sambung beraya.Wasalam
27 Ulasan
biasa dengar isteri buat suami, ni gelpren buat bopren
astaghfirullah
last nye pasangan ni jd ape?..
bukan setakat nasik kangkang je
ada juga yg buat pengasih, minyak dagu
zaman makin moden,
tapi jika nafsu dan busuk hati bersarang dalam hati
macam2 orang sanggup buat untuk dapat apa yg dihajati
hanya orang yg kena je faham. sobs
:(
Wordless..tak tahu nak kata.apa...
kalau ada lelaki playboy tu buat salah satu masa dulu...maafkan lah..takyah la nasi kangkang bagai...
Igt tak wujud lagidah nasi kangkang nih...
^_^ --> seram