Assalamualaikum
Alhamdulilah dapat lagi kita bersua lagi, sebelum jom berselawat ke atas besar nabi Muhammad saw. Ahh dah ramai yang sudah pulang ke tempat masing-masing untuk melaksanakan kewajipan sebagai pekerja, pelajar dan sebagainya.Acik bersyukur sangat apa yang acik lalui setiap hari ini memberikan kekuatan dalam diri ini.
Petang tadi ada yang hantar mesej di fanpage acik yang ingin beritahu tentang kisah hidupnya. Itulah hidup ini tak semua orang merasa kegembiraan. Tapi paling sakit sekali apabila orang yang kita sayang buat hati kita terluka. Boleh baca mesej yang di hantar di bawah ini.
Untuk dila, sabar yer dila, Allah sedang uji dila. Di mana ujian itu hadir dengan ibu dila sendiri. Ingatlah ibu mana tak sayang anak sendiri, percayalah. Tapi mungkin itu perlukan masa, dia yang mengandung kamu dan menjaga kamu dari kecil hingga kamu dah dewasakan. Maknanya kasih sayang itu tak akan pernah putus antara ibu dan anak.
Dila Allah menguji kita mengikut kemampuan kita, Allah tahu yang terbaik untuk dila, dia dah rancang yang terbaik untuk kamu. Jangan menyerah, langit tak selalunya akan sentiasa hujan mahupon mendung. Pastinya ada sinar di sebalik musibah yang hadir.
Sentiasa doakan ibu Dila agar di lembutkan hatinya dan maafkan apa yang berlaku. Acik pernah dengar ceramah dari Ustaz Mohd Kazim Elias, beliau kata dalam ceramahnya adalah sejahat mana pon ibu bapa kita, mereka tetap ibu bapa kita. Sentiasa bersangka baik, seolah mereka tak pernah buat sedikit kejahatan pon dengan kita. Allah mengasihi orang yang sentiasa yang baik dengan ibu bapanya.
“Dalam keadaan ini, hadis Nabi ada menyatakan bahawa keredhaan Allah
terletak pada keredhaan ibu bapanya dan kemurkaan Allah terletak pada
kemurkaan ibu bapanya.“Biarpun ibu dan ayah itu jahat, anak wajib menghormati mereka yang membesarkannya sejak kecil lagi.
Bersangka baik sajelah dila, insyaAllah pasti akan ada sinar di sebalik masalah ini, yakin dan sentiasa berdoa untuk ibu kamu. Acik percaya bahawa di sudut hati yang paling dalam mak kamu sayang kamu. Cuba lagi dan terus mencuba jangan pernah kenal putus asa. Allah selalu ada bersama kamu.
21 Ulasan
Selamat hari raya.
Alhamdulillah, masih ada cuti berbaki sebelum pulang bekerja.
Untuk Dilla, bersabarlah, mungkin ini ujian.
p/s: Selamat Hari raya Acik.. :)
p/s: salam lebaran acik, maaf zahir batin :)